Bagaimana pula bezanya Ruam dari Jerawat ?
Mungkin ada antara kita keliru untuk bezakan yang
mana satu penyakit kulit Ruam dan yang mana satu pula
penyakit kulit jerawat.
Tetapi saya berpendapat besar kemungkinan ramai yang
sudah boleh bezakan dengan mudah antara kedua2nya disebabkan
kemungkinan sudah biasa alami kedua-dua masaalah kulit ini.
Walauapapun disini saya cuba terangkan secara ringkas
mengenai penyakit kulit disebut Ruam.
Untuk Jerawat pula, rakan2 blogger boleh lah rujuk posting2
terdahulu untuk penerangan mengenainya.
Ruam di kaki
Ruam
1. Ruam disebut dermatitis yang bermaksud radangan kulit
boleh disebabkan oleh penyentuhan kulit dengan bahan2
tertentu antaranya bahan2 kimia dalam produk2 getah,
kosmetik, sabun mandi, detergen / sabun basuh kain , bahan2
perwarna dan poison ivy
2. Kawasn infeksi akan berbentuk kulit iritasi, bengkak, bersisik, berkerak ,
kelecuran, kering dan gatal2. kemungkinan terasa sakit juga.
3. Selalu dilihat terjadi perubahan dalam penampilan warna kulit.
Mungkin kemerah2an.
4 Boleh terjadi akibat gejala dari pengunaan pelbagai ubatan
yang berbeza yang menyebabkan masaalah zat kulit dan alergi.
5. kebiasaannya ruam terbatas pada satu-satu kawasan tubuh saja
tetapi adakala merebak ke bahagian tubuh yang lain juga sekitar
kelopak mata alis, mulut, hidung, punggung , bahu serta di belakang
telinga.
Jika hal ini terjadi pada kulit kepala orang dewasa, ianya disebut
dandruff dan pada bayi, disebut pula cradle cap .
6. Keadaan ruam boleh bertambah bermasaalah disebabkan faktor usia,
stress,keadaan cuaca melampau, kulit berminyak, jarang membersihkan
diri dan penggunaan kerterlaluan lotion kulit yang beralkohol
7. Boleh mengembangkan segera dengan pelbagai bentuk lain dalam
beberapa hari bila mula mengalami ruam ini .
8. Antara perkara2 perlu dielakkan :
- Elakkan menggaru atau menggosok kawasan ruam yang dialami
- Elakkan guna sabun berkimia. Jika perlu juga, guna sesedikit mungkin.
- Elakkan penggunaan lotion kosmetik pada kawasan ruam.
- Elakkan kulit badan menjadi kotor dan berpeluh lampau
9. Antara pilihan rawatan dan perkara2 boleh diamalkan ialah :
- selain amal pakai bedak muntah belut,boleh mencuba krim
pelembab dan lotion tanpa alkohol
- mandi untuk kurangkan pembengkakan serta menghilangkan gatal2.
Gunakan air suam untuk pembersihan badan . Selepas mandi,
cuma pat atau lap badan dengan tuala bersih hingga kering,
jangan menggosok.
- Hilangkan kesan2 kosmetik atau lotion bila nak tidur
- Biarkan kawasan ruam itu terdedah pada udara sebanyak mungkin.
- Jaga pemakanan diet. Kurangkan makanan berlemak dan berminyak
lampau dan banyakkan makan buah2an dan sayuran
2 komen:
jerawat kat muka je kan ?
kalau ruam kt muka plak cmne? tiba2 je naik ruam. xtau la ruam ke apa tp cm kecik2 merah. dahi n pipi.. ermmm kalau pakai bedak tu bole hilang ke?
pm me at khairunnisa@mpc.gov.my
Post a Comment