Dapatkan macam2 bedak sejuk disini.
Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik biasa
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera
Bedak sejuk beras titik campur air gamat
Bedak Arab
Bedak Tanaka
Tak perlu rungsing2 mencari bedak2 sejuk ni.
DISINI ADA ...
Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai
ke alamat di beri, insyallah.
*****************************************
SAMA2 TERUSKAN KITA BERDOA
UNTUK MH370...
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail
datang Kepada Nabi s.a.w ada waktu yg ia tidak biasa datang
dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a.w.:
"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah
menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak
layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu
benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar
untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."
Lalu Nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka
dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian
dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun
sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala
dan baranya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka
sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk
dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju
ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan
mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu
pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan
di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang
di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang
di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam
dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah,
dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada 7 pintu,
tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki
dan perempuan."
Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu
rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka,sesetengahnya
di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000
tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing
pintu?"
Jawab ibrail:
Pintu 1- Tempat orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir
setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a. s. serta keluarga
Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu 2- Tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim.
Pintu 3- Tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu 4- Tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama
Ladha.
Pintu 5- Tempat orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu 6- Tempat orang nasara bernama Sa'eir.
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga
ditanya: "Mengapa tidak Kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu
yg sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka Nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan
itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s. a. w. di pangkuannya
sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi s.a.w bersabda:
"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku,
apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam
neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari
ummatmu."
Kemudian Nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian
Nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali
untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan
orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(Dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai" )
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat, sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari
Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 :
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah
Kami Turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat,
sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci,
mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."
Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sunday, April 13, 2014
KELUASAN NERAKA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment