Saya sekeluarga ingin ucapkan SELAMAT MENYAMBUT
HARI RAYA AIDILADHA kepada semua rakan2 blogger.
Pada hari ini 9 zulhijjah 1434H bersamaan 14 oktober
2013 adalah hari istimewa bagi seluruh umat islam kerana
hari ini umat islam yang berkesempatan menunaikan ibadat
haji di tanah suci , akan melakukan wukuf di Arafah yang
merupakan inti dari ibadah haji.
Manakala kepada yang belum berkesempatan untuk
menunaikan ibadah haji, boleh juga melakukan ibadah yang
nilai pahalanya amat tinggi iaitu dengan berpuasa " Puasa
Arafah ".Hukum Puasa Arafah adalah Sunnah Muakad, yakni sunnah
yang sangat dituntut.
Kedatangan hari Arafah hanya setahun sekali, jadi janganlah
disia-siakan. Kita juga digalakkan untuk berzikir dan berdoa kepada
Allah swt pada hari ini.
Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari
dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari
Arafah. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah
dan Baihaqi).
dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari
Arafah. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah
dan Baihaqi).
Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:Ramai di
kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa
pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama
Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas
yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah
lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)
kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa
pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama
Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas
yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah
lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan
pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu
hari,hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….Telah berkata
imam Baihaqi yaitu pada kelebihan. Hadis isnad hasan dikeluarkan
oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti.
pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu
hari,hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….Telah berkata
imam Baihaqi yaitu pada kelebihan. Hadis isnad hasan dikeluarkan
oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti.
sedang beribadah Haji) yakni tanggal 9 zulhijjah.
Fadilat Puasa Arafah :
1. Dapat menghapuskan dosa selama dua tahun yakni satu
tahun sebelumnya dan satu tahun ke depan. Sebagaimana
disebutkan dalam hadits berikut:
Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa hari Arafah,
beliau menjawab, “Puasa itu menghapus dosa satu tahun
yang lalu dan satu tahun berikutnya.” (HR. Muslim)
2. Pembebasan dari api neraka.
Sebahagian ulama menjelaskan bahwa pembebasan dari
neraka pada hari Arafah diberikan Allah swt bukan hanya
kepada jamaah haji yang sedang wukuf, melainkan juga untuk
kaum muslimin yang tidak sedang menjalankan haji.
Terlimpahkannya ampunan Allah swt terhadap dosa selama
dua tahun melalui puasa Arafah sangat terkait dengan
keutamaan kedua ini.
Di antara hari yang Allah swt banyak membebaskan seseorang
dari neraka adalah hari Arafah. Dia akan mendekati mereka lalu
akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat.
Kemudian Allah swt berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?”
(HR. Muslim)
3. Kemustajaban Doa di Puasa Arafah.
Secara umum doa orang yang berpuasa akan dikabulkan oleh
Allah swt. Ditambah lagi dengan keutamaan waktu hari Arafah
yang merupakan sebaik-baik doa pada waktu itu, maka semakin
kuatlah keutamaan terkabulnya doa orang yang berpuasa Arafah
pada hari itu.
Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik
yang kuucapkan, begitu pula diucapkan oleh para Nabi sebelumku
adalah ucapan “Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul
mulku walahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qadiir (Tidak ada
tuhan kecuali Allah swt semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. MilikNyalah
segala kerajaan dan segala pujian, Allah swt Maha Menguasai segala
sesuatu).” (HR. Tirmidzi, hasan)
Niat Puasa Arafah :
نويت صوم عرفة سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ARAFAH SUNNATAN LILLAHI TA'ALAH “
Saya niat puasa Arafah , sunnah karena Allah ta’ala.”
1 komen:
selamat hari raya aidiladha.. :D
Post a Comment