Tahukah anda apa itu penyakit kulit Perioral dermatitis ?
Ia ada suatu keadaan berkaitan dengan jerawat vulgaris iaitu
bintik2 atau papula merah yang mungkin tumbuh disekitar ruang
muka dari sekitar mata, sekitar lubang hidung serta sekitar mulut
dan bahagian dagu.
Pesakit yang alami Perioral dermatitis biasanya mengalami gejala
tidak selesa di sekitar mulut dan dagu. Mungkin juga akan rasai
keadaan gatal.
Bila penyakit ini mula mudarat , ia akan menunjukkan
tumbuhan beberapa jenis benjolan kecil kemerah-merahan
dan ini semestinya akan mengakibatkan komplikasi emosional
pada diri seseorang bila mengalaminya. Lebih teruk lagi
jika benjolan ini bernanah.
Tetapi jangan risau kerana Perioral dermatitis hanya terhad pada
keadaan kulit dan tidak mengancam nyawa.
Disini dikongsi gambar keadaan penyakit ini dibahagian dagu :
dermatitis ini mempengaruhi wanita iaitu
90% dari kes diantara umur 20 dan 45.
Tetapi bagi lelaki , jumlah peratus
dijangkiti penyakit ini dijangka
meningkat kerana disebabkan faktor2
perubahan keadaan dan cara kawal
diri.
Jadi apa sebabnya penyakit ini terjadi contohnya di bahagian
dagu. Antara sebabnya ialah :
1. Tabiat menjilat dibahagian bibir dan dagu.
2. Ada artikle menyebut tabiat penggunaan ubatan dan krim
yang punyai steroid fluorinated di bahagian mulut dan dagu
contohnya ubat gigi berfluoride, kosmetik, sabun dan krim
pencuci wajah.
3. Pengambilan minuman beralkohol
4. Makanan pedas dan minuman berkafein
5. Ada juga artikle menyebut adanya bahan2 Sodium lauryl Sulfate
(SLS) serta Ammonium lauryl Sulfate (ALS). Sodium lauryl Sulfate
adalah bahan yang ditambah ke sabun, shampoo, mandi
gelembung, hidangan detergen dll yang mengakibat terjadinya
BUIH dan semestinya bahan SLS ini adalah sesuatu yang kebanyakan
orang menghargainya kerana adanya BUIH, baru seseorang itu
akan rasainya kebersihan bila mengamalnya.
Penyakit kulit Perioral dermatitis ini sukar untuk diubati dan
memerlukan beberapa bulan rawatan. Lebih sukar lagi jika
tabiat ulangkali penggunaan krim yang mengandungi steroid
dibahagian dagu serta bahagian muka tidak di kawal.
Bahkan bila dirawat pula, keadaan tersebut mungkin boleh
berulang beberapa kali, tapi biasanya penyakit ini tidak kembali
selepas rawatan berhasil.
Jadi apa cara rawatannya , antaranya :
1. Jumpa pakar kulit untuk mengetahui cara rawatan moden
2. Elakkan penggunaan krim kulit yang mengandungi steroid
pada wajah anda contohnya makeup, krim, ubat-ubatan
kecuali bila diarahkan oleh doktor kulit anda.
3. Selalu mencuci wajah anda menggunakan air suam.
Dinasihatkan menggunakan cecair pembersih yang tidak
mengandung sabun yang ada steroid.
4. Boleh juga masuk ke halaman2 internet forum untuk memahami
dan bertanya cara rawatan untuk penyakit Perioral dermatitis ini.
5. Amal pakai produk2 semula jadi tanpa kimia tetapi mungkin
produk2 ini agak mahal juga di pasaran.
6. Tetapi jika anda tidak mahu susah2 , boleh lah mencuba rawatan
tradisional Bedak sejuk Muntah Belut untuk merawat penyakit ini,
insyallah akan sembuh juga ...tapi kena la amal pakai selalu supaya
cepat sembuh ye...
0 komen:
Post a Comment