BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Friday, March 27, 2009

Untuk semua wanita yang saya kasihi

Saya terima sms ini, dan berasa perlu untuk diletakkan di sini. Ia ditujukan khas untuk semua wanita yang saya kasihi. Termasuklah para pembaca entry saya ini. Baca dan hayatilah. Jika ingin dimasukkan dalam blog anda, dipersilakan....

TUHAN,
Ku mohon kepadaMu,
Sentiasalah berkati wanita ini dalam apa jua ykejahatan.

Aku mohon semua ini kerana
aku menyayangi wanita ini.g dia lakukan.
Janganlah pernah meninggalkan dia keseorangan
kerana dia amat memerlukan cinta kasihMu.
Pimpinlah setiap langkahnya
agar dia terhindar dari segala macam bahaya dan
Amin....

Friday, March 20, 2009

Saja nak kongsi

Suatu pagi, tanpa sengaja kepala terdongak dan ternampak.....


Aduhai, cantiknya


Mata beralih ke bawah....


Projek untuk masa hadapan.

Sunday, March 15, 2009

Terbang burung

Kesian saya tengok burung yang seekor ni. Kami sebenarnya pasang perangkap untuk lalat, tapi mungkin sebab ia nak makan lalat tu, ia yang terkena perangkap. Susah jugaklah nak keluarkan ia dari perangkap. Habis bulu pelepahnya melekat-lekat. Kesian sungguh.....


Dengan hati-hati, kami pun melakukanlah proses menyelamat.. hik hik...

Akhirnya, setelah dikeringkan dan direhatkan, ia pun terbang pulang......

Saturday, March 7, 2009

Happy Belated to my mum!!

Post ni sepatutnya saya publish pada 27/2 tapi disebabkan banyak sangat aktiviti lain yang berlaku maka terpaksalah ditangguhkan. Tak sangka pula sampai begini lewat. Maap Mak!!

Kami sambut birthday mak di kediamannya. Sengaja kami rancang untuk balik beramai-ramai. Seronokkan sambut dengan cucu-cucu.....

Tuesday, March 3, 2009

Kehadiran orang baru!!

Saya baru terima berita gembira dari adik ipar saya. Dia baru dapat baby baru.... anak sulungnya.



Tahniah diucapkan buat Mama Nora dan Baba Acis. Anak lelaki mereka namanya Muhamed Danish Rizqy. Baru berusia sebulan. Dengar cerita dari Opahnya, Danish ni selalu tidur waktu siang. Saya yakin Mama Nora boleh jaga Danish dengan baik. Maklumlah dah banyak kali praktis dengan anak buah yang ramai. Mesti cekaplah...