BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Tuesday, February 15, 2011

PENYAKIT KULIT EKZEMA...BOLEH KAH BEDAK MUNTAH BELUT MEMBANTU MERAWATNYA ?

Pernahkah anda terbaca mengenai penyakit kulit ekzema.

Ia adalah sejenis penyakit radangan kulit yang boleh menyebabkan
keadaan gatal2 dan ruam di kawasan efeksi. Walaupun ada pendapat
mengatakan bahawa penyakit kulit ini tidak berbahaya mahupun 
mengancam nyawa tetapi si penghidap penyakit ini akan merasai tidak
selesa dan sakit sehingga mungkin mengakibatkan tekanan emosi.





Penyakit kulit ekzema




Mengikut kajian, sesiapa pun boleh dijangkiti dengan penyakit ini
tetapi peratusan jangkitan lebih tinggi terhadap kanak2 berbanding
orang dewasa. Kemungkinan ini berlaku diakibatkan oleh sistem
imunisasi tubuh kanak2 lebih rendah dari orang dewasa.

Bila penyakit kulit ini dijangkiti oleh kanak2, keluarga kanak2
tersebut harus bersedia untuk menempuh beberapa perkara
sepanjang proses rawatan untuk menyembuhkan penyakit ini
antaranya :

1. Masaalah perbelanjaan yang mungkin tinggi untuk rawatan
2. Kesabaran untuk tempuh tertentu kerana proses penyembuhan
    kemungkinan akan mengambil masa lama
3. Juga bersedia membantu mengurangkan tekanan emosi kanak2 yang
    menghadapi penyakit ini


Penyakit ekzema ini kebiasaannya adalah akibat dari satu bentuk alergi
terhadap sesuatu perkara ataupun jenis pemakanan. Apabila alergi atau
alahan ini timbul, ini akan mengakibatkan sistem imunasi tubuh tidak
dapat memberi tindak balas yang normal seterusnya mengakibatkan
kepada timbulnya radangan kulit seperti penyakit kulit ekzema yang
kebiasaannya berbentuk gatal2, kering kerana hilang kelembapannya,
kemerah-merahan, bersisik2 , bernanah, melecet2 dan kasar. Dalam
Keadaan ini, jangkitan bakteria amatlah mudah terhadap kawasan
efeksi.

Secara semulajadi sipenghidap akan mula menggaru bahagian kulit yang gatal2 tersebut dan akibatnya bahagian kulit itu akan menjadi rosak dan proses ini seterusnya akan mengakibat penyakit ekzema ini.

Tetapi persoalan disini, adakah penyakit ini genetik iaitu jika ada
ahli keluarga mengalaminya, penyakit ini akan jadi turun temurun
kepada ahli keluarga lain terutamanya kanak2. Dari artikle yang
dibaca , tiada keputusan kajian yang mengatakan penyakit ekzema
ini adalah penyakit turun temurun tetapi boleh berlaku kepada
sesiapa pun.

Jadi apakah langkah2 yang sesuai untuk diambil bagi mengawal
penyakit ekzema ini :

1. Gunakan ubat pelembab kulit yang sesuai
2. Kawal penggunaan lotion atau kosmetik yang difikirkan tidak
    sesuai yang boleh menimbulkan masaalah radangan kulit
3. Kena tahu alergi atau alahan masing2 dan cuba jauhkan
    perkara2 / perbuatan / jenis2 pemakanan yang tidak sesuai
    yang boleh menjerus kepada alergi atau alahan ini
4. Selalu bersihkan diri dari kotoran2 / debu2 dll..tapi cuba jauhkan
    diri dari menggunakan sabun mandian yang tidak sesuai
5. Perlu sentiasa berbincang dengan pakar bagi mengurangkan
    masaalah penyakit ekzema ini

Satu kisah yang ingin saya kongsikan disini, baru2 ini, ada rakan datang
dan menceritakan perihal ahli keluarganya yang menghidap penyakit ekzema
ini. Sebelum ini , dia pernah menggunakan bedak muntah belut ini untuk merawat penyakit ini tetapi ketika itu hanya diberi sebiji bedak ini saja.

Setelah diamal pakai, didapati bedak ini ada kesannya merawat serta
mengawal penyakit ini. Tetapi bila bedak ini habis digunakan, agak lama
juga dia mencari pembekalnya sehingga berjumpa dengan saya.

Saya pun bersyukur Bedak Muntah Belut ini dapat membantunya
merawat penyakit ekzema yang dialami ahli keluarganya dan dengan
ini saya doakan dan harap agar penyakit ekzema yang dialami oleh ahli keluarga dapat sembuh segera. Amin.

1 komen:

Kak Mahh said...

Akak pakai bedak air je.Itu saja yang sesuai dengan muka akak.