BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Saturday, March 26, 2011

ALHAMDULILLAH ANAK KEDUA SAYA DAPAT 10A DALAM SPM 2010 NYA....SYUKUR KEPADA ALLAH...

Pada tahun 2008 saya pernah kongsi kejayaan anak kedua
saya Muhammad Nazran berjaya memperolehi 8A dalam
PMRnya semasa bersekolah diPulau Pinang.

Pada akhir tahun 2008, saya sekeluarga berpindah ke Ipoh
setelah menetap di Pulau Pinang selama hampir 17 tahun.

Walaupun seronok tinggal di sana kerana keunikan tempat
pelancongannya serta dengan adanya beraneka jenis makanan
yang menjadi 'favorite ' kami sekeluarga seperti ikan bakar,
nasi khandar, nasi dalca, sup mamak, pasembor dll namun
apa kan daya, kami sekeluarga terpaksa pindah ke Ipoh.

Ipoh pun tidak kurang hebatnya dengan adanya sunway lagoon,
juga berdekatan cameron highland ( melalui simpang pulai ),
persekitaran bandarnya bersih berbanding Pulau Pinang,
limau bali tambun dll....













Walaupun anak saya tu terpaksa menyesuaikan diri selama
2 tahun di sekolah yang baru ( Tingkatan 4 & 5 ) setelah hampir
seumur hidupnya tinggal di Pulau Pinang namun dia dapat
menyesuaikan diri dengan cepat dan saya serta suami memang
bersyukur kepada Allah sebab saya rasa dengan bimbingan guru2
serta perhatian saya serta suami terhadapnya, akhirnya dia
berjaya memperolehi 10A dalam semua matapelajarannya SPMnya.


Tapi kini saya serta suami hadapi dilema pula untuk memilih tempat
pengajian serta kursus yang sesuai untuk dia melanjutkan pelajaran.

Kalau boleh saya serta suami inginkan dia melanjutkan pelajaran
ke luar negara dalam bidang kejuruteraan mengikut jejak suami saya
yang pernah melanjutkan pelajaran ke USA pada awal tahun 80an
dalam bidang kejuruteraan juga.

Suami saya selalu mencabar kesemua anak2 saya supaya cuba
mengatasi kejayaannya dan jika anak kedua saya ni
berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara, dia berjaya
menyahut cabaran ayahnya dan saya harap anak2 saya yang
lain pun begitu juga.

Disini juga saya mengambil kesempatan untuk mengucap
TAHNIAH kepada pelajar2 SPM yang cemerlang dalam keputusan
SPM meraka dan kepada mereka yang kurang cemerlang, harap
jangan putus asa kerana peluang untuk berjaya sentiasa ada
cuma perlu kita mencarinya saja.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR2 SPM 2010....

3 komen:

nisa said...

waah...congratz utk akak & anak... tumpang gmbira!

kpah k-poh Sharifahnor said...

tahniah...

Unknown said...

Wah akak...tahniah kpd anak akak...dan juga akak selaku ibunya...