Ada rakan bertanya saya Jerawat dan bisul tu sama ke ?
Dia bertanya soalan ini bukan tandanya dia tidak dapat
bezakan antara Jerawat dari Bisul tetapi untuk dapatkan
kepastian untuk elakkan dari tersalah cara rawatan dan
cara penggunaan ubatan .
Gambar Bisul di hidung
Gambar Jerawat di hidung
Jadi saya beri pandangan saya iaitu walaupun kedua2nya adalah
penyakit kulit tapi pada hakikatnya kedua2nya adalah
jenis penyakit kulit yang berbeza.
Bisul dalam bahasa inggeris ialah Abcess sementara Jerawat
pula dalam bahasa inggeris ialah Acne, ada juga orang panggil
Pimple.
Antara perbezaan Jerawat dari Bisul ialah :
Bisul Jerawat
1. Isinya nanah Isinya lemak ( komedo )
2. Selalu berdenyut2 Tidak selalu berdenyut
3. Lebih sakit Kurang sakit
4. Benjolan lebih besar Benjolan tidak besar
( kemerah2an serta ( kemerah2an )
kekuningan akibat
ada nanah )
5.Banyak mata atau Biasanya satu2 pada
kumpulan bisul2 lecil satu kawasan jangkitan
pada satu kawasan
jangkitan
6. Selalunya pecah dan Perlu ubatan atau rawatan
sembuh dengan sendiri untuk sembuh
7. Terjadi dimana saja Biasanya terjadi di kulit muka,
tapi biasanya di bahagian leher, dada dan kulit kepala
lipatan tubuh seperti
dilengan, dipaha, dibahu,
dipunggung dan
kelopak mata. Ada juga
terjadi kat hidung dan
mulut.
Antara cara mencegah Bisul dan Jerawat pula :
1) Jaga kebersihan diri dengan mandi tiap hari dengan menggunakan
sabun yang sesuai
2) Bila kulit terasa gatal2, elakkan menggaru untuk mencegah
kerosakan kulit
3) Elakkan memicit untuk elak terjadinya parut
4) Juga jaga kebersihan rambut kerana akar rambut yang kotor
boleh menyebabkan penyakit kulit ini
5) Gunakan ubatan atau rawatan yang sesuai dan untuk
jerawat, boleh juga amal pakai Bedak Muntah Belut
6) Minta nasihat pakar / doktor samada perlu minor
surgery atau amal pakai ubatan saja
7) Jaga diet makanan
8) Jangan stress sangat dan elakkan mengalami tekanan
Jadi saya harap dengan penerangan ringkas ini dapatlah
membantu rakan saya ini untuk memahami serba sedikit
mengenai Jerawat dan Bisul.
Tapi apa2 pun, kalau terjadi juga penyakit kulit ini
pada sesiapa pun, jangan risau sebab pasti ada cara untuk
menyembuhnya...banyaklah bersabar ye...
1 komen:
Info yang bagus
Post a Comment