BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Tuesday, August 27, 2013

KISAH AHLI SYURGA : KETA'ATAN UWAIS AL-QARNI KEPADA IBUNYA..

















Tahukah kamu siapakah Uwais al-Qarni?

Uwais al-Qarni merupakan pemuda yang disebut-sebut
namanya oleh Rasullulah SAW kepada para sahabat 
baginda.Rasullulah SAW pernah berpesan kepada 
Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra bahawa akan lahir
di kalangan tabiin seorang yang sangat makbul doa yang
akan lahir di zaman kamu (zaman selepas kewafatan
Rasullulah SAW).

 Tujuan Rasullulah SAW menyuruh Saidina Umar ra dan 

Saidina Ali ra mencari Uwais al-Qarni tidak lain ialah
meminta Uwais al-Qarni berdoa kepada Allah SWT supaya
mengampunkan dosa-dosa sahabat (Saidina Umar ra dan
Saidina Ali ra).

Marilah kita lihat apa istimewanya Uwais al-Qarni sehingga

Rasullulah SAW meminta sahabat mencari dan meminta 
doa darinya.

Memang benarlah kata-kata Rasulullah SAW, Uwais al-Qarni

akhirnya muncul di zaman Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra.
Kedua-dua mereka yang memang menunggu dan mencari
kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah,
akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada
pandangan mata kasar mereka, tidak mungkin dia adalah
orang yang Rasulullah SAW sebut-sebutkan ini kerana,
Uwais Al-Qarni dianggap sebagai seorang yang kurang
waras di kalangan orang awam atau penduduk setempat.

Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak

di seluruh tubuh badannya, yakni sejenis penyakit kulit
yang tidak digemari ramai. Walaupun begitu, beliau adalah
seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang
ibunya yang uzur dan lumpuh. Beliau begitu tekun untuk
mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa beliau meninggal
dunia ketika beliau masih kecil lagi. Beliau berpenyakit
sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai
beliau dewasa.

Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais Al-Qarni

bahawa dia ingin sekali untuk mengerjakan ibadat haji 
di Mekah. Ibunya menyuruh Uwais Al-Darni supaya berikhtiar
agar beliau dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan
haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais Al-Qarni tidak
berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana
pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji
dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta
yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah
rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi
diri daripada cuaca panas matahari dan hujan.

Uwais tidak mampu menyediakan perbelanjaan untuk

ibunya pergi mengerjakan haji apatah lagi untuk memiliki
unta.

Namun atas permintaan ibunya yang sangat Uwais kasihi,

Uwais Al-Qarni mendapat suatu ilham. Beliau membeli
seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis
menyusu. Beliau membuat sebuah rumah di atas ‘Tilal’
(tanah tinggi). Rumah untuk lembu itu dibina di atas bukit,
apa yang beliau lakukan ialah pada petang hari beliau
akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal.
Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun
dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang
dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung
lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu
makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan
orang mengatakan beliau kurang waras. Memang pelik,
membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian
setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi
dibawa turun bukit.



Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais al-Qarni

seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas
6 bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan
dan badan Uwais Al-Qarni pula menjadi kuat hinggakan
dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan
naik bukit setiap hari.

Selepas 8 bulan, apabila sampai musim haji. Rupa-rupanya

perbuatannya selama ini adalah satu persediaan untuk
beliau membawa ibunya mengerjakan haji. Beliau telah
memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan
kedua tangannya. Di belakangnya beliau meletakkan
barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya.
Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku
inikan pula ibunya yang lebih ringan. Beliau membawa
(mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya
dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan
di Padang Arafah dengan senang sahaja. Uwais juga
memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula
ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya:
“Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada

di Mekah?”

Uwais Al-Qarni menjawab:
“Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua

dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi:
“Bagaimana pula dengan dosa kamu?”


Uwais Al-Qarni menjawab:
“Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga.

Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk
syurga.”

Ibunya berkata lagi:
“Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan

sakit putih (sopak) kamu ini.”

Uwais Al-Qarni berkata:
“Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan.

Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya
tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”

Ibunya menambah:
“Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah

ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”

Akhirnya Uwais Al-Qarni tidak ada pilihan melainkan

mengangkat tangan dan berdoa. Beliau lalu berdoa seperti
yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan
putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu.

Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih

sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok
sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih
kekal pada Uwais Al-Qarni kerana permintaannya, kerana
sopak ini adalah satu anugerah, maka inilah tanda
pengenalan yang disebut Rasulullah SAW kepada
Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra:

“Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu

bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan
tanda itu, dialah Uwais al-Qarni.”

Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Beliau

telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas
itu beliau telah menjadi orang yang paling tinggi
martabatnya di sisi Allah. Saidina Umar ra dan
Saidina Ali ra dapat berjumpa dengan Uwais Al-Qarni
dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW,
mereka meminta supaya beliau berdoa agar Allah SWT
berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Saidina Umar ra dan 

Saidina Ali ra, beliau berkata:
“Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin

menunaikan wasiat Rasulullah SAW kepada kamu iaitu
supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.”

Maka Uwais Al-Qarni pun telah mendoakan untuk mereka

berdua.Setelah itu Saidina Umar ra, yang ketika itu
memegang jawatan Khalifah, saidina umar ra mahu
membuat surat kepada Gabenor Kufah supaya melayan
Uwais Al-Qarni dengan layanan yang istimewa. Namun
begitu ditolak dengan baik oleh Uwais Al-Qarni.

Lalu Uwais Al-Qarni menjawab dengan lembut :

“Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak

dikenali lebih aku sukai.”

Diriwayatkan semasa kewafatan beliau, terlalu ramai

“orang” yang menyempurnakan jenazah beliau. Daripada
urusan memandikan sehinggalah dibawa ke liang lahad.

Agak menghairankan kerana pada masa hidup beliau
tiada orang yang memperdulikan beliau yang miskin.
Malah ada yang menganggap beliau seorang yang gila.
Siapakah “orang-orang” tersebut. Mereka itu adalah
penduduk-penduduk langit yang terdiri daripada
malaikat-malaikat.

Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan

kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak
terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit. 

0 komen: