BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK
Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik biasa
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera
Bedak sejuk beras titik campur air gamat
Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai
ke alamat di beri, insyallah.
****************************************************
Baca lah surah al-fatihah pagi dan petang dan hadiahkan
pahalanya pada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w serta
ahli keluarga dan kesemua sahabat2 baginda. Juga
di hadiahkan pahalanya kepada ibubapa kita. Juga khusus
kepada arwah adik lelaki ku , Hishammudin serta kepada semua
muslimin muslimat yang masih hidup mahupun telah meninggal
dunia ..
Al fatihah
Dan berdoalah lah :
"Aku memohon kepadaMu Ya Allah, engkau bantulah
dan selamatkan serta berikan kemenangan kepada
umat islam semasa di dunia ini mahupun di akhirat nanti,
antaranya kepada rakyat palestine terutama di Gaza ,
rakyat syria, rakyat iraq dan lain2 umat islam
yang sedang ditindas, dianiaya , dikejami serta diperangi
oleh pemerintah masing2 yang kejam juga oleh kaum
yahudi Israel yang kejam serta sekutu2 Israel yang
menyokong tindakan ganas ini . Ya Allah bantulah untuk
hancurkan mereka2 yang kejam ini supaya mereka akan
tahu Engkaulah yang lebih berkuasa dan bukan mereka2
yang kejam ini"
***********************************************
Dalam Kerendahan Diri, Ada Ketinggian Budi,
Dalam Kemiskinan Harta, Ada Kekayaan Jiwa,
Dalam Kesempitan Hidup, Ada Keluasan Ilmu,
Hidup Ini Indah Jika, Segala2nya Kerana Allah..
JANGAN, JANGAN, JANGAN...
JANGNA sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah
kita.
JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak
berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
JANGAN biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati
boleh datang bila-bila masa.
JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama
manusia kalau memang kita bersalah.
JANGAN mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
JANGAN bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik
dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan
kekal selamanya.
JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati
Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat
kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:7)
Monday, September 22, 2014
JANGAN...JANGAN...JANGAN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment