BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Monday, April 14, 2014

AMALAN BAIK YANG BOLEH DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN INI UNTUK KEBAHAGIAN AKHIRAT

Dapatkan macam2 bedak sejuk disini.

Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik biasa
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera
Bedak sejuk beras titik campur air gamat
Bedak Arab
Bedak Tanaka

Tak perlu rungsing2 mencari bedak2 sejuk ni. 
DISINI ADA ...
Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai
ke alamat di beri, insyallah.

*****************************************

SAMA2 TERUSKAN KITA BERDOA 
UNTUK MH370...



1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya 
ALLAH s.w.t berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan 
di kabulkan . Sunat tidur dalam keadaan berwuduk. 

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya 
setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia 
berusaha mencari keredhaanNya. 

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan 
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya 
dalam dirinya. 

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah 
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh 
ketenangan fikiran. 

5. ALLAH s.w.t akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita 
mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai 
menunaikan solat fardu. 

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan 
mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan 
yang lainnya sebagai simbolik kesopanan. 

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH 
akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah 
untuk menerokai pelbagai ilmu. 

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai 
pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun 
hingga jumaat berikutnya.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan 
izin ALLAH s.w.t , dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain. 

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi s.a.w apabila berwuduk, 
beliau membasahi janggutnya.

11. Nabi s.a.w tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, 
dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan. Apatah lagi jika makanan 
itu pemberian orang lain. 

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi s.a.w makan dengan 
3 jari (ibu jari telunjuk & tengah). Jarang sekali beliau makan dengan 
4 @ 5 jari kecuali ada keperluan.

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat  walau sekali 
pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan 
ALLAH s.w.t seperti yang dihadapi oleh para nabi.

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada 
air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan 
sembuh.

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak 
fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, 
ALLAH s.w.t catatkan 10 kebaikan baginya.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap 
selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

17. Nabi s.a.w sering menghadap ke kanan sedikit setelah solat 
berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya 
imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.

18. Allah s.w.t akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita 
mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai 
menunaikan solat fardu.

19. Nabi s.a.w tak makan sambil bersandar. Ertinya, baginda makan 
dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & untuk mudahkan penghadaman.

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai 
solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH s.w.t akan menghindarkannya 
drp sebarang bencana.

21. Nabi s.a.w sering beristinsyaq air ke dalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan 
sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.

22. Setelah bersolat Nabi s.a.w memohon ampun ( astagfirullahalaziim) 
tiga kali. Dalam riwayat yang lain, Nabi s.a.w adakalanya beristighfar 
75 kali sehari.

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, 
ALLAH s.w.t akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh 
serta bahaya fitnah.

24. Apabila Nabi s.a.w tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan . 
Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada 
di kiri badan) mengepam darah.

25.  Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH s.w.t segala urusan dan 
mendapat keampunan daripadaNYA.




26.  Ketika Nabi s.a.w tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas, Al- Falaq 
dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh 
dan mohon perlindungan dari Allah s.w.t 

27.  Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat 
kemurkaan ALLAH s.w.t 

28.  Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. 
Nabi s.a.w menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan 
berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.

29.  Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, 
akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan 
yang melalaikan.

30.  Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat 
Nabi s.a.w berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain 
(krn bimbang terdedah aurat).

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh 
Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) 
daripada baginda s.a.w

32. Adakalanya Nabi s.a.w amat menyukai doa-doa yang ringkas 
(mudah). Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan 
sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui 
Nabi s.a.w dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 
70 kali sehari.

34. Nabi s.a.w seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. 
Nabi s.a.w memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat 
supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung).

35. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali 
tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan 
dosa-dosa kecil seseorang.

36. Menutup mulut dan rendahkan suara ketika bersin. Hadith: Apabila 
Nabi s.a.w bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut 
(kerana dibimbangi terpercik).

37. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah 
berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH s.w.t itu Maha Luas rahmatNya.

38. Sabda Nabi s.a.w  :" Barangsiapa yang berselawat kepadaku
sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari 
kiamat dengan keadaan bercahaya."

39. Nabi s.a.w tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima 
hadiah & amat menghargainya.

40. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, 
ALLAH s.w.t akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

41. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & 
jangan kamu sukarkannya.

42. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu 
sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg 
tanda penghormatan).

43. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari 
tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & 
wabak penyakit berbahaya yang lain.

44. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi s.a.w sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai 
tanda syukur hamba terhadap ALLAH s.w.t 

45. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH s.w.t 
akan hajatnya.

46. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi s.a.w (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali. Jika salamnya 
tak berjawab, beliau beredar.

47. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya 
dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

48. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu 
adalah sedekah.

49. Para ulamak berpendapat, ALLAH s.w.t sempurnakan hajat yang 
baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan. 

0 komen: