BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK
Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik biasa
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera
Bedak sejuk beras titik campur air gamat
Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai
ke alamat di beri, insyallah.
****************************************************
Baca lah surah al-fatihah pagi dan petang dan hadiahkan
pahalanya pada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w serta
ahli keluarga dan kesemua sahabat2 baginda. Juga
di hadiahkan pahalanya kepada ibubapa kita. Juga khusus
kepada arwah adik lelaki ku , Hishammudin serta kepada semua
muslimin muslimat yang masih hidup mahupun telah meninggal
dunia ..
Al fatihah
Dan berdoalah lah :
"Aku memohon kepadaMu Ya Allah, engkau bantulah
dan selamatkan serta berikan kemenangan kepada
umat islam semasa di dunia ini mahupun di akhirat nanti,
antaranya kepada rakyat palestine terutama di Gaza ,
rakyat syria, rakyat iraq dan lain2 umat islam
yang sedang ditindas, dianiaya , dikejami serta diperangi
oleh pemerintah masing2 yang kejam juga oleh kaum
yahudi Israel yang kejam serta sekutu2 Israel yang
menyokong tindakan ganas ini . Ya Allah bantulah untuk
hancurkan mereka2 yang kejam ini supaya mereka akan
tahu Engkaulah yang lebih berkuasa dan bukan mereka2
yang kejam ini"
***********************************************
Saya bukanlah ahli politik cuma seorang peniaga kecil2an
dan seorang isteri dan juga ibu.
Tetapi pada pendapat saya, nasihat dari Dr M ini patut diberi
perhatian sebab ada asas kebenarannya.
Sebab apa saya katakan ini adalah kerana situsasi ini sememangnya
telahpun terjadi kepada kumpulan kerja yang saya ceburi di
kawasan saya.
Kumpulan kerja ini ( tidak perlu saya dedahkan namanya sebab
jika saya dedahkan, pasti semua tahu ) telah ditubuhkan oleh
kerajaan untuk membantu peniaga kecil2an bumiputra seperti saya
untuk mendapatkan modal niaga demi meneruskan serta pertingkatkan
perniagaaan masing2.
Tetapi ada beberapa individu yang masuk menjadi ahli kumpulan
kerja tetapi mengambil kesempatan diatas kejujuran serta amanah
ahli2 kumpulan kerja yang lain untuk mendapatkan pinjaman modal
ribuan ringgit. Tetapi bila sudah dapat pinjaman modal ini, terus
tidak hadir semasa mesyuarat mingguan dan terus tidak bayar balik pinjaman modal ini. Ada yang lari terus dari kawasan dan berpindah
ke tempat lain.
Walaupun ahli2 lain kumpulan kerja ini jumpa individu2 terbabit ini
( semuanya bangsa melayu ) dan tuntut untuk individu2 tersebut
membayar balik pinjaman modal yang sudah mereka dapat tetapi
mereka2 ini cuma endah tak endah saja gesaan ini dan masih liat
untuk bayar balik.
Disebabkan oleh polisi kumpulan yang tidak dapat ambil tindakan
terus terhadap ahli2 kumpulan yang engkar bayar balik pinjaman
modal ini, akibatnya masaalah ini dipertanggungjawabkan kepada
ahli2 lain yang tidak terlibat dan dengan ini, ahli2 ini terpaksa
membayar balik pinjaman modal untuk mereka2 yang tidak jujur
serta amanah ini.
Tetapi mereka2 yang tidak jujur serta amanah ini ( yang dapat
pinjaman modal ini tapi liat hendak bayar balik ) antara sedar atau
pun tidak, sepatutnya tahu apa yang mereka perolehi semua ini
( ribuan ringgit ) hanya lah harta duniawi saja dan ianya akan
dianggap hutang yang tidak dibayar di alam barzakh serta alam
akhirat nanti.
Seperti sabda Nabi s.a.w ini mengenai hutang :
Dan juga nasihat dari TG nik Aziz :
Jadi berhati2 kita mengenai hutang. Jika boleh elakkan berhutang,
elakkan lah dari berhutang . Tetapi jika perlu berhutang juga,
pastikan bayar balik kesemuanya demi kita juga nanti supaya
kita selamat dunia akhirat.
Monday, September 15, 2014
NASIHAT DARI DR MAHATHIR....MEMANG ADA ASAS KEBENARANNYA..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment