Sebelum ini, saya sudah kongsikan khasiat
Bedak Muntah Belut dengan sendirinya mampu
merawat masaalah2 kulit antaranya Jerawat, Ruam,
Kayap, Bisul, Demam Campak, Eczema ( penyakit
gatal2 dan kemerah-merahan warna kulit ).
Namun begitu bedak ini boleh juga dicampurkan
dengan bahan2 lain untuk memberi lebih kesan
dalam merawat masaalah2 kulit yang lebih sensitif
mengikut petua2 lama.
Sesiapa ingin, boleh lah mencuba petua2 lama ini
antaranya :
1. Petua menghilangkan bintik-bintik hitam di kulit
atau Jeragat
Ambil daun PEGAGA dan kisarkan bersama Bedak
Muntah Belut dengan campuran air secukupnya.
Adunan campuran ini kemudian disapukan ke
bahagian bintik-bintik hitam di kulit pada setiap
hari mahupun pada setiap malam sebelum tidur.
Keesokkan paginya, basuh bahagian kulit ini
dengan air bersih. Lakukan selalu dan perhatikan
kesannya. Lebihan adunan ini boleh disimpan
ditempat kering untuk kegunaan kemudian.
Daun Pegaga
- banyak khasiat nya
Semasa pakai, duduk senyap2 dan jangan bercakap.
2. Petua melicinkan kulit
Kisarkan campuran Bedak Muntah Belut , kunyit
hidup serta asam jawa. Sapukan adunan ini
di bahagian kulit setiap hari mahupun setiap malam
sebelum tidur. Biarkan kering dan keesokan paginya
basuh bahagian kulit ini dengan air bersih.
3. Petua untuk menghilangkan daki di celah2 lengah,
telinga dan bahagian2 lain di badan
Sama caranya dengan no. 2
4. Petua menghilangkan parut jerawat
Larutkan Bedak Muntah Belut dalam madu lebah
dan sapukan ke bahagian parut jerawat. Amalkan
selalu dan perhatikan kesannya.
5. Petua menghilangkan kulit berminyak
Larutkan Bedak Muntah Belut menggunakan air
mineral atau air zam zam atau air gamat.
Kurangkan penggunaan air paip sebab air paip
ini punyai kandungan klorin yang kemungkinan
tidak sesuai untuk kulit sensitif. Sapukan larutan
bedak ini ke bahagian kulit berminyak setiap
malam sebelum tidur. Basuh bahagian kulit ini
dengan air bersih keesokan paginya.
6. Lagi Petua menghilangkan Jerawat
Campurkan Bedak Muntah Belut dengan asam
jawa. Sebelum disapukan ke kulit bermasaalah ,
berselawat pada nabi s.a.w sebanyak 3 kali.
7. Lagi Petua menghilangkan Jerawat
Amal pakai campuran Bedak Muntah Belut dengan
daun bunga tanjung yang ditumbuk lumat bersama
sedikit kapur . Adunan ini kemudian disapukan ke
bahagian kulit berjerawat setiap malam sebelum tidur .
Amalkan selalu.
8. Lagi Petua menghilangkan Jerawat
Campurkan Bedak Muntah Belut dengan air limau
nipis . Buat pekat sikit dan tempekkan ke bahagian
kulit bermasaalah jerawat tu. Insyallah kering.
9. Menghilangkan Jerawat Batu
Tumbukkan daun semambu dan ambil pati nya dan
campur dgn Bedak Muntah belut . Amal pakai
adunan ini ke bahagian kulit berjerawat batu.
Insyallah jerawat batu akan hilang sedikit demi
sedikit dan kulit jadi licin.
Jadi pilihlah mana-mana petua diatas yang rakan2
blogger rasa senang dipratikkan.
Selamat Mencuba.
Petua-petua lain akan disambung di lain posting...
0 komen:
Post a Comment