Hari ni adalah hari yang amat penting bagi semua
pelajar2 tingkatan 5 ( termasuklah anak kedua
saya Muhammad Nazran - yang muka tension tu)
kerana peperiksaan SPM bagi mereka sudah mula.
Saya ingin ucapkan Selamat Berjaya kepada semua
pelajar2 dan tidak ketinggalan juga Selamat Bertugas
kepada guru2 pengawas.
Mula2 pastikan, kena tahu waktu dan tempat peperiksaan
dijalankan...jangan tak tahu pulak nanti susah...
*************************************************
Sebelum mula jawab peperiksaan , amalkan bacaan :
1. Al-fatihah
2. Selawat kepada nabi 10 x
3. Surah Al-Inshirah ( surah 94 )
Surah pendek ini memberi harapan dan dorongan
dikala mengalami kegelapan dan kesusahan
***********************************
Bila mula peperiksaan, bagi pelajar2, walau apa pun terjadi,
kena la habiskan semua jawapan ye...Pedulikan apa jua
rintangan dan masaalah dunia masa tu..
Tapi nak bagi nasihat masa menjawab...
Jangan pulak TENSION2 nanti PENGSAN pulak...
Jangan pulak termenung lama sampai tak jawap apa2...
kertas kosong nanti markah pun KOSONG...
Jangan pulak TIRU2 kawan, nanti kena tangkap SUSAH..
Jangan pulak main teka2 je jawapan tu...
Bila dah habis periksa untuk hari tu , cepat2 balik rumah
dan buat ulangkaji untuk mata pelajaran seterusnya, jangan
pula nak REMPIT2 masa balik tu nanti nahas...
SAY NO TO REMPIT...
Jangan terlebih TIDUR pulak masa ulangkaji....dan asyik kira
kambing biri2 je...Lain la kalau bercita2 nak jadi penternak
kambing biri2...
Jangan bazir masa ye..masa tu ibarat EMAS waktu ni..
Jangan pulak terlebih STRESS ...takut jadi BLANK otak...
kat depa...kesian kat depa NOO...
Tapi kena ingat JALAN MENUJU KEJAYAAN bukan MUDAH...
Banyak rintangan..Tapi apa2 pun, ucapan SELAMAT
BERJAYA KEPADA SEMUA....
1 komen:
tips yg bagus:)
farahwahida
Post a Comment