Inginkan BEDAK SEJUK, dapatkan di sini...
Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih dan ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik ( + pewangi halal / air surah yassin )
Bedak sejuk aloe vera titik
Bedak Tanaka
Bedak Arab
*************************************************
Amal baca surah Ali-Imran ayat 135 sebagai
meminta ampun dan penutup dosa kita kepada Allah SWT.
Istighfar bererti meminta ampun kepada Allah SWT.
Istighfar juga bererti minta ditutup segala kesilapan atau
kesalahan. Minta dilindungi supaya ketika dibangunkan
dari kubur di Padang Mahsyar kelak, segala keaiban
tidak terdedah kepada umum.
Dalam ayat 135 surah Ali Imran, Tuhan menjelaskan sifat baik
di kalangan orang beriman yang 'ashi, apabila melakukan perkara
keji atau menganiaya dan dedah diri kepada bahaya api neraka.
Lalu ingat dan mohon ampun (istighfar) kepada Allah SWT minta
ditutup dosanya.
Sesal kepada Tuhan kerana derhaka kepada-Nya, dengan anggota
yang dikurnia oleh Allah SWT. Menderhaka dengan mata kerana
memandang perkara yang haram. Menderhaka dengan lidah kerana mengumpat serta berkata perkara haram. Derhaka dengan mulut
kerana makan rezeki yang haram. Semua anggota tubuh badan
adalah kurniaan Tuhan, yang sepatutnya digunakan untuk taat
dan berbakti kepada-Nya, bukan sebaliknya.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat
kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.
Sabda Baginda lagi yang bermaksud:
Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah.
Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.
Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:
Maksudya:
Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak
disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan
makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.
nescaya Allah SWT ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari
medan peperangan”.
Sabda Nabi saw yang bermaksud:
Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya
ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir
kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.
Sabda Baginda lagi yang bermaksud:
Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan
Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa
pada waktu itu.
Sabda Nabi saw bermaksud:
Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan
sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap
hari 100 kali.
0 komen:
Post a Comment