BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK
Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik biasa
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera
Bedak sejuk beras titik campur air gamat
Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai ke alamat
di beri, insyallah.
****************************************************
Baca lah surah al-fatihah pagi dan petang dan hadiahkan
pahalanya pada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w serta
ahli keluarga dan kesemua sahabat2 baginda. Juga
di hadiahkan pahalanya kepada ibubapa kita serta kepada
semua muslimin muslimat yang masih hidup mahupun
telah meninggal dunia ..
Al fatihah
****************************************************************
Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang buruk
akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak
ajakan lelaki (pelacur). Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat,
tiba-tiba tangannya melekat pada tubuh mayat wanita tersebut.
Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya
tangan si pemandi mayat terlekat pada badan mayat tersebut sehingga
semua yang berada waktu itu mati akal untuk melepaskan tangan itu
dari tubuh mayat tersebut. Terdapat berbagai cadangan dan pendapat
untuk menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya ada dua pandangan
yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.
Pertama, memotong tangan pemandi mayat itu atau keduanya tanam
kedua-duanya iaitu mayat wanita dan pemandi mayat sekali gus. Oleh
kerana kedua-dua cadangan tersebut kurang sesuai, salah seorang
dari mereka memutuskan untuk meminta pendapat Imam Malik.
Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa.
Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang berlaku lalu
Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu. "Apa
yang kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya?". Perempuan memandikan mayat
bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak berbuat
atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.
Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut akan tangannya
akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita
pemandi mayat itu berkata,"Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan
zina". Sambil menampar-nampar dan memukul-mukul berkali-kali
pada batang tubuh si mati. Imam Malik berkata "Kamu telah
menjatuhkah qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan
kamu tidak mendatangkan empat saksi. Dalam situasi begini,
di mana kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan
kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi."
Sewaktu pemandi mayat itu dijatuhkan hukuman, tiba-tiba sebaik
masuk sebatan ke 80, maka dengan kekuasaan Allah terlepaslah
tangannya dari mayat tersebut.
Pengajarannya:-
Jaga lidah atau penyebaran sebarang bentuk fitnah.
Jangan bersangka buruk dengan kuasa Allah. Walaupun kita tahu
dia itu pelacur, tetapi kalau kita tidak pernah melihat perbuatan
zinanya, maka kita dilarang menuduhnya berzina. Diharap kisah
Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan dan iktibar.
Jadi beringatlah sekiranya membantu menyebarkan sesuatu perkara
buruk dalam masyarakat, negeri atau negara yang mana kita tidak
menyaksi dan tiada saksi, maka tunggulah suatu hari nanti, kita akan
menerima balasannya.
Sunday, November 23, 2014
DIDALAM ZAMAN ICT MODEN INI, BERHATI-HATI JANGAN SAMPAI TERJERAT DENGAN PENYEBARAN FITNAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment