BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Friday, June 20, 2014

12 BARISAN KUBUR

Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik biasa
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera
Bedak sejuk beras titik campur air gamat
Bedak Arab
Bedak Tanaka

Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai
ke alamat di beri, insyallah.

****************************************************
SAMA2 TERUSKAN KITA BERDOA UNTUK MH370...

BULAN REJAB SUDAH BERLALU.
KINI TIBA BULAN SYAABAN 1435 H. 
AKAN TIBA BULAN RAMADHAN.

MARI PERTINGKATKAN AMALAN SOLEH KITA KEPADA 
ALLAH SWT.

*****************************************************
Banyakkanlah berselawat pada Nabi s.a.w pada hari
jumaat ini.



Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w 
dan bertanya: "Wahai Rasullullah, tolong huraikan kepadaku 
mengenai firman Allah swt : "Pada sangkakala ditiup, maka 
kamu sekalian datang berbaris-baris" - (Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah 
pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara 
yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan 
berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan 
pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 
12 barisan berkenaan iaitu:

BARISAN PERTAMA - Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan 
dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan 
dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah 
orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka 
ini balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA - Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. 
Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu 
adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka 
inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."

BARISAN KETIGA - Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut 
mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka ini 
adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah 
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KEEMPAT - Diiringi dari kubur dengan keadaan 
darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka 
ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah 
balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."

BARISAN KELIMA - Diiringi dari kubur dengan bau busuk 
daripada bangkai. Ketika itu Allah swt menurunkan angin 
sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang 
Mashyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan 
perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula 
rasa takut kepada Allah swt, maka inilah balasannya dan 
tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM - Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala 
mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi 
saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali 
mereka adalah neraka.."

BARISAN KETUJUH - Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah 
dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu 
adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, 
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah 
neraka..."

BARISAN KELAPAN - Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik 
dengan kepala kebawah dan kaki keatas. " Mereka adalah orang 
yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali 
mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEMBILAN - Diiringi dari kubur dengan berwajah 
hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka 
penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang 
makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah 
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH - Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan 
tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka 
adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah 
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEBELAS - Diiringi dari kubur mereka dengan 
berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk 
lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah 
mereka terjulur memanjang sampai ke perut dan keluar 
beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, 
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah 
neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS - Mereka diiringi dari kubur dengan wajah 
yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui 
titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi 
Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang 
yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka 
menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima 
waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, 
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah 
syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan 
Allah yang maha pengasih..."

0 komen: