BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Wednesday, March 21, 2012

GAMAT & AIR GAMAT : APA KHASIATNYA ?

Tahukah anda, Gamat adalah obat tradisional serbaguna
sejak ratusan tahun yang lalu.

Gamat atau timun laut atau sea cucumber jelly
adalah merupakan spesis haiwan dari khazanah laut
yang unik yang di kurniakan oleh Allah s.w.t. Ia hidup
dengan memakan plankton serta bahan organik yang
hidup di dasar laut yang bersih dan tidak tercemar.

Gamat kaya dengan protein, zat galian serta 
mucopolysaccharida (lendir) dan sebatian lain
yang mana boleh dijadikan sebagai ubat serbaguna
bagi merawat  pelbagai penyakit.

Gamat apabila dipotong dua akan bercantum kembali
di bahagian belah. Ini menjadikan gamat antara ubat
yang sesuai untuk merawat luka dan mampu memulihkan
tisu yang cedera. 
Di negara China , gamat di panggil sebagai Haisom.
Dalam bahasa China : Hai berarti laut, dan Som

bererti ginseng. Orang China telah menganggap gamat
sebagai “ginseng laut”.

Gamat merupakan makanan yang tinggi nilai di negara
China sejak 5,000 tahun dahulu serta digunakan
dalam masakan di Asia (Malaysia, Singapore, Jepun,
Korea dan Indonesia).Gamat juga digunakan untuk
masakan di negara-negara Mediterranean seperti
Sepanyol yang digunakan sebagai sumber protein
yang unik.
Kini di pasaran terdapat bermacam2 produk2 gamat
antaranya Jelly gamat, Pati gamat, Krim gamat , sabun
gamat dan juga Air gamat.

Mengambil contoh air gamat, walaupun di pasaran
terdapat pelbagai jenama air gamat namun khasiatnya
lebih kurang sama saja. Setelah gamat ini di proses,
walaupun ada antara kita tidak suka akan baunya
mahupun rasanya bila di telan, tetapi sebenarnya air
gamat ini mempunyai banyak khasiatnya sehinggakan
air gamat kini di kenali sebagai tonik tradisional
bagi kesihatan .

Air gamat


Bertahun2 dulu, air Gamat yang diolah secara
tradisional memiliki kelemahan2 seperti warna tidak
menarik serta berbau tidak sedap. Kini, banyak
kaedah telah digunakan menghasilkan produk 
Gamat contohnya air Gamat yang berkualiti,
berwarna jernih serta tidak berbau tanpa mengurangi 
khasiatnya. 

Percaya atau tidak, banyak khasiat gamat dan air
gamat ni. Mengikut kajian kesihatan antara khasiat
gamat dan air gamat ialah :
1) Bantu melarutkan Bedak Muntah Belut sebelum
    larutan bedak ini digunakan untuk merawat masaalah2
    kulit tubuh
  
2) Air gamat juga boleh dijadikan ubat untuk jantung
    berlubang dan mencegah penyumbatan pembuluh
    darah akibat kolestrol dan bantu lancarkan peredaran
    darah



3) Digunakan untuk kanser payu dara

4) Menyembuhkan luka yang sudah memburuk dan
    membusuk seperti gangren pada pesakit kencing
    manis. Bantu juga bantu meredakan bengkak.

5) Menjadi pilihan ibu-ibu yang baru bersalin kerana
   1001 khasiat yang terkandung di dalamnya termasuk
   membersihkan serta memulihkan rahim dan luka-luka
   dalaman. Air gamat diminumkan kepada wanita sehabis
   melahirkan untuk menghentikan pendarahan.
6) Penggunaan sebagai antiseptik tradisional
7) Mempercepat proses penyembuhan luka khitan pada
    anak laki-laki . Bantu sembuhkan luka luar mahupun
    luka dalam. Meminum air rebusan gamat selepas
    menjalani pembedahan  boleh sembuhkan luka. 
8)  Mengawal penyakit diabetes
9) Mengawal masaalah pernafasan, resdung, alahan
    dan lelah
10) Meningkatkan sel darah merah
11) Sembuhkan sakit2 sendi dan lenguh otot2
12) Mengawal hipertensi
13) Merawat arthritis

14) Merawat  keletihan dan sakit radang pada sendi

15) Sembuhkan sembelit, buasir dan kawal kencing

16) Negara2 barat ada yang menghasilkan ekstrak
     gamat bagi merawat AIDS dan HIV.

17) Di Malaysia sendiri, gamat diproseskan sebagai
      ubatan tradisional, ubat gigi dan kosmetik
Oleh itu, jika tiada cara lain yang dapat membantu
menyembuhkan sesuatu penyakit itu, sebagai
alternatif, cubalah memakan gamat ni atau meminum
air gamat , sambil berdoa kepada Allah s.w.t agar dapat
bantu menyembuhkan segera penyakit yang sedang
diderita .

Insyallah akan sembuh juga diizinkan Allah s.w.t...

19 komen:

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya nak tanya. Kat mana ya beli air gamat ni? Saya duduk di Senai, Johor. Susah nak cari air gamat di sini...

Unknown said...

Contact saya shah 0134109888 saya tlg postkan

Unknown said...

Saya tinggal di langkawi

Unknown said...

Saya tinggal di langkawi

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

As salam, tumpang tanya..kalau dipenang kat mana nak cari yg ori..saya baru lepas pembedahan ovarian cyst. Tq

Ernie Collection said...

Carikat bazaar corasta.

Unknown said...

Salam, Saya duk kt Semenyih. Macam nak beli ade ke jual berdekatan?

Unknown said...

kalau dimelaka mana bole saya beli air gamat yg ori punya. tq

Unknown said...

Utuk cantum tulang yang patah bagaimana ada khasiat air gamat?

Unknown said...

Sy pesakit buasir di tahap awal.namun kesakitannya amat teruk dan luka dibahagian keliling dubur dan dalaman.seperti melecur dibakar.
Tapi setelah beberapa hari mengamalkan minuman air gamat ni,Alhamdulillah...luka semakin kering sedikit demi sedikit.walaupun belum kembali pulih sepenuhnya kerana baru 2,3 hari saja minum air gamat ni.tgklah betapa cepatnya ia merawat..
Pada kalian,cubalah cari dimana tempat berdekatan dan bertanyakan pada org terutamanya org2 tua kampung.mereka lbh tahu.insyaAllah,segala penyakit akan kembali pulih dgn izin Allah swt..

Unknown said...

saya berada di shah alam.. di mana saya blh dapat air gamat ni..

Unknown said...

Saya betada di shah alam. Kat mana blh beli air gamat?

macgiver ll said...

Betul.... Baik utk kesihatan..

Vivasss said...

Betul beb...memang serius mujarab utk buasir...pakcik saya kna buasir...sebulan merana... mcm2 ubat spital mkn xjln.. sekli minum air gamat sebotol..hilang terus buasir..!!! Serius...alhamdulillah... semua dtg dari Allah.

Anonymous said...

Shah alam bangunan mara

Anonymous said...

Air gamat ni blh bantu keradangan tak? Cth utk thyroid eye disease. Otot2 Belakang mata ada inflammation

Anonymous said...

cari je d tokoh kedai aceh yg menjual herba...

ArisAzhar said...

👍👍