BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Sunday, April 22, 2012

NURALYA ENTERPRISE

Kali ini, saja nak kongsi dengan semua rakan2 blogger
mengenai perniagaan kecil saya ni yang sudah didaftarkan
di atas nama NURALYA ENTERPRISE ( IP0361169-A) 
pada 16 januari 2012 dengan SSM ( Suruhanjaya
Syarikat Malaysia ).
 



Saya bersyukur kerana ramai rakan2 sudi memberi
semangat serta bimbingan kepada saya.
 

Saya ambil kesempatan disini untuk menyenaraikan
produk2 tradisional jualan syarikat saya setakat ini
untuk tatapan rakan2 semua.
 

Produk2 ini masih di amal pakai sendiri oleh saya
sekeluarga sehingga saya yakin akan keberkesanannya
sebelum saya ketengahkan kepada rakan2 blogger serta
sesiapa yang berminat untuk mencuba dan mendapatkannya.
Sebab tu saya senang bercerita mengenai produk2 ini
memandangkan saya sendiri mengamal pakainya juga.

Sudi2 lah memesan produk2 ini. Tidak perlu susah2
mencarinya jika anda memerlukannya cuma
perlu membuat pesanan dari saya , insyallah produk2 ini
akan tiba ke alamat diberi dalam beberapa hari kerja.

Produk2 rawatan tradisional lain juga akan ditambah
dari semasa ke semasa.

Maklum balas rakan2 amat di hargai.

Terima kasih semua.
Noraziah @ Alya
Nuralya Enterprise

Produk2 jualan Nuralya Enterprise

Bandingan Saiz Bedak

1. Bedak Muntah Belut
    ( berat 20 g )







Kebaikan dan Khasiatnya :

Merawat masaalah2 kulit
seperti Ruam, Jerawat,
Kayap, Bisul, Gatal2 kulit,
Gigitan serangga dan Dmm
Campak. Juga 
mengecutkan
kesan2 parut di kulit ( seterusnya
parut tu di sembuhkan dengan  guna 
bedak benang sila ). Boleh menyejukkan kulit  wajah 
serta mengurangkan 
masaalah kulit berminyak

2. Bedak Benang Sila
( Putih / berat 20 g )
Kebaikan dan Khasiatnya :

Bantu hilangkan masaalah
Jeragat dan Bintik2 hitam di kulit.
Juga bantu hilangkan parut kesan
jerawat. B
oleh di minum air nya setelah 
dilarutkan untuk bantu rawat masaalah 
contoh sakit dan senak
perut. 


3. Bedak Benang Sila
( Ungu / berat 20 g )
Kebaikan dan Khasiatnya :

Seperti juga Bedak Benang Sila (Putih).
Yang warna ungu ni pula,
digunakan untuk rawatan
masaalah resdung
    

4. Bedak Benang Sila
( wangi  / Span / berat 50 g )







Kebaikan dan Khasiatnya :

Bantu hilangkan masaalah
Jeragat dan Bintik2 hitam di kulit.
Juga bantu hilangkan parut kesan
jerawat. Bedak ni berbau harum.
 

 


5. Air Gamat (250 ml)

Kebaikan dan Khasiatnya :

Boleh di minum untuk rawat luka
dalam badan,rasanya masin dan
memadai minum 1 sudu kecil / sekali
seminggu tapi boleh tambah jumlah
hari bergantung kepada keperluan.
Juga air gamat ni boleh di sapu ke
bahagian luka2 kecil di luaran kulit
untuk keringkannya. 

Jika di tambah madu lebah ke dalam air
gamat ni ( biarkan pekat sikit larutannya ), ia

sesuai untuk bantu
kurangkan masaalah batuk
yang tak sembuh2 ,
kahak banyak dan
tekak gatal2.


6. Minyak Gamat (berat 20 g )

Kebaikan dan Khasiatnya :

Sembuhkan masaalah2 kulit
seperti kurap.


7. Bedak Sejuk Beras
( putih / berat 30 g )












Kebaikan dan Khasiatnya :

Sejukkan dan bersihkan kulit muka




8. Bedak Sejuk Beras
( putih / berat 80 g )












9. Bedak Sejuk Alor Vera
    ( hijau / berat 60 g )













10. Bedak Sejuk Alor Vera
      ( hijau / berat 30 g )














11. Bedak Benang Sila Penawar
(larutan / 90 ml )

Kebaikan dan Khasiatnya:

Mencegah kulit dari kering.
Bantu rawat masaalah kulit.




12. Kayu Sugi
( 18-20 cm panjang )









 Kebaikan dan Khasiatnya :


- Bersihkan Mulut
- Menjadi sebab keredhaan Allah
- Menyebabkan syaitan Marah
- ALLAH serta malaikat mengasihi orang yang bersugi
- Menguatkan gusi
- Menghilangkan gelema
- Mewangikan mulut
- Menghapuskan sejenis penyakit dikenali Safra
- Menguatkan pandangan mata
- Menghilangkan bau busuk mulut



13. Corong Resdung
( 23-24 cm panjang )

Kebaikan dan Khasiatnya :

Rawati masaalah gejala2 resdung
atau sinusitis serta kurangkan
gatal2 hidung



Thursday, April 12, 2012

DAZE IN DAYS...

Monday, April 9, 2012

KENAPA KITA LIAT KERJA PADA HARI ISNIN ?

Kenapa bila tiba saja hari isnin je, ada pekerja liat
dan rasa macam malas nak bangun pergi kerja.
Bukannya tak sihat nak pergi kerja tetapi saja
MALAS. Time ni lah masing2 mencari alasan macam
mana nak bagitahu kat BOSS sebab apa tak boleh
datang kerja pada hari isnin tu.












Sepatutnya hari isnin ni perlu dianggap sebagai
pembuka hari untuk minggu baru dan sepatutnya
perlu bersemangat untuk bekerja selepas berehat
dua hari berturut2 pada hujung minggu ( sabtu dan
ahad ).

Sepatutnya hari isnin menjadi hari penting untuk
mula bekerja dengan jujur dan baik supaya dapat
menjadi contoh untuk bekerja seperti ni pada hari2
kerja berikutnya...selasa, rabu, khamis dan jumaat
sebelum bercuti semula pada hujung minggu.

Tetapi masaalahnya "mood cuti dan bangun lewat"
seperti dipratikkan pada cuti minggu tu terbawa2
ke hari isnin. Boleh dikatakan mood cuti hunjung
minggu tu masih lagi menebal dalam diri. Dalam lain
perkataan, ini lah yang dikatakan orang , hari isnin tu
diibaratkan sebagai Monday Blues.

Pada hari isnin lah, silap2 ramai yang beratur2 di klinik2
untuk tujuan mendapatkan MC TIPU atau surat cuti sakit
tipu walaupun tak sakit sebenarnya. ( Macam pernah buat
je cara ni ...terasa pulak saya !!).

Awal pagi isnin, pada yang dah bekeluarga mula lah si suami
berkata kepada si isteri sambil batuk2 , " Abang tak sihat hari
ni dan rasa nak ambil cuti sakit " dan sebab takut untuk
talipon BOSS, disuruhnya isteri yang tolong telepon
sambil tu handphone si suami tu dimatikan sepanjang hari
isnin tu supaya tak ada gangguan dari opis dan si suami tu
dapat bercuti rehat sehari lagi ( jadi semua 3 hari untuk cuti
hujung minggu ) dengan tenang pada hari isnin. Pada yang
bujang pula, lagi senang, matikan handphone saja dan buat
tak endah saja sapa2 yang telepon sambil perlu fikir apa
alasannya sebab tak datang kerja hari isnin untuk dijawab
kat BOSS pada hari selasa nanti.

Sebenarnya hari isnin ke, selasa ke, rabu ke , khamis ke,
jumaat ke, sabtu ke, ahad ke...semuanya sama...24 jam
juga lamanya, 12 jam siang dan 12 jam malam...tak ada
bezanya. Allah dah tetapkan semua ni tetapi kita sendiri
pandai2 nak jadikan hari2 ni berbeza.

Kalau nak dikongsikan alasan2 sebab tak perlu pergi
kerja pada hari isnin ( kecuali sesiapa yang memang sakit
betul2 dan tak tipu ), rasa tak perlulah disebutkan kat sini
nanti ada yang setuju dan ada yang tidak setuju akan
alasan2 ni.








Tetapi apa2 pun untuk mengelakkan dijadikan hari isnin ni
hari MALAS KERJA, boleh lah mengamalkan petua2 ni serta
ikut amalan2 ajaran nabi s.a.w sebaik yang boleh antaranya :

1. Jangan tidur lewat, pukul 10 malam, perlu masuk tidur
2. Jangan makan banyak sangat sebelum tidur sebab kita
    akan rasa malas untuk bangun pagi.
3. Bersegera menyucikan diri dan ambil wuduk dan
    tunaikan solat sunat tahajjud dan sunat witir.
   Banyak berdoa di akhir 1/3 malam memang
   banyak fadilatnya kerana ianya waktu mustajab untuk
   berdoa. Setelah terbangun dari tidur ucaplah syukur
   kepada Allah kerana telah diberikan nikmat kehidupan
   sehari lagi ke  pada kita.


Monday, April 2, 2012

PENYAKIT KULIT KAYAP DAN BEDAK SEJUK...

Penyakit kayap atau shingles adalah penyakit yang
disebabkan oleh jangkitan sejenis virus dikenali
varicella-zoster virus, atau VSZ. 

Virus ini adalah virus yang sama yang menyebabkan 
chickenpox sewaktu kita masih kecil. Virus ini biasanya
akan berada dekat pangkal saraf dan ianya membiak
semula kebiasaannya terjadi disebabkan oleh masaalah
seperti stress / tekanan, badan rasa lemah2, kecederaan
pada kulit dan juga akibat masaalah penyakit kanser.
Simptom2 terkena penyakit kayap ialah pesakit akan alami
sakit teramat sangat apabila disentuh pada kulit . Bahagian
kulit juga akan rasa gatal2, geli2, terasa panas seperti
terbakar, rasa macam nak demam, tekak rasa loya, pening
berpanjangan, hilang selera makan dan timbul ruam2 panas.



Penyakit kayap
pada bahagian belakang
badan







Selepas beberapa hari, bahagian kulit dijangkiti penyakit
kayap itu akan menjadi kemerah2an, menjadi ruam
panas, ada yang bernanah, ada menjadi biji berbuih 
dan mula menjalar. 

Penyakit kayap ini boleh menjangkiti mana2 bahagian
kulit tubuh kita samada bahagian badan, mata , ketiak
mahupun bahagian hidung.

Jenis2 penyakit kayap :

1) Kayap Ular
- paling merbahaya dan boleh membawa maut
- boleh akibatkan badan kurus akibat hilang selera makan
- kayap jenis menjalar / melilit ( merebak )
- boleh terjadi dimana2 bahagian badan
- bermula dari tengah belakang dan menjadi semakin panjang
  sehingga mengelilingi badan ke bahagian dada
- ada juga menyerang bahagian dada saja
- boleh menyerang bahagian urat saraf ' rasa ' . Lazimnya
  ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut
  lengkaran urat saraf ‘ rasa ’.
- keadaan kulit boleh melecet, pedih serta sakit
- ambil masa juga untuk sembuh diantara beberapa hari ke
  minggu, ada yang sehingga bertahun2 disebabkan faktor
  usia

Lain2 jenis kayap :

1) Kayap melukut
2) Kayap jagung
3) Kayap api2
4) Kayap setompok
5) Kayap selendar
6) Kayap harimau
7) Kayap bersambung (umur pendek)

Pantang larang bila terkena penyakit kayap :