Baru2 ni adik ipar saya pulang bercuti ke rumah saya bersama2
keluarganya. Riuh rendah la rumah dengan bermacam2 karenah
masing2 bila berkumpul.
Di singkatkan cerita, adik ipar saya tu nak mandi dan bila
masuk ke bilik air, dia tidak perasan ada banyak semut api jenis
kecil sedang berkumpul di atas siling bilik air tu ( jenis kecil ini
amat pedih sengatan / gigitannya bila di sengat / gigit akan
mengakibatkan bahagian kulit yang disengat / gigit tu berkeadaan
bengkak kemerah-merahan , pedih2 dan gatal2 ).
Semasa mandi, wap air panas dari shower tu biasa lah akan berkepul-
kepul diruang bilik air tu . Mungkin akibat dari situasi ini, semut-semut
ini akan mula jatuh ke lantai satu persatu kemungkinan semut-semut ini
tidak dapat mengenggamkan erat kakinya ke siling akibat dari kesan
wap air panas tu.
Sekawanan semut api
Bengkak kemerah-merahan akibat
sengatan semut
Bila habis mandi, adik ipar saya mengambil tualanya untuk
mengesat dan mengeringkan badannya . Semasa
sedang mengesat, terasa kulit badan pedih2 dan gatal2. Lagi
dikesat dengan tuala, lagi terasa pedih dan gatal.
Rupa2nya semut-semut yang jatuh tadi hinggap ke badan adik ipar
saya serta ada juga yang jatuh kat tuala mandinya. Banyak2 la
juga bilangannya.....
Tak sampai beberapa minit, bahagian kulit badan yang di sengat /
gigit bertukar bengkak kemerah-merahan dan terasa amat pedih dan
gatal2. Banyak juga bahagian2 kulit badan yang terkena sengatan /
gigitan dari semut2 api ni.
Bila keluar dari bilik air, dia menunjukkan keadaan ini kepada
emak saya dan secara kebetulan emak saya juga tahu khasiat rawatan
bedak muntah belut untuk masaalah2 kulit dan terus menyuruhnya
sapukan bahagian kulit badan terkena sengatan / gigitan itu dengan
larutan bedak muntah belut.
Bertempek2 juga la nampak bedak muntah belut tu kat badannya.
Selepas adik ipar saya pasti dia sudah sapukan ke bahagian2
kulit badannya yang terkena sengatan / gigitan semut api kecil tu,
dia pun tunggu untuk merasa kesan rawatan bedak muntah belut ni
dan alhamdulillah tak sampai 1/2 jam, rasa pedih2 dan gatal2
mula berkurangan dan bengkak kemerah-merahan pun beransur2
hilang.
Saya amat bersyukur kerana dapat melihat kesan khasiat rawatan
bedak muntah belut ini terhadap masaalah kulit akibat dari
sengatan / gigitan serangga seperti semut api kecil ini.
Satu nasihat saya, jangan ambil mudah saiz kecil semut api tu.
Lagi kecil lagi bahaya dan lagi pedih sengatan / gigitannya.
Jadi saya benar2 syorkan kalau ada rakan2 atau ahli keluarga rakan2
terkena sengatan / gigitan serangga contoh semut api , cubalah
merawat dengan bedak muntah belut ini, insyallah akan berkurangan
rasa pedih2 , rasa gatal2 selain ansur2 hilang bengkak kemerah-merahan
di bahagaian kulit akibat dari sengatan / gigitan tu.
Cubalah...insyallah boleh sembuh...
0 komen:
Post a Comment