BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Tuesday, July 24, 2012

SUSAH MENCARI BEDAK2 SEJUK....DISINI ADA

Terasa susah untuk mencari bedak2 sejuk ni dan
juga tiada masa nak keluar mencarinya ( tambah2
pula dalam bulan puasa ni ) tapi ingin sangat
dapatkannya. 


Tak pe, disini ada macam2 pilihan bedak sejuk.
Boleh di pos terus ke alamat di beri.

Untuk senarai bedak2 sejuk, sila lihat bawah serta
lihat juga sebelah kiri blog ni , scroll ke bawah untuk
jumlah pilihan dan kos nye...dah masuk kos pos
laju.

Boleh buat pilihan kat situ...

Bedak muntah belut
Cara guna :
Cara larutan dalam air, ambil larutan dan sapu
Khasiat nya:
Bantu sembuhkan masaalah2 kulit
antaranya ruam, kayap, jerawat, kulit kemerah2an,
demam campak.










Bedak benang sila ( biasa - putih )
Cara guna: Tanpa air, sapu kering
Khasiat nya :
- Bantu sembuhkan kesan2 parut
  di kulit seperti parut jerawat, bintik2 hitam.
- Boleh diminum airnya selepas dilarut dalam air
  untuk sembuhkan masaalah sakit perut











Bedak benang sila ( biasa - ungu )
Cara guna : Tanpa air, sapu kering
Khasiat nya :
- Bantu sembuhkan kesan2 parut
di kulit seperti parut jerawat, bintik2 hitam.
- Boleh diguna untuk rawat resdung










Bedak benang sila ( harum serta berspan )
Cara guna:Tanpa air, sapu kering
Khasiat nya :
- Bantu sembuhkan kesan2 parut
di kulit seperti parut jerawat, bintik2 hitam.










Bedak benang sila penawar 90 ML
Cara guna: Bentuk cair, sapu basah
Khasiat nya :
- Bantu sembuhkan kesan2 parut
di kulit seperti parut jerawat, bintik2 hitam.












Bedak beras putih
Cara guna:
Cara larutan dalam air, ambil larutan dan sapu
Khasiat nya : Menyejukkan kulit

80 gm






30 gm











Bedak alor vera ( hijau )
Cara guna:
Cara larutan dalam air, ambil larutan dan sapu
Khasiat nya : Menyejukkan kulit




60 gm
30 gm









Dan juga selamat berpuasa ye....

Saturday, July 21, 2012

SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN 1433 H

Kepada rakan2 blogger, saya sekeluarga ingin ucapkan
Selamat menyambut bulan Ramadhan 1433 H
bersamaan 21 Julai 2012 . 
Selamat Berpuasa.



Banyak2 lah mohon kemaafan antara kita
dibulan Ramadhan yang mulia ni ...
















Jangan pula malas bangun bersahur sebab
bersahur tu satu ibadat juga mengikut
sunnah Nabi s.a.w...














Hadis Anas r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur
tu ada keberkatannya.


Hadis Zaid bin Thabit r.a katanya: 
Kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w.
Setelah itu kami pun mendirikan sembahyang Subuh.
Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antara
keduanya? Baginda menjawab: Kira-kira bacaan lima
puluh ayat .

Bersahur hukumnya sunat. Walaupun sunat tetapi sangat
besar manfaatnya. 1) Manfaat untuk diri sendiri, untuk
mendapat tenaga berpuasa. 2)Mendapat pahala dengan
percuma kerana ia adalah sunat dan sunnah nabi s.a.w

 Jadi rugilah mereka yang meninggalkan sahur.Ia juga salah
satu amalan Nabi s.a.w.Mendapat pahala menghidupkan
sunnah Nabi s.a.w. Dan waktu sahur ialah waktu yang penuh
keberkatan. Puasa akan menjadi mudah. Tidak terlewat lagi
bagi mereka yang berniat untuk bersahur.

Bersabar pula menahan puasa di siang hari...













Sabda Nabi s.aw " Apabila datangnya Ramadhan,
dibuka segala pintu syurga, ditutup segala pintu
neraka dan diikat segala syaitan". Jadi jaga lah
masa berkata2 tu dan banyaklah beramal semuga
semua doa dan ibadat di terima Allah s.w.t















Dan kawal juga hawa nafsu tu masa kat pasar Ramadhan
masa beli juadah berbuka puasa ...

























Dan masa berbuka puasa tu pula, jaga2 lah sikit
cara makan tu dan apa yang di makan...sebab
jika terlebih makan , naik semput pula nanti..
















Dan jangan lupa bertarawih ...setahun
sekali banyak fadilatnya..














1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana
keadaannya baru dilahirkan.



2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang
mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua
ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia
yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan
solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah
akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan
memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi
oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur,
Injil dan Al-Quran.

Monday, July 16, 2012

AMALAN CABUT BULU PADA BAHAGIAN KULIT SENSITIF BOLEH MUDARATKAN KESIHATAN KULIT

Di sini ingin di kongsikan satu nasihat.
" Jika boleh, elakkan amalan mencabut bulu pada 
bahagian kulit yang sensitif contohnya di sekitaran
alat sulit / kemaluan kerana dikhuatiri akan akibatkan
kemudaratan kesihatan kulit di bahagian itu".

Mungkin ada yang tidak setuju dan mungkin ada yang setuju
dengan pendapat ni tapi jika ingin ketahui lebih, boleh
diselidik sendiri untuk mengetahui kesasihannya tetapi
dari pandangan saya sendiri, sememangnya ada logik nya
untuk tidak membuat cara cabut bulu di sekitaran
alat sulit tu.

Bukan saja terasa pedih semasa mencabut bulu tu
( bagi sesiapa yang tahan sakit dan berani, ok la tu )
tetapi seeloknya amalkan cara mencukur bulu kemaluan
mengikut sunnah nabi.

Dari sunnah nabi pun ada menyebutkan perihal mencukur
bulu kemaluan :


Diantara bukti kesesuaian Islam dengan kesihatan adalah
sunnah fitrah untuk mencukur bulu kemaluan. Dari ilmu
kedoktoran moden, diketahui bahawa daerah-daerah pada
tubuh manusia yang menjadi sarang penyakit hendaknya     
sentiasa dibersihkan, diantaranya adalah mencukur bulu
di sekitar kemaluan baik bagi laki-laki mahupun wanita,
berdasarkan hadits Nabi SAW berikut:
“Lima hal yang termasuk sunnah fitrah:  
Mencukur bulu kemaluan, berkhitan, memendekkankumis, mencabut bulu ketiak dan memotong kuku.”
(HR Jama’ah)

"Nabi saw telah menasihati kami agar merapi misai kami,memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan, dan jangan dibiarkannya lebih dari 40 hari." (HR Muslim) 


Mencukur






Dari segi perubatan kesihatan pula, jika dibandingkan saiz
liang2 roma pada sekitaran alat sulit
dengan liang2 roma pada
bahagian tubuh lain, liang2 roma
pada sekitaran alat sulit adalah
lebih besar .



Dengan ini, jika di cabut bulu di sekitaran alat sulit tu
kemungkinan besar virus kuman lebih senang untuk
menyerap masuk melalui liang2 roma ni dan terus
menjangkiti bahagian dalaman kulit tersebut. Ini boleh
mengakibatkan radangan kulit seperti ketompokan biji
kemerahan2an dan lebih teruk lagi akan akibatkan kulit
berjerawat dan bernanah.


Monday, July 9, 2012

MASAALAH JERAWAT YANG BERULANG-ULANG

Pernah ke kita ucapkan " Kenapa masih ada lagi
masaalah2 jerawat ni walaupun sudah cuba pelbagai
jenis ubatan samada ubatan moden mahupun tradisional".

Memang tidak dinafikan akan rasa geram juga sebab
masaalah jerawat tu kejap baik dan kejap datang balik.
Tetapi sebelum membuat tuduhan melulu terhadap
ubatan yang digunakan , kita perlu fahami dulu kenapa
perkara sebegini terjadi.

Kita perlu fahami bahawa bukan semua masaalah kulit
berpunca daripada salahguna atau salahpilih ubatan yang
digunakan tetapi ianya sendiri berpunca daripada masaalah
kesihatan kita sendiri yang tidak dijaga dengan baik sehingga
menimbulkan pelbagai masaalah kulit pada diri kita.

Walaupun adakala kita cuba nafikannya tetapi hakikatnya
potensi untuk ini terjadi memang ada sebab jika kita alami
masaalah hati yang bertoksin mahupun masaalah hormon
yang tidak stabil selain daripada masaalah kulit kita sendiri,
perkara masaalah jerawat berulang-ulang datang kemungkinan
besar akan timbul.

Kedudukan Hati












Jadi bagaimana caranya untuk menyembuhkan masaalah2
kesihatan berhubung hati, hormon selain masaalah kulit
kita sendiri tu.

Dari satu lapuran kesihatan, kebiasaannya dalam menangani
masalah jerawat yang berulang-ulang yang bersangkutan
dengan masaalah kesihatan , ianya memerlukan rawatan
kesihatan secara terusan ( berkemungkinan antara 4 bulan ke
1 tahun ) bagi mengeluar semua sisa toksin dalam hati
dan menstabilkan hormon. Dan antara cara rawatan yang
boleh dicuba ialah cara remedy homeopathy yang biasanya
selamat dan bebas dari kesan sampingan. Tetapi apa2 pun
kita perlu mendapatkan juga pandangan pakar doktor untuk
menentukan cara rawatan yang sesuai untuk kita ambil.

Jadi kesimpulannya jangan selalu salahkan ubatan yang
digunakan tu tetapi jika kita rasa masaalah jerawat kita tu
tak sembuh2 dan selalu berulang-ulang, jangan tunggu lagi,
cepat2 buat lah pemeriksaan kesihatan untuk diri kita tu untuk
pastikan tahap kesihatan diri dapat disembuhkan segera jika
punyai masaalah kronik terutama pada bahagian hati dan
hormon.

Juga antara petua lain untuk rawat masalah hati dan
pembuangan bahan toksik dari badan ialah dengan
amal makan hasil dari pokok2 tumbuhan seperti
dibawah :

1) Daun pegaga 
Antara khasiatnya : bantu keluarkan bahan toksik dari
badan selain kurangkan tekanan darah tinggi dan kuatkan
sistem aliran darah, cegah nyanyuk, lambatkan proses penuaan,
kurangkan pembengkakan hati.

2) Temulawak
Antara khasiatnya : Ubati masalah hati, demam kuning,
penyakit kulit, kurangkan kesakitan otot

3) Daun ulam raja
Antara khasiatnya : Perbaiki edaran darah , cuci darah dari
bahan2 toksik

Selamat mencuba....

Thursday, July 5, 2012

SINAR CAHAYA SURAH AL- KURSI


















1) Barang siapa membaca ayat  Al -Kursi apabila
   berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan
   dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat  Al-Kursi di akhir setiap
   sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam
   lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.


3)  Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
    akhir tiap sembahyang,tidak  menegah akan dia
    daripada masuk syurga kecuali maut.


4)  Barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
    SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
    rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
   akhir tiap2 sembahyang fardhu,  Allah SWT
   menganugerahkan dia setiap  hati orang
   yg bersyukur,setiap perbuatan  orang yg
   benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan
   padanya  rahmat.


6) Barang siapa membaca ayat  Al-Kursi
   sebelum keluar rumahnya, maka  Allah SWT
   mengutuskan 70,000 Malaikat  kepadanya -
   mereka semua memohon keampunan dan  mendoakan
   baginya. 

7)  Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
    akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
    pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
    orang yang berperang bersama Nabi Allah
    sehingga mati syahid.

8) Barang siapa yang membaca  ayat Al-Kursi
   ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
   berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,  Rasulullah S.A.W.
bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun
satu ayat..."