BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Thursday, August 1, 2013

PERBANYAKKANLAH MEMBACA AL-QURAN DI BULAN RAMADHAN INI



















Fadhilat membaca Al-Quran :


1. "Barangsiapa yang telah membaca Al-Quran
    satu huruf daripada kitab Allah maka baginya
    satu ganjaran pahala. Dan satu ganjaran
    pahala menyamai 10 bandingan. Tidak aku
    kata alif, lam, min, itu satu huruf akan tetapi
    alif satu huruf, lam satu huruf dan min satu huruf."

    ( HR Al-Tarmizi )

2. "Barangsiapa yang menyibukkan diri dengan Al-Quran
     kerana mengingatiku dan kerana meminta kepadaku,

     nescaya aku akan berikan selebih-lebih baik daripada
     semua orang yang meminta padaku. Dan kelebihan
     kalam Allah itu ke atas semua kalam seperti 
     kelebihan Allah ke atas makhluknya."
    ( HR Al-Tarmizi )

3. Orang yang mengajarkan Al-Qur an pada anaknya pada
    masa kecil dan selalu membacanya pada masa tuanya 
    akan mendapat perlindungan arasy Allah swt dihari kiamat.

4. Tanda2 kecintaan Allah swt adalah bahawa Allah swt 

    memasukkan rasa cinta pada Al-Quran dalam hati 
    seseorang.

5. Seseorang yang benar-benar sibuk menghafal / mempelajari

   / memahami Al-Quran sehingga tidak mempunyai waktu 
   untuk berdoa, maka Allah swt akan memberikan sesuatu
   yang lebih utama daripada yang diberikan pada orang
   yang berdoa.

6. Orang yang beriman pada Al-Quran dan mengamalkannya,

    maka Allah akan mengangkat darjatnya dan memuliakannya 
    dunia dan akhirat.

7. Orang yang ahli dalam Al-Quran ( benar-benar 

    menghafalnya, sering membacanya, memahami makna
    dan maksudnya ), di padang mahsyar akan berada
    bersama malaikat pencatat yang mulia dan benar. Dan
    orang yang terbata-bata dalam membaca Al-Quran
    dan bersusah payah mempelajarinya mendapat pahala
    2 X lipat ( satu dari bacaannya dan satu lagi dalam
    kesungguhannya dalam berusaha membetulkan bacaannya ).

8. Barangsiapa yang sungguh-sungguh ingin menghafal

    Al-Quran tapi tidak mampu, namun terus menerus
    membacanya, maka Allah akan membangkitkannya
    dihari kiamat dengan para hafidz Al-Quran.

9. Barangsiapa yang menghormati, menunaikan hak-haknya

   dan mengamalkan Al-Quran maka al-Quran akan
   membelanya dihadapan Allah swt dan memberi syafaat
   serta menaikkan darjatnya.

10. Barangsiapa yang membaca Al-Quran dan mengamalkan

     apa yang ada didalamnya, maka pada hari kiamat dia
     dan kedua orang tuanya akan dipakaikan mahkota
     yang cahayanya lebih terang daripada cahaya matahari
     walaupun dia berada dalam rumah, serta dipakaikan
     pakaian yang keindahannya tidak ada yang sanggup
     menandinginya.


11. Barangsiapa yang membaca dan menghafal Al-Quran 
     serta menghalalkan apa yang dihalalkan Al-Quran dan    
     mengharamkan apa yang diharamkan oleh Al-Quran,
     maka Allah swt akan memasukkannya ke dalam syurga
     dan menjaminnya untuk dapat memberi syafaat
     kepada 10 orang ahli keluarganya yang wajib neraka
     bagi mereka karena dosa-dosa yang mereka lakukan
     ( kecuali bagi yang kafir – Al-Maidah :72 ).

12. Banyak membaca Al-qur an dapat menguatkan ingatan, 

     membersihkan batin, menguatkan rohani dan 
     mewangikan mulut.

13. Barangsiapa yang mengajarkan anaknya membaca

      Al-Quran, maka akan diampuni dosa-dosanya yang
      lalu dan yang akan datang.

14. Membaca 1 huruf Al-Qur an pahalanya 10 kebaikan

    ( Al-An ~am : 160 )

15. Barangsiapa yang mendengarkan Al-Quran akan

     dituliskan 1 kebaikan berlipat ganda dan yang
     membacanya akan diberi nur pada hari kiamat.

16. Suatu kaum yang berkumpul membaca al-Quran

     dan saling mengajarkan akan diberi sakinah,
     disirami rahmat, dikerumuni malaikat dan Allah swt
     menyebut-nyebut mereka dihadapan majlis para 
     malaikat.

17. Rumah2 didalamnya dibacakan Al-quran, ahli rumah

     akan diberikan berkah dan kebaikan, malaikat pun
     turun memenuhi rumah tersebut dan syaitan akan keluar. 
     Sebaliknya rumah yang didalamnya tidak dibacakan
     Al-quran, maka kehidupannya akan dipenuhi dengan 
     kesempitan, ketidak berkahan, malaikat akan keluar
     dan syaitan akan memasuki rumah tersebut.

18. Membaca Al-Quran akan memberi nur di bumi
dan
     simpanan bagi kita dilangit, dan rumah yang didalamnya
     dibacakan Al-Quran akan menyinari ahli-ahli langit
     seperti bintang yang menyinari ahli bumi.

19. Barangsiapa yang membaca 10 ayat pada malam hari,

     maka ia tidak akan ditulis sebagai orang-orang yang lalai.
     Membaca 100 ayat akan dicatat sebagai orang yang taat
     dan diselamatkan dari tuntutan Al-Quran. Membaca
    200 ayat mendapat pahala ibadah semalam suntuk.

20. Barangsiapa yang membaca Al-Quran yang dengannya

     ia mendapat makanan dari manusia ( untuk tujuan
     keduniaan ), maka ia akan datang pada hari kiamat
     dengan muka bertulang tanpa daging.

21. Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar dan

     mengajarkan Al-Quran.

22. Membaca / mempelajari beberapa ayat Al-Quran

     adalah lebih berharga daripada kerajaan seluas 7
     benua yang bersifat sementara dan pahalanya
     bermanfaat untuk selama-lamanya.

23. Tidak ada darjat yang lebih baik daripada darjat orang

      yang suka membaca al-Quran.

24. Membaca Al-Quran tanpa melihat mushaf mendapat 

     1000 darjat dan dengan melihat mushaf akan mendapat
     2000 darjat ( lebih afdhal ).

25. Dengan banyak membaca Al-Quran dan banyak

     mengingat maut akan menyebabkan hati bersinar dan
    alam semakin memantulkan sifat ma`rifat yang terang
    ( pengkilat hati dan seperti besi berkarat dalam air ).

26. Bacaan Al-Quran dalam solat lebih baik dari bacaan 

     Al-Quran diluar solat. Bacaan diluar solat lebih baik dari 
     membaca tasbih dan takbir, bacaan tasbih dan takbir
     lebih baik dari pada puasa dan puasa adalah perisai
     ( penghalang ) dari api neraka.

27. Setiap membaca huruf Al-Quran dalam solat 

     mendapat pahala 100 kebaikan, membaca tanpa
     wudhu mendapat 10 kebaikan.

28. Kebanggaan, kemuliaan dan kehormatan umat ini

     adalah dengan membaca Al-Quran, menghafalnya,
     mengajarkannya dan beramal dengannya dan apa saja
     yang berhubungan dengan Al-Quran.

29. Tidak ada yang mendekatkan diri kepada Allah swt

     kecuali dengan perantaraan Al-Quran dan membaca
     Al-Quran akan menyebabkan kita lebih bertawajuh
    dan memberi kesan tersendiri pada diri pembacanya.

30. Ahli Al-Quran ( yang selalu menyibukkan diri dengan

     Al-Quran ) adalah ahli Allah swt dimana setiap waktu
     Allah akan selalu mengirim kasih sayang-Nya dan
     mereka orang-orang istimewa Allah swt sehingga 
     mendapat kemuliaan.

31. Membaca Al-Quran dengan suara keras adalah seperti

     memberi shadaqah dengan terang-terangan dan
     membaca dengan perlahan seperti memberi shadaqah
     dengan sembunyi.

32. Tidak ada penolong yang lebih utama kedudukannya

     disisi Allah swt pada hari kiamat daripada Al-Quran,
     bukan nabi atau malaikat yang lainnya.

33. Mempelajari 1 ayat Al-Quran pada pagi hari lebih baik 

     dari pada solat 100 rakaat, mempelajari 1 bab dari ilmu
     pada pagi hari lebih baik daripada solat 1000 rakaat.

34. Mengamalkan kandungan Al-Quran akan menghindarkan

      kita dari fitnah.

34. Seseorang yang mempelajari Al-Quran menjaga dan

     membacanya pada tengah malam dalam solat dimisalkan 
     seperti mangkok terbuka tutupnya yang penuh dengan
     kasturi yang baunya menyebar keseluruh tempat, sedang
     seorang hafidz Al-Quran yang tidur / tidak membaca
     Al-Quran karena lalai tapi Al-Quran berada dalam hatinya 
     adalah seperti mangkok yang penuh kasturi tetapi nur 
     berkah yang akan menyebar pada orang lain akan terhalang.
     

1 komen:

Unknown said...

Salam.. nice sharing.. :-0