Di posting kali ini untuk menjawab pertanyaan2 dari
rakan2, saya senaraikan cara pakai Bedak Muntah
Belut serta Bedak Benang Sila dan juga samada perlu
guna air gamat atau air zam zam ataupun air mineral
bersama2 bedak ni.
Kenapa saya tidak sebut 'air paip' disini adalah kerana
terdapatnya kandungan klorin dalam air paip. Tidak baik
untuk tujuan melarutkan bedak ni dan tidak baik digunakan
untuk rawatan masaalah kulit manusia.
Banyak atau sikit kandungan klorinnya mahupun tahap
kebersihan air paip tu , ada cara untuk periksanya.
Boleh lah GOOGLE untuk mencari caranya.
Hidupan ikan pun kalau dimasukkan dalam air paip
berklorin , pasti akan mati ( melalui pengalaman
sendiri , pernah nampak ) sebab tu lah bila kita
masukkan air paip dalam akuarium , sebelum kita
masukkan hidupan ikan ke dalamnya, kita akan
titiskan bahan anti-klorin ke dalam akuarium itu
untuk mengurangkan kandungan klorin air paip tu.
Lepas tu, baru kita masukkan ikan ke dalam nya.
Jika tak titiskan anti-klorin ni, hidupan ikan ni
akan berpusing2 dan berenang terbalik dengan mata
nya bertukar keputihan serta sisik2nya bertukar
warna dan lama kelamaan tu ia akan mati.
Ikan mati dalam air
berklorin
Ini lah bahayanya kandungan klorin dalam air paip.
Jika kita masakkan air paip ni pun, kemungkinan
kandungan klorin tu masih ada. Jadi pastikan, jika
kemampuan, adakan alat penapis air paip dirumah,
lebih selamat untuk jamin kesihatan berpanjangan.
Tersasur pula cerita pasal air ni macam la saya ni
Memandangkan dah tahu serba sedikit perihal bahaya
nya kandungan klorin dalam air paip sebagai contohnya
pada hidupan ikan dalam akuarium yang dimasukkan air
paip ke dalamnya, kemungkinan besar kandungan klorin
ini akan pasti memberi kesan sedikit sebanyak kepada
kulit manusia juga terutama pada kulit yang sensitif.
Jadi berhati2 lah bila menggunakan air paip untuk apa
tujuan pun. Pastikan cari cara untuk meneutralkan
kandungan klorin dari air paip tu.
Sepertimana diterangkan sebelum ini, kulit manusia
ni bermacam2 jenis. Ada yang sensitif dan ada yang
tidak. Ada yang alah cuaca dan ada yang alah dengan
sesuatu keadaan seperti diet pemakanan, keadaan
persekitaran mahupun dari segi penggunaan bahan2
pencuci kulit, krim kecantikan dll....
Jadi disini saya senaraikan cara amal pakai bedak2 ni
untuk panduan semua rakan2 :
Jenis Kulit Panduan amal pakai
Kulit sensitif Bedak muntah belut dilarutkan
dalam air zam zam atau air mineral
sebelum diguna.
Kulit tak sensitif Bedak munath belut dilarutkan
dalam air gamat sebelum diguna.
** Bedak muntah belut ni biasanya digunakan untuk
rawatan masaalah kulit seperti jerawat, ruam, kudis,
demam campak, kayap, kulit kemerah-merahan, bisul
** Kalau mengelupas pada minggu pertama pakai,
jangan risau sebab ini adalah proses biasa untuk
buangkan sel2 yang mati. Teruskan pakai sehingga
masaalah kulit sembuh.
Kulit sensitif / Boleh pakai bedak benang sila
Kulit tak sensitif secara terus.
Bedak benang sila ni dipakai secara
kering, cara gosok ke kulit tanpa air.
Bedak benang sila ni biasanya untuk
menghilangkan kesan2 parut jerawat
dan bintik2 hitam.
** Air gamat selain digunakan untuk melarutkan bedak,
boleh juga diminum untuk merawat luka dalam badan.
Juga sesuai untuk merawat luka luaran. Air gamat ni
rasanya masin jadi sesudu kecil seminggu sudah memadai.
** Minyak gamat boleh digunakan untuk merawat penyakit
kurap
Itu saja panduan ringkas.
Jika ada kemusykilan, jangan2 segan tanya saya
dan insyallah saya akan jawab sebaik boleh.
0 komen:
Post a Comment