BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Sunday, June 1, 2014

10 SIKAP BURUK MANUSIA YANG DICELA ALLAH SWT

BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK

Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik biasa
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera
Bedak sejuk beras titik campur air gamat
Bedak Arab
Bedak Tanaka

Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai
ke alamat di beri, insyallah.

****************************************************
SAMA2 TERUSKAN KITA BERDOA UNTUK MH370...

BULAN REJAB SUDAH BERLALU.
KINI TIBA BULAN SYAABAN 1435 H. 
AKAN TIBA BULAN RAMADHAN.

MARI PERTINGKATKAN AMALAN SOLEH KITA KEPADA 
ALLAH SWT.

*****************************************************



SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf 
Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan 
Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia 
sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan 
itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan 
ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu 
kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, 
yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, 
fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua 
jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan 
sesama manusia.

3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, 
mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan 
atau pembunuhan.

4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja 
dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan 
sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji 
yang lahir dari perasaan hasad dengki. 

Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ 
(riwayat Muslim).

5. Kedekut/bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga 
bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) 
seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya 
ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan 
ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan 
menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga 
melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah 
kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan 
beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati 
esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan 
dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa 
hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan 
dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada 
lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang 
dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai 
bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama 
ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk
dalam kategori melakukan dosa besar.

0 komen: