BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK
Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik biasa
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera
Bedak sejuk beras titik campur air gamat
Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai
ke alamat di beri, insyallah.
****************************************************
Baca lah surah al-fatihah pagi dan petang dan hadiahkan
pahalanya pada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w serta
ahli keluarga dan kesemua sahabat2 baginda. Juga
di hadiahkan pahalanya kepada ibubapa kita. Juga khusus
kepada arwah adik lelaki ku , Hishammudin serta kepada
semua muslimin muslimat yang masih hidup mahupun telah
meninggal dunia ..
Dan berdoalah lah :
"Ya Allah sesungguhnya kami mencintaiMU, mencintai
orang-orang yg mencintaiMU, mencintai amal-amal yg
menyebabkan kami semakin mencintaiMU dan Engkau
mencintai kami. Semoga Allah selalu melancarkan dan
memudahkan ikhtiar kami untuk hidup bahagia
sejahtera di dunia dan akhirat.
Ya Allah, jauhkan hidup kami dari penderitaan,
mudahkanlah jalan kami untuk kebahagian, lancarkanlah
rezeki kami agar kami menjadi orang kaya yang berguna
dan panjangkan umur kami dalam keberkahan dan kesihatan.
*****************************************************
Sayidina Ali r.a. berkata: “Saya dengan Fatimah pergi
menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang
menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang
menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”
Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga
ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan
amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan
azab yang diterima mereka.”
Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?”
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan
digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku
lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat
ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya
terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular
dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya
sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan
mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat
perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan
ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya
keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana
penyakit kusta dan sopak.
“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya
seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku
lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular
masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung).
Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan
tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak
menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan
tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan
lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan
yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya.
Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan
yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas
ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana
ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting
api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang
asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki
lain.
“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas
ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia
boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak
mandi janabah.
“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti
himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya
seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan
membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari
kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta
kemudian diikat di belakang tengkoknya.”
Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah
untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan
Allah.”
Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga,
kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin
dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab.
Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam
neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat
kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api
neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana
ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan
kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”
Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah?
Baginda s.a.w. menjawab: “Perempuan mengkufurkan
suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau
membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia
belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)
Saturday, November 8, 2014
TANGISAN RASULULLAH KERANA WANITA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment