BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Saturday, April 16, 2011

GIGITAN HAMA TILAM ...BOLEH DIRAWATI DENGAN BEDAK MUNTAH BELUT..

Hari ini saya bersyukur kerana dapat mengetahui satu lagi
khasiat rawatan Bedak Muntah Belut iaitu ianya dapat
membantu merawat masaalah kulit gatal2 akibat gigitan 
hama tilam. 

Ini berlaku kepada anak perempuan saya sendiri.


Dari malam tadi, dia mengadu rasa gatal2 keseluruhan 
badannya dan sebab sudah lewat malam, saya hanya dapat
bantu menggaru bahagian2 badannya dan dia pun lelap tidur 
kemudiannya.


Keesokkan paginya, saya dapat melihat bintik2 kemerahan
di bahagian2 kaki, tangan, betis dan badannya. Kesian dia. 


Bintik2 kemerahan akibat gigitan
hama









Bintik2 kemerahan di tangan
akibat gigitan hama








Maklumlah sebagi anak kecil dan paling bongsu , dia pun 
tidak kisah sangat perihal ini cuma bila dia rasa gatal2 ; 
dia akan minta digarukan. 

Saya pun sediakan larutan Bedak Muntah Belut ( secara larutan
nipis saja dan dicampurkan air gamat ) dan terus sapukan ke
bahagian2 badannya yang punyai bintik2 kemerahan itu. 



Sepanjang hari, langkah ini dilakukan 2 kali terhadap anak saya tu.
Sekali selepas dia mandi pagi lebih kurang pukul 8 pagi
dan sekali lagi setelah dia mandi petang lebih kurang pukul
6 petang.

Saya dapati dan dapat melihat bintik2 kemerahan beransur2
hilang begitu rasa gatal2nya. Dia tidak lagi mengadu rasa 
gatal2 seperti semalam. Saya bersyukur mujarab juga rawatan 
Bedak Muntah Belut ini untuk masaalah kulit gatal2 ni.


Jadi dengan ini, andai ada ahli keluarga serta rakan2 blogger
sekelian yang menghidapi masaalah2 kulit gatal2, amal lah pakai
Bedak Muntah Belut ini. Insyallah dalam sehari dua boleh beransur
hilang rasa gatal2nya dan beransur hilang bintik2 kemerahan di
bahagian2 badan yang terkena.


Tapi jangan lupa pula, jikalau rasa2 masaalah ini berpunca dari
kebersihan cadar tilam yang sedang dipakai, cepat2 lah tukar 
cadar itu dengan cadar bersih yang sudah dibasuh. Kemungkinan 
cadar yang sudah dipakai itu sudah tidak bersih dan dipenuhi
serta dikerumuni oleh banyak hama2 tilam. 

Memang betul....memang ada hama2 kat tilam tu tapi sebab
saiznya kecil sebab tu kita tidak nampak. Cuma apa yang kita
dapat rasa ialah gigitannya yang menyebabkan kulit rasa gatal2.

Hama2 ini memang suka tempat2 lembab antaranya tilam dan 
cadar tilam. Nak tengok macam mana rupa hama tilam tu, tengok 
lah dibawah.



 Hama tilam







Tapi apa2 pun, jaga lah kebersihan diri dan juga kebersihan 
tempat tidur.

0 komen: