Sekarang sudah 18 Syaaban dan bulan Syaaban
sudah hampir ke penghujungnya. Dalam beberapa
hari pasti tiba bulan Ramadhan tanggal hari Isnin1hb Ogos 2011.
Beberapa waktu kebelakangan ini, suhu dibeberapa
negeri di Malaysia mencatatkan bahang kepanasan yang
mencecah 36-38 darjah celcius seharian. Ada la
hujan sekali sekala tapi ianya tidak memadai untuk
menghilangkan bahang panas ini.
bersilau-sliau. Bukan saja fenomena ini memedihkan
penglihatan malah kita mudah dijangkiti batuk dan selsema
serta sakit kepala.
Jadi untuk menyejukkan suhu badan , saya sediakan beberapa
tips yang boleh dipratikkan antaranya :
1. Kerap minum air putih kosong ( plain water )
Kerap minum air dapat membantu menyejukkan badan
ketika cuaca panas. Dalam satu artikle yang saya baca,
nasihat diberi ialah minum air sebelum mula berasa dahaga.
Oleh itu, sentiasa sediakan sebotol mengandungi air putih
( plain water ) dirumah atau pun sebagai bekalan setiap
kali keluar rumah.
Minumlah air putih kosong dengan lebih kerap sekurang-kurangnya
lapan gelas sehari bagi memastikan tubuh tetap cergas
ketika cuaca panas . Kurangkanlah pengambilan gula, makanan
berlemak, berminyak serta bersusu.
Kurangkan juga pengambilan minuman berais sebab ianya
bukan membantu sangat menyejukkan badan sebaliknya ais
pula menjadi penyebab batuk dan selesema.
. Minumlah air putih kosong dengan lebih kerap sekurang-kurangnya
lapan gelas sehari bagi memastikan tubuh tetap cergas
ketika cuaca panas . Kurangkanlah pengambilan gula, makanan
berlemak, berminyak serta bersusu.
Kurangkan juga pengambilan minuman berais sebab ianya
bukan membantu sangat menyejukkan badan sebaliknya ais
pula menjadi penyebab batuk dan selesema.
2. Kerap mandi
Ini juga boleh membantu tapi mandi air sejuk dan
kurangkan mandi air dari alat pemanas. Jimat letrik.
3. Pasangkan penghawa dingin jika ada.
Memang lah menyejukkan badan bila ada didalam
bilik berhawa dingin tetapi sebenarnya angin sejuknya
mengeringkan kulit serta mengakibatkan kering tekak.
Sebab tu kita digalakkan minum air putih banyak
bila berada didalam bilik berhawa dingin.
Lagi satu masaalah ialah bil letrik akan naik
mendadak bila guna alat penghawa dingin ini.
Jadi untuk elakkan bil letrik tinggi, selalu2 lah
servis alat penghawa dingin tu supaya kita hanya
guna kuasa terendah saja untuk menyejukkan bilik.
4. Makan buah2an punyai kandungan air yang banyak
Dengan memakan buah2an, selain dapat menjaga
kesihatan diri, juga dapat menyejukkan badan.
Antara buah2an nya Tembikai susu ( honeydew),
Tembikai Cina , belimbing , betik , Nenas , epal
dan pear.
Tembikai bantu
menyejukkan tubuh
Elakkan makan durian berlebihan.
Juga pada bakal ibu dan ibu yang bersalin, berjaga2
sikit. Jika boleh elakkan makan buah2an sejuk atau
tajam seperti sebut diatas tu. Banyakkan makan ulam.
5. Makan sayur2an punyai kandungan air yang banyak
Sayur2an juga elok dimakan selalu. Seelok2nya jangan
masak sayur2an ini kerana akan menghilangkan khasiat
sebenar sayur2an tersebut. Makan sebagai Ulam.
Antara sayur2an punyai kandungan air banyak ialah
Tomato, Timun , Salad serta lobak.
6. Makan Yogurt
Yogurt ini kaya dengan kalsium serta probiotik. Ini
elok untuk sistem penghadaman. Juga dapat bantu
menyejukkan suhu badan.



Time in Ipoh
Time in Mecca 
