BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Thursday, June 23, 2011

PETUA2 YANG BOLEH DICUBA UNTUK MERAWAT MASAALAH KULIT YANG SENSITIF

Sebelum ini, saya sudah kongsikan khasiat
Bedak Muntah Belut dengan sendirinya mampu
merawat masaalah2 kulit antaranya Jerawat, Ruam, 
Kayap, Bisul, Demam Campak, Eczema ( penyakit 
gatal2 dan kemerah-merahan warna kulit ).


Namun begitu bedak ini boleh juga dicampurkan 
dengan bahan2 lain untuk memberi lebih kesan 
dalam merawat masaalah2 kulit yang lebih sensitif
mengikut petua2 lama. 


Sesiapa ingin, boleh lah mencuba petua2 lama ini
antaranya :


1. Petua menghilangkan bintik-bintik hitam di kulit
     atau Jeragat


    Ambil daun PEGAGA dan kisarkan bersama Bedak
    Muntah Belut dengan campuran air secukupnya.
    Adunan campuran ini kemudian disapukan ke
    bahagian bintik-bintik hitam di kulit pada setiap
    hari mahupun pada setiap malam sebelum tidur.
    Keesokkan paginya, basuh bahagian kulit ini
    dengan air bersih. Lakukan selalu dan perhatikan
    kesannya. Lebihan adunan ini boleh disimpan
    ditempat kering untuk kegunaan kemudian.




 Daun Pegaga
 - banyak khasiat nya






   Semasa pakai, duduk senyap2 dan jangan bercakap. 
   Akan terasa kulit muka menjadi tegang. Jeragat akan 
   hilang sedikit demi sedikit.


2. Petua melicinkan kulit


   Kisarkan campuran Bedak Muntah Belut , kunyit
   hidup serta asam jawa. Sapukan adunan ini
   di bahagian kulit setiap hari mahupun setiap malam
   sebelum tidur. Biarkan kering dan keesokan paginya
   basuh bahagian kulit ini dengan air bersih.


3. Petua untuk menghilangkan daki di celah2 lengah,
   telinga dan bahagian2 lain di badan


   Sama caranya dengan no. 2 


4. Petua menghilangkan parut jerawat


    Larutkan Bedak Muntah Belut dalam madu lebah
    dan sapukan ke bahagian parut jerawat. Amalkan
    selalu dan perhatikan kesannya.


5. Petua menghilangkan kulit berminyak


    Larutkan Bedak Muntah Belut menggunakan air
    mineral atau air zam zam atau air gamat. 
    Kurangkan penggunaan air paip sebab air paip 
    ini punyai kandungan klorin yang kemungkinan
    tidak sesuai untuk kulit sensitif. Sapukan larutan
    bedak ini ke bahagian kulit berminyak setiap 
    malam sebelum tidur. Basuh bahagian kulit ini
    dengan air bersih keesokan paginya.

Tuesday, June 7, 2011

AIR PAIP BERKLORIN VERSUS BEDAK MUNTAH BELUT......!!!!

Saya ni bukannya pakar rawatan air dan juga
bukan nak jual air ataupun apa2 peralatan 
penapis air cuma kali ini sekadar ingin berkongsi 

pendapat mengenai penggunaan air paip berklorin
untuk melarutkan Bedak Muntah Belut sebelum
bedak ini digunakan.

Air dan masaalahnya bukan lah perkara baru. Saya
membaca satu artikle mengenai akibat penggunaan
klorin ke dalam air paip yang boleh digunakan
untuk penggunaan harian termasuklah sebagai air
minum.



tablet klorin dalam
air








Menurut satu kajian dari Amerika ,klorin adalah
satu bahan kimia yang amat merbahaya dan ianya
sangat aktif terhadap lemak serta cholestrol dan
ianya dikesan antara penyebab saluran darah
tersumbat dan ini berpotensi mengakibatkan masaalah
kesihatan antaranya penyakit jantung.

Samada kita terima atau tidak, klorin ini sebenarnya
adalah satu bahan toksik yang dikumpul-kumpulkan
dan bila dicampurkan ke dalam air untuk tujuan
rawatan air , jika kita tidak berjaga2 dengan penggunaan
air berklorin ini, kemungkinan akan memudaratkan
kesihatan kita walaupun tidak dinafikan air rawatan
melalui penggunaan klorin mengakibatkan air jadi bersih
dan jernih.

Kira-kira 120 tahun dulu, masaalah penyakit jantung
jarang sekali timbul kerana ketika itu, klorin belum
lagi digunakan dalam air paip yang juga menjadi air
minuman.

Sekitar 1890, barulah klorin digunakan sebagai bahan
rawatan air paip dan sekitar 1920an klorin telah diterima
sebagai bahan untuk merawat air minum.

Selepas 10 ke 20 tahun penggunaan klorin dalam
air paip sebagai bahan merawat air , barulah timbul 
bermacam2 masaalah yang berkaitan dengan kesihatan 
antaranya penyakit jantung.


Wednesday, June 1, 2011

PENYAKIT KULIT EKZEMA

Sebelum ini, saya pernah menulis mengenai 
penyakit kulit EKZEMA dan melalui posting kali

ini saya tambah lagi infomasi untuk tatapan rakan2
blogger.

Ekzema merupakan sejenis penyakit yang berkaitan 
dengan kawalan sistem badan seseorang dalam 
menghadapi sesuatu alahan dan kegagalan menghadapi 
alahan inilah yang mengakibatkan terjadinya penyakit 
kulit ekzema ini iaitu kulit menjadi kemerah-merahan ,
mengelupas, kepedihan  serta gatal2.


 Penyakit kulit
 Ekzema pada bayi









Antara beberapa sebab yang menyebabkan penyakit
kulit ini antaranya :

1. Terdedah pada cuaca yang tidak menentu samada
    panas terik serta basah dan lembab
2. Keadaan kebersihan diri
3. Keadaan kebersihan tempat tinggal
4. Diet / pemakanan harian
5. Pendedahan diri ke pelbagai bahan kimia 
6. Penggunaan bahan2 kosmetik, bahan2 cuci
    yang tidak sesuai dan akan akibatkan alahan

Bagi penyakit ini juga ada dua tahap :

a) Untuk tahap rendah :
     Keadaan kulit menjadi kering, gatal2 serta 
     kepanasan.

b) Untuk tahap serius
       Keadaan kulit menjadi kemerahan, mengelupas .
     mengakibatkan radangan kulit serta berdarah.