BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Tuesday, November 26, 2013

WAKTU JIN DAN SYAITAN BERKELIARAN

Inginkan BEDAK SEJUK, dapatkan di sini...

Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih dan ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik ( + pewangi halal / air surah yassin )
Bedak sejuk aloe vera titik
Bedak Tanaka
Bedak Arab

**********************************************
Rasulullah SAW bersabda:

" Apabila petang hari menjelang malam tiba, tahanlah 
(di dalam rumah) anak-anak kecil kamu, kerana pada saat 
itu syaitan berkeliaran. Apabila permulaan malam sudah tiba, 
diamkanlah anak-anak kalian di dalam rumah, tutuplah pintu-pintu 
(termasuk tingkap) kalian dengan terlebih dahulu menyebut 
nama Allah kerana syaitan tidak akan dapat membuka pintu 
yang dikunci dengan menyebut nama Allah sebelum ini, dan 
ikatlah kendi-kendi air kamu (qirab adalah jama dari qurbah 
yakni tempat air yang diperbuat dari kulit dan di hujungnya 
biasa diikat dengan tali untuk menghalang kotoran masuk) 
sambil menyebut nama Allah, tutuplah bekas-bekas atau 
wadah-wadah kalian sambil menyebut nama Allah meskipun 
hanya ditutup dengan sesuatu alakadarnya dan matikanlah 
lampu-lampu kalian (apabila tidur), "(HR. Bukhari Muslim).



















Dalam hadis di atas Rasulullah SAW menganjurkan lima hal 
ketika petang hari menjelang malam tiba.

1. menyuruh masuk dan diam anak-anak,

2. menutup pintu, kerana dengan demikian, syaitan tidak akan 
mengganggu kanak-kanak tersebut juga syaitan tidak akan 
dapat masuk ke dalam rumah yang sudah dikunci dengan 
menyebut nama Allah sebelum ini.

3. mengikat (menutup) tempat air.

4. menutup bekas dan bekas-bekas, kerana syaitan juga tidak 
akan dapat membuka tempat air dan bijana yang disebutkan 
nama Allah sebelumnya, dan matikanlah lampu apabila 
menjelang tidur.




5. matikan lampu sebelum tidur kerana dengan demikian, kita 
akan terhindar dari bahaya kebakaran yang seringkali dilakukan 
syaitan. Syaitan seringkali bermaksud untuk membakar rumah 
dan penghuninya dengan jalan menyerupai seekor tikus lalu 
memecahkan tempat lampu tersebut sehingga api boleh 
menjalar. Untuk itu Rasulullah menganjurkan agar lampu 
dimatikan sebelum tidur. Hal ini sebagaimana dijelaskan 
dalam hadis berikut:

Ibnu Abbas berkata:" Suatu hari seekor tikus datang menyeret 
kain yang dipintal kemudian dilemparkan ke hadapan Rasulullah SAW
yang sedang duduk di atas tikar. Kemudian kain dipintal yang 
dibawa tikus tadi terbakar seperti sebesar wang dirham."

Rasulullah SAW Kemudian bersabda: 
"Apabila kamu tidur, matikanlah lampunya, kerana syaitan 
seringkali wujud seekor tikus yang membawa sesuatu (yang 
mudah dibakar) yang ditujukkan ke lampu tersebut sehingga 
dapat membakar kamu," (HR. Abu Daud dengan sanad shahih ).

Dalam hadis lain juga dikatakan:

Dari Jabir, Rasulullah SAW bersabda:
" Janganlah kamu melepaskan binatang kesayangan dan anak-anak 
kamu ketika matahari terbenam sehingga hitam legammnya petang 
hari betul-betul hilang, kerana syaitan-syaitan berkeliaran ketika 
matahari terbenam sampai saat dimana hitam legamnya petang 
hilang (sampai waktu malam tiba) "(HR. Muslim).

Mengapa syaitan berkeliaran pada waktu menjelang malam? 
Menurut Ibn al-Jauzi, kerana gerak geri syaitan pada waktu malam 
jauh lebih cergas dan kuat dari pada waktu siang. Kerana waktu 
gelap bagi syaitan adalah waktu yang lebih fresh dan lebih 
menguatkannya, di samping memang kegelapan dan warna 
hitam adalah kesukaan syaitan. 

Kerana itulah, dalam salah satu hadis Rasulullah SAW mengatakan: 
"Anjing hitam itu adalah syaitan".