Masaalah2 jerawat kecil di bahagian dahi amat merungsingkan
hati bila terjadi kepada kita. Dan anggapan jerawat hanya selalu
menyerang para remaja saja kini tidak benar lagi sebab hari ini
wanita dewasa malah lelaki pelbagai peringkat umur pun turut
mengalami masalah jerawat di dahi.
Masaalah jerawat di dahi ni kemungkinan amat memalukan kepada
kebanyakan orang sebab macam mana cara nak sembunyikannya
Kerana selain rambut, bahagian dahi juga boleh dikatakan
sebagai mahkota wajah seseorang.
Gmbar bawah ni bukan jerawat di dahi ye tapi mungkin benjol
besar di dahi, jangan silap ye ....he he...
Cara mana kita boleh cuba untuk menyembunyikan jerawat di dahi
jika dah tumbuh jerawat di bahagian dahi tu tapi hakikatnya samada
berjaya atau tidak, itu tak pasti.
Mungkin boleh cuba dengan cara :
- Dengan rambut menutup dahi ....tak mungkin efektif sebab rambut
ni selalu melayang-layang ditiup angin. Akan nampak juga
jerawat di dahi tu...
- Dengan pakai tudung bagi wanita .... Mana ada orang pakai
tudung tutup semua bahagian dahi kecuali kalau pakai
purdah yang tutup semua muka dan badan seperti dibawah ni..
- Dengan pakai topi tutup dahi....mungkin boleh tapi bila topi
melayang akan nampak juga dahi berjerawat tu
- Dengan pakai topeng macam hero / heroin komik....ni mungkin boleh
tapi sanggupkah anda pakai topeng pi sana pi sini
- Dengan pakai lilit dahi macam ahli sukan...mungkin boleh tapi
sanggupkah anda pakai ni selalu, berpeluh dahi
Tapi apa penyebabnya jerawat tumbuh di dahi yang mengakibatkan
pori-pori kulit di dahi tersumbat seterusnya mengakibatkan jerawat :
1. Kemungkinan dari Stress atau keadaan tertekan disebabkan
bermacam2 masaalah peribadi ataupun masaalah di tempat kerja.
2. Terlebih pakai make-up kat dahi sampai berminyak dahi.
3. Rambut yang kotor terkena bahagian dahi menyebabkan bakteria
hinggap di dahi serta dahi berminyak
4. Tangan atau jari kotor terkena dahi menyebabkan berminyak dll..
Apa2 pun untuk merawat jerawat ni perlu berhati2 sebab
jangan sampai jerawat ni pecah. Kalau pecah boleh mengakibatkan
parut-parut nampak macam kawah2 dipermukaan bulan..
Jadi apa cara untuk merawat masaalah jerawat di dahi ni .
Jika tanya saya, saya syorkan antaranya :
1.Wapkan wajah untuk hilangkan kesan2 minyak
2. Elakkan sentuhan jari atau tangan kotor di dahi
3. Amal guna scrub halus teksturnya
4. Jaga diet makanan ...kurangkan makanan berlemak / gatal / pedas.
Banyakkan makan sayur2an serta buah2an.
5. Elakkan picit jerawat untuk elakkan jerawat merebak akibat
radangan
6. Jangan pakai makeup atau solekan di dahi tapi kalau nak amal
pakai juga, pastikan cuci dulu bila balik rumah dan sebelum
tidur
7. Minum banyak air untuk melembabkan kulit untuk elakkan kulit
jadi kering. Bila kulit kering, ada hormon bernama hormon androgen
akan mengakibatkan banyak minyak. Ini seterusnya akan
menyebabkan pori-pori kulit tersumbat dan jerawat akan tumbuh
di situ
8. Ada artikle mengatakan kurangkan minuman berkafein yang juga
boleh menyebabkan kulit kering
9. Jika jerawat membengkak atau pecah , boleh amal juga dengan cara
letakkan ketulan ais di kawasan jerawat bengkak itu
10. Jumpa doktor pakar kulit kalau mampu
11.Dan boleh juga amal pakai produk rawatan jerawat
contohnya Bedak Muntah Belut dan lain2 ubatan di pasaran
Jadi sayangilah wajah anda ye dan cegahlah jerawat dari tumbuh ..
Tapi kalau dah tumbuh juga jerawat , jangan risau dan jangan segan2
amal pakai Bedak Muntah Belut ni sebagai satu pilihan rawatan
jerawat anda...
0 komen:
Post a Comment