BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Monday, April 25, 2011

PENYAKIT BISUL PUN CEPAT SEMBUH MELALUI RAWATAN BEDAK MUNTAH BELUT..

Siapa pernah mengalami penyakit BISUL ?

Pastinya yang pernah merasai masaalah kulit ini
akan mengalami kesakitan akibat denyutan bisul tu.
Selagi tidak dirawat dan tidak sembuh, selagi itulah
denyutan bisul akan dirasai.

Baru-baru ini, suami akak tumbuh bisul dibawah bibir nya.

Boleh nampak nanah terkumpul ditengah warna kemerah-
merahan yang terbentuk akibat bisul ni.

Kata suami akak bisul ni bermula dari luka akibat cukuran pisau 
cukur.Memang dia perasan ada luka kecil dibawah bibir nya semasa
mencukur tapi disebabkan luka kecil saja, suami akak ni buat 
tak kisah je.

Biasanya jika kulit mengalami luka-luka kecil dan tidak
dirawat cepat akan menyebabkan terbentuknya ulser atau 
radangan dalam lapisan kulit yang mengalami luka itu dan
pastinya lambat laun , bakteria atau parasit akan mula merebak
ke lapisan dalaman kulit yang alami luka itu dan ini akan 
menyebabkan lapisan kulit itu kemerah-merahan, bengkak ,
berisi nanah serta berasa sakit. 

Mengikut kajian, jenis bakteria yang paling biasa menyebabkan
bisul pada kulit dipanggil Staphylococcus Aerues. Dibawah 
ni adalah rupa bakteria ini.






 Bakteria Staphylococcus Aerues






Memang cantik kan macam bentuk kacang pea hijau
tapi bakteria ni amat bahaya bila terkena jangkitannya
yang boleh mengakibatkan bermacam-macam masaalah
kulit antaranya tumbuhnya bisul.



Berbalik kepada cerita masaalah bisul suami akak tu.
Akak nak ambil gambar keadaan bisul dia untuk dikongsi
dengan rakan2 tapi dia tak nak. Pujuk pun tak menjadi.
Oleh itu tak ada lah gambar sebenar bisul tu tapi kalau
tengok gambar bawah, besarnya lebih kurang macam ni
( tapi ni gambar bisul lain lah ...ikhsan google ).


Bisul bernanah...
 






Memang sakit katanya. Berdenyut2. Jadi memandangkan
ada Bedak Muntah Belut kat premis akak, akak pun
larutkan dengan air gamat dan selepas bedak ni sudah
larut, akak ambil dan sapu kat kawasan bisul di bawah
bibir suami akak tu.

Akak sapukan bedak ni disebelah pagi dan akak dapat
lihat disebelah malamnya, nampak macam kawasan
bisul tu seakan-akan sudah kurang warna kemerah-
merahannya. Keesokan harinya, akak pakaikan lagi
dan bisul tu mulai nampak kering. Tak sampai dua
hari selepas akak sapukan bedak muntah belut ni
ke kawasan bisul di bawah bibir suami akak tu,
masaalah bisulnya mulai sembuh , beransur2 kering
dan juga beransur2 hilang parutnya.

Akak cerita ni melalui pengalaman pakai bedak muntah
belut ni untuk merawat bisul. Jadi jika rakan2 blogger
yang punyai masaalah bisul, cubalah pakai bedak muntah
belut ni, insyallah sembuh...

Tapi apa2 pun, jagalah kebersihan kulit kerana kulit bukan
saja organ tubuh paling besar malah fungsinya amat penting
sebagai pendinding diri daripada anasir2 yang tidak baik
seperti bakteria, parasit, pancaran sinar matahari dll...
Sebarang kecederaan kecil saja sudah mampu menyebabkan 
jangkitan jadi jagalah kebersihan diri dan kebersihan kulit.

Pernah dengar kah pepatah melayu " Jangan duduk atas
bantal, nanti tumbuh bisul ". Sebenarnya pada akak,
bukan tujuannya untuk mengelakkan tumbuhnya bisul
tapi takut bantal tu lama2 jadi penyek dan rosak. Jadi
terpaksa la beli bantal baru. Lagipun bantal tu untuk
diletakkan kepala masa nak tidur dan bukannya untuk
jadi alas tempat duduk.

0 komen: