BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

KALAU SUKA POSTING2 KAT BLOG NI, SUDI2 ISIKAN TABUNG NUFFNANG NI YE..TKASIH

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

SELAMAT DATANG, TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA

Kepada Semua Pelawat Yang Pertama Kali Singgah ke Diari Alya2, kami Ucapkan Selamat Datang. Disini ada macam2 BEDAK SEJUK BIASA serta BEDAK SEJUK RAWATAN yang boleh bantu rawat masaalah kulit anda secara tradisional. Juga ada AIR GAMAT, MINYAK ANGIN PANAS, BAM, MINYAK GAMAT, CORONG RESDUNG, KAYU SUGI. UNTUK TEMPAHAN HASIL KRAFTANGAN , SILA LAWAT DISINI

Friday, April 29, 2011

EDUCAMP 2011 : UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS DI TRONOH, PERAK

Hari ini adalah hari terakhir EDUCAMP 2011 di UTP
( Universiti Teknologi Petronas ) di Tronoh, Perak
yang bermula dari Isnin 25hb hingga ke hari ini iaitu
hari terakhir Khamis 27hb.  





Lencana temuduga 
EDUCAMP di UTP








Alhamdulillah, anak kedua saya, Muhammad Nazran 
yang dapat 10A dalam SPM 2010 nya berjaya dipanggil
untuk sesi temuduga UTP pengambilan pelajar untuk 
intake Mei 2011 pada hari ini.

Memandangkan dia minat IT jadi dia pilih first choice
dia ialah Foundation in Information & Communication 
technology yang mengambil tempuh pengajian 1 tahun. 
Andai berjaya menamatkan dengan keputusan baik, dia
kemudian akan teruskan pengajian ke Ijazah Pertama dalam
IT. 


Tak apalah, memandangkan dia minat IT, saya dan
hubby ikut saja tapi dengan syarat dia mesti belajar
sungguh2 nanti andai berjaya ikuti pengajian di UTP.

Mengikut fakta sejarah, UTP berpindah ke Tronoh, Perak
pada tahun 1996 dari kampus asalnya di Bangi , Selangor 
pada 1995.


Dari Ipoh, taklah jauh sangat perjalanannya. Lebih kurang
40 km jika ikut Simpang Pulai - Batu gajah - Tronoh -
Bandar Sei Iskandar. Antara 30 minit ke 1 jam, sampai lah.


Tapi kalau dari bandar2 lain, jauh juga :


KL - Tronoh = 2 jam 30 minit
Kota Bharu, Kelantan - Tronoh = 6 jam
Alor Star - Tronoh = 3 jam
Johor Bharu - Tronoh = 7 jam


Ini adalah temuduga keduanya. 

Temuduga pertamanya pada 13/4/2011 ialah temuduga
untuk mengikuti pengajian di luar negara - ke Perancis.
Tak tahu lah samada berjaya atau tidak sebab ramai pelajar2
yang layak dipanggil untuk sesi temuduga ini. 
Macam2 kursus di tawarkan - Doktor, kejuruteraan,
Sains, Ekonomi, Pelancungan, IT antaranya.

Dia pun tak berapa confident sangat sebab agak
susah temuduga tu , katanya. Ada dua sesi 
- satu cara individu dan satu cara kumpulan. Secara
kumpulan, mesti bentang satu kes atau kertas kerja.
Ada 4 pelajar lain dalam kumpulannya dan memandangkan
dia baru kenal keempat-empat rakan ini, jadi dia
rasa agak kekok untuk berbincang tapi dia buat sebaik
yang boleh . Jadi sekarang ni , tunggu saja lah keputusan
temuduga pertama ini. 


Berbalik pada temuduga di UTP tu. Hari ni saja adalah hampir
400 pelajar hadiri dari seramai 700 dipanggil. Tak tahu lah
apa sebabnya baki 300 pelajar tu tak hadiri. Tapi dengan
400 pelajar ini pun dipecahkan ke kumpulan A, B dan C.







 Kompleks
 Canselor UTP























Monday, April 25, 2011

PENYAKIT BISUL PUN CEPAT SEMBUH MELALUI RAWATAN BEDAK MUNTAH BELUT..

Siapa pernah mengalami penyakit BISUL ?

Pastinya yang pernah merasai masaalah kulit ini
akan mengalami kesakitan akibat denyutan bisul tu.
Selagi tidak dirawat dan tidak sembuh, selagi itulah
denyutan bisul akan dirasai.

Baru-baru ini, suami akak tumbuh bisul dibawah bibir nya.

Boleh nampak nanah terkumpul ditengah warna kemerah-
merahan yang terbentuk akibat bisul ni.

Kata suami akak bisul ni bermula dari luka akibat cukuran pisau 
cukur.Memang dia perasan ada luka kecil dibawah bibir nya semasa
mencukur tapi disebabkan luka kecil saja, suami akak ni buat 
tak kisah je.

Biasanya jika kulit mengalami luka-luka kecil dan tidak
dirawat cepat akan menyebabkan terbentuknya ulser atau 
radangan dalam lapisan kulit yang mengalami luka itu dan
pastinya lambat laun , bakteria atau parasit akan mula merebak
ke lapisan dalaman kulit yang alami luka itu dan ini akan 
menyebabkan lapisan kulit itu kemerah-merahan, bengkak ,
berisi nanah serta berasa sakit. 

Mengikut kajian, jenis bakteria yang paling biasa menyebabkan
bisul pada kulit dipanggil Staphylococcus Aerues. Dibawah 
ni adalah rupa bakteria ini.






 Bakteria Staphylococcus Aerues






Memang cantik kan macam bentuk kacang pea hijau
tapi bakteria ni amat bahaya bila terkena jangkitannya
yang boleh mengakibatkan bermacam-macam masaalah
kulit antaranya tumbuhnya bisul.

Monday, April 18, 2011

ANAK KAK ALYA MENCUBA STOKIN BARU....

Saja nak share video Youtube perihal telatah
anak bongsu kak Alya ni. Nama singkatannya 
Alya juga yang sedang mencuba stokin barunya... 


Lama dah buat video ni. 

Saja nak kongsi je untuk melihat telatah anak2
yang dok ' ralit ' dengan kerjanya sehingga tak perasan
telatahnya sedang diperhatikan tapi bila dia dah
mula sedar dia sedang di 'video' kan, biasalah...
terus lari sambil jerit sebab malu...!!

Saturday, April 16, 2011

GIGITAN HAMA TILAM ...BOLEH DIRAWATI DENGAN BEDAK MUNTAH BELUT..

Hari ini saya bersyukur kerana dapat mengetahui satu lagi
khasiat rawatan Bedak Muntah Belut iaitu ianya dapat
membantu merawat masaalah kulit gatal2 akibat gigitan 
hama tilam. 

Ini berlaku kepada anak perempuan saya sendiri.


Dari malam tadi, dia mengadu rasa gatal2 keseluruhan 
badannya dan sebab sudah lewat malam, saya hanya dapat
bantu menggaru bahagian2 badannya dan dia pun lelap tidur 
kemudiannya.


Keesokkan paginya, saya dapat melihat bintik2 kemerahan
di bahagian2 kaki, tangan, betis dan badannya. Kesian dia. 


Bintik2 kemerahan akibat gigitan
hama









Bintik2 kemerahan di tangan
akibat gigitan hama








Maklumlah sebagi anak kecil dan paling bongsu , dia pun 
tidak kisah sangat perihal ini cuma bila dia rasa gatal2 ; 
dia akan minta digarukan. 

Saya pun sediakan larutan Bedak Muntah Belut ( secara larutan
nipis saja dan dicampurkan air gamat ) dan terus sapukan ke
bahagian2 badannya yang punyai bintik2 kemerahan itu. 

Tuesday, April 5, 2011

PENYAKIT KAYAP BOLEH DIRAWAT DENGAN BEDAK MUNTAH BELUT..

Tahukah anda apa itu penyakit KAYAP ? Orang putih
panggil penyakit ni dgn nama SHINGLES.

Melalui Google, penyakit kayap ini boleh dikategorikan
kepada beberapa jenis antaranya kayap melukut, kayap jagung,
kayap ular, kayap bunga dan kayap air. Walaupun terdapat
pelbagai nama dan jenis tapi hakikatnya rupa penyakit kayap ini
lebih kurang sama iaitu timbulnya bintik2 kemerahan di kulit
badan dan bahagian anggota lain . Ada yang mengelembung dan
ada yang tidak tapi bintik2 kemerahan ni amat sakit dan terasa
panas bila dihidapi. 

Pada asalnya saya pun tidak pernah tahu bagaimana rupanya
penyakit kayap ni cuma adalah dengar2 saja.Tapi yang saya dengar
amat merisaukan, penyakit kayap ini amatlah bahaya bila dihidapi
dan boleh membawa kepada maut andai tidak diubati cepat.


Sesiapa yang menghidapi penyakit kayap ini akan berasa demam, sakit2
badan, tiada selera makan dan selalu pening2. 

Satu nasihat dari saya melalui pengalaman, andai sesiapa ada
tanda2 hidapi penyakit kayap, jumpa dulu untuk mendapatkan
rawatan cara tradisonal. Jangan jumpa doktor lagi kerana dikhuatiri
ubatan doktor boleh menyebabkan suhu badan meningkat dan
akan mengakibatkan penyakit kayap merebak.


Penyakit KAYAP di bahagian
badan






Nak dijadikan cerita, di kampung saya, saya ada mengenali 
seorang wanita bernama makcik Bariah . Dia ni amat terkenal
di kampung saya ni sebagai seorang pengamal ubatan
tradisional yang juga menggunakan ubatan ini untuk merawat
pelbagai penyakit2 kulit yang sukar diubati antaranya penyakit
kulit kayap.