BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK
Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik biasa
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera
Bedak sejuk beras titik campur air gamat
Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai
ke alamat di beri, insyallah.
****************************************************
Baca lah surah al-fatihah pagi dan petang dan hadiahkan
pahalanya pada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w serta
ahli keluarga dan kesemua sahabat2 baginda. Juga
di hadiahkan pahalanya kepada ibubapa kita. Juga khusus
kepada arwah adik lelaki ku , Hishammudin serta kepada
semua muslimin muslimat yang masih hidup mahupun telah
meninggal dunia ..
Al fatihah
Dan berdoalah lah :
"Ya Allah sesungguhnya kami mencintaiMU, mencintai
orang-orang yg mencintaiMU, mencintai amal-amal yg
menyebabkan kami semakin mencintaiMU dan Engkau
mencintai kami. Semoga Allah selalu melancarkan dan
memudahkan ikhtiar kami untuk hidup bahagia
sejahtera di dunia dan akhirat.
Ya Allah, jauhkan hidup kami dari penderitaan,
mudahkanlah jalan kami untuk kebahagian, lancarkanlah
rezeki kami agar kami menjadi orang kaya yang berguna
dan panjangkan umur kami dalam keberkahan dan kesihatan.
*********************************************************************
Dikongsikan disini tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan
baik ( dari segi fizikal ) dari ceramah oleh seorang ustaz di masjid .
Tanda-tanda nya ialah :
1. Keluar keringat (peluh) di dahi. Tanda ini dapat dilihat ketika
jenazah baru sahaja meninggal dunia.
2. Keluar air mata. Tanda ini juga dapat dilihat ketika jenazah
baru sahaja meninggal dunia kerana air mata tersebut akan
kering lama kelamaan.
3. Terpejam matanya. Maksudnya, mata jenazah tersebut
tertutup rapat dan tidak perlu ditutup oleh orang lain.
Kadang – kadang kita tengok ada jenazah yang tak boleh nak
ditutup rapat matanya.
4. Bibir tertutup rapat. Mulutnya tidak ternganga dan tidak ada
lelehan air liur.
5. Terukir sedikit senyuman di wajah si mati. Bukanlah senyuman
yang terlalu besar hingga sampai ke telinga tetapi nampak manisnya
muka si mati.
6. Muka cerah dan berseri. Mukanya tidak berubah dari segi bentuk
dan warna. Ada kalanya kita mendengar kisah mayat yang bertukar
mukanya menjadi hitam atau kelihatan seperti binatang. Na’uzubillah.
7. Badannya tidak mengeras walaupun telah beberapa jam
meninggal. Apabila kita sentuh si mati, kita akan dapati
seolah – olah jenazah baru sahaja meninggal. Sendi – sendinya
mudah dilentur dan senang untuk dimandikan.
Itulah dia 7 tanda kematian yang baik.
InsyaAllah barang siapa yang mati dalam keadaan baik. Maka
kehidupan di akhirat pun pasti baik. Semua tanda - tanda ini
terdapat pada Rasulullah saw semasa kewafatan Baginda.
Sudah bersediakah kita untuk kematian ?
Pastinya kita mahu mati dalam keadaan husnul khatimah dan
bukannya suul khatimah..
Dan disini juga dikongsikan satu doa penting dari Nabi saw untuk
kita amalkan, mudah2an kita terselamat dari azab kubur..
Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu
daripada azab kubur, dan daripada azab jahannam, dan daripada
itnah hidup dan mati, dan daripada keburukan fitnah masih ad-dajjal.
Dengar dan hafal.. Semoga bermanfaat.
Saturday, November 15, 2014
APA TANDA-TANDA ORANG YANG MATI DALAM KEADAAN BAIK
dicatat oleh Unknown sendiri 11:39 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
sesungguhnya MAHA SUCI ALLAH..
sINGGAH & SAYA FOLLOW SINI
semoga kita tergolong dlm golongan yg akhir hayatnya baik dn dirhmati.., aminn
Post a Comment