BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK
Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik biasa
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera
Bedak sejuk beras titik campur air gamat
Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai
ke alamat di beri, insyallah.
****************************************************
Baca lah surah al-fatihah pagi dan petang dan hadiahkan
pahalanya pada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w serta
ahli keluarga dan kesemua sahabat2 baginda. Juga
di hadiahkan pahalanya kepada ibubapa kita. Juga khusus
kepada arwah adik lelaki ku , Hishammudin serta kepada semua
muslimin muslimat yang masih hidup mahupun telah meninggal
dunia ..
Al fatihah
Dan berdoalah lah :
"Aku memohon kepadaMu Ya Allah, engkau bantulah
dan selamatkan serta berikan kemenangan kepada
umat islam semasa di dunia ini mahupun di akhirat nanti,
antaranya kepada rakyat palestine terutama di Gaza ,
rakyat syria, rakyat iraq dan lain2 umat islam
yang sedang ditindas, dianiaya , dikejami serta diperangi
oleh pemerintah masing2 yang kejam juga oleh kaum
yahudi Israel yang kejam serta sekutu2 Israel yang
menyokong tindakan ganas ini . Ya Allah bantulah untuk
hancurkan mereka2 yang kejam ini supaya mereka akan
tahu Engkaulah yang lebih berkuasa dan bukan mereka2
yang kejam ini"
***********************************************
Air yang digunakan untuk membasuh beras sebenarnya mempunyai
banyak faedah. Jangan dibuang air berkenaan.
1. Boleh diguna untuk menghilang bau hanyir ikan-ikan yang disiang .
2. Air beras dari cucian ikan tadi boleh digunakan untuk dibuat
air siraman pokok bunga seperti pokok bunga mawar (ros).
Bunganya pun cepat dan cantik kalau dah sihat (hasil dari siraman
air beras + ikan tadi).
3. Boleh juga digunakan untuk menyiram pokok terung, cili
supaya buahnya akan menjadi lebat dan tidak dimakan ulat.
4. Boleh juga digunakan untuk merendam sayur-sayuran yang
telah dipotong untuk memasak untuk menghilangkan kesan-kesan
racun sayur pada daun-daun sayur tersebut.
5. Air beras basuhan yang pertama boleh diminum untuk
mengurangkan tekanan darah. (Amalkan sekurang-kurangnya
2x seminggu).
6. Air beras basuhan kedua dan ketiga pula boleh digunakan
untuk membasuh muka agar kulit muka lebih licin dan lembut.
(Amat sesuai untuk muka yang berjerawat dan berminyak).
Pastikan selawat supaya muka akan berseri dan bercahaya.
7. Basuh muka setiap kali anda membasuh beras sambil
berselawat sekurang-kurangnya tiga kali sebelum membasuh
muka. Amalkan sepanjang masa. yang penting muka akan
bercahaya dan berseri .
8. Beras yang direndam berbulan2 lamanya dengan airnya,
boleh dititikkan jadi bedak sejuk beras titik. Bedak sejuk
jenis ini sesuai digunakan untuk sejukkan kulit serta
merawat kulit.
Friday, September 19, 2014
8 KHASIAT AIR BERAS
dicatat oleh Unknown sendiri 11:34 AM
Labels: bedak sejuk beras
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment