BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

KALAU SUKA POSTING2 KAT BLOG NI, SUDI2 ISIKAN TABUNG NUFFNANG NI YE..TKASIH

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

SELAMAT DATANG, TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA

Kepada Semua Pelawat Yang Pertama Kali Singgah ke Diari Alya2, kami Ucapkan Selamat Datang. Disini ada macam2 BEDAK SEJUK BIASA serta BEDAK SEJUK RAWATAN yang boleh bantu rawat masaalah kulit anda secara tradisional. Juga ada AIR GAMAT, MINYAK ANGIN PANAS, BAM, MINYAK GAMAT, CORONG RESDUNG, KAYU SUGI. UNTUK TEMPAHAN HASIL KRAFTANGAN , SILA LAWAT DISINI

Tuesday, January 31, 2012

PERBANDINGAN KETINGGIAN NABI ADAM A.S DENGAN MANUSIA SEKARANG

Nabi Adam a.s. merupakan nabi pertama yang
dimuliakan serta ditinggikan darjatnya. Baginda juga
adalah manusia pertama yang bergelar khalifah Allah
di muka bumi ini.


Tugas baginda ialah untuk menyuruh anak cucunya agar
menyembah Allah s.w.t , tuhan Yang Maha Esa. Ada yang
taat namun ada juga yang ingkar.

Artikle blog kali ini hanya ditumpukan kepada ketinggian
Nabi Adam a.s di zamannya jika dibandingkan dengan
manusia kini.

Di kongsikan juga doa Nabi Adam a.s untuk di amalkan.




Perbandingan ketinggian Nabi Adam a.s dengan manusia kini
Di Jeddah, satu replika baju telah disediakan untuk
menunjukkan ketinggian Nabi Adam a.s. Untuk menjahitnya
mengambil masa 18 hari dengan ukuran panjang 29 meter
serta lebar 9 meter.

Sabda Rasullulah SAW:

Sunday, January 29, 2012

SOLAT DHUHA....PEMBUKA REZEKI HALAL

Sentiasa amalkan solat Dhuha.

Kepada sesiapa yang sentiasa mengamalkannya,
insyallah Allah SWT permudahkan rezeki halal yang
merimpah ruah baginya.

Firman Allah :
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas
mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang
(solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu
pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

Daripada Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,
“Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga
macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan,  sembahyang
dhuha 2 rakaat dan  sembahyang witir sebelum tidur”
(riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).


Rasulullah bersabda yang bermaksud,
" Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan
istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah SWT, sekalipun
dosa itu seluas luatan . "


Rasulullah bersabda lagi,
“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran
(kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha
kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”

Waktu solat Dhuha :
“Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi.
Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas
terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai
tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh
atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini
pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara
mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha
ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.” Masuk waktu solat Dhuha
selepas waktu Syuruk kira selepas 28 minit masuk waktu Syuruk.
Boleh semak di kalendar atau jadual waktu solat.

Bilangan rakaat :
2 hingga 12 rakaat
(2 rakaat 1 salam).
Minimum 2 rakaat.

Niatnya: "Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala".
Bacaan setiap rakaat :
Rakaat pertama baca Surah Ash-Shams manakala rakaat
kedua bawah Surah Adh Dhuha.

Bacaan surah lain boleh djuga dibaca ,yang penting niat kita
adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan
harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk
mendekatkan diri kepada Allah.

Doa setiap kali solat Dhuha :


Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu,
kecantikannya kecantikanMu,
keindahannya keindahanMu,

kekuatannya kekuatanMu,
kekuasaannya kekuasaanMu

perlindungannya perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah,

jika di bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah, jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikanmu, keindahanmu, kekuatanmu,

kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah
limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
 Selamat beramal.

Tuesday, January 24, 2012

BEDAK MUNTAH BELUT dan BEDAK BENANG SILA

Salam rakan2 blogger,

Disebabkan ramai rakan2 selalu bertanya mengenai
saiz , berat , bentuk fizikal serta khasiat2 bedak ni
( yakni Bedak Muntah Belut serta Bedak Benang Sila ) ,
jadi untuk infomasi semua, saya kongsikan semula.

Insyallah masaalah2 kulit tu akan sembuh jika ikut
carapakai yang di kongsikan.

Sila baca infomasi bedak2 ni :

a) Bedak Muntah Belut

- Saiznya lebih kurang saiz duit 50 sen Malaysia
  atau diameter bulatan 40 - 41 cm
- Beratnya lebih kurang 20 gram
- Berbentuk bulat
- Tebalnya 5 - 7 cm
- Berwarna seakan2 putih susu

Caraguna Bedak Muntah Belut

- bedak ni boleh dipecah2kan jadi kecil
- boleh digunakan dengan air ( untuk melarutkannya )
  atau tanpa air ( pakai cara kering saja )
- ambil pecahan setakat perlu untuk digunakan dan
  yang lain tu simpan ditempat kering dalam bekas
- untuk guna dengan air, gunakan bekas untuk larutkan bedak ni
- cadangkan guna air mineral atau air zam zam atau air gamat
   atau air kelapa muda atau mana2 air yang sudah ditapis
  guna penapis untuk larutkan bedak
- elakkan guna air terus dari paip dikhuatiri punyai kandungan
  klorin tinggi yang boleh mudaratkan masaalah kulit sensitif.
  Boleh baca hal bahaya nya klorin ni dalam internet.
- buatkan larutan cara nipis saja untuk elakkan bazir
- untuk guna tanpa air, cuma ambil bedak ni dan gosokkan
  kat bahagian kulit bermasaalah

 Khasiat Bedak muntah belut 


- Bantu sembuhkan masaalah kulit antaranya Jerawat,
  Ruam, Kayap, Demam Campak, Gigitan Serangga, Bisul.
- Juga bantu mengecutkan dulu kesan2 parut di kulit
  ( seterusnya parut tu di sembuhkan dengan guna bedak
   benang sila )
- Bantu juga menyejukkan kulit wajah serta mengurangkan
  masaalah kulit berminyak






Bedak Muntah Belut /
Bedak Benang Sila (
tanpa bauan wangi )






b) Bedak Benang Sila ( tanpa bauan wangi )

- Saiznya lebih kurang saiz duit 50 sen Malaysia
  atau diameter bulatan 40 - 41 cm
- Beratnya lebih kurang 10 gram
- Berbentuk bulat
- Tebalnya 13-14 cm
- Digunakan cara kering ( cara gosok ke kulit )

  Bedak Benang Sila ( dengan bauan wangi berserta span )

- Diameter bulatan 56 - 57 cm
- Beratnya lebih kurang 50 gram
- Berbentuk bulat
- Tebalnya 14 - 15 cm
- Digunakan cara kering ( cara gosok ke kulit )



Bedak Benang Sila
( dengan bauan wangi serta
Span )






Caraguna Bedak Benang Sila

- biasanya bedak ni digunakan tanpa air yakni digunakan
  cara kering saja dengan cara mengosokan bedak ni kat
  kulit
- Boleh digunakan macam bedak wangi biasa

Khasiat Bedak Benang Sila

- Bantu sembuhkan masaalah kulit antaranya kesan2
  parut jerawat bila jerawat sudah sembuh.
- Juga sembuhkan jeragat serta bintik2 hitam dikulit
- Bantu kurangkan masaalah kulit berminyak
- Bedak ni dalam dua warna : putih dan ungu
- Kedua2 nya punyai khasiat sama cuma bezanya yang
  warna putih tu saja , boleh di minum air nya setelah
  dilarutkan untuk bantu rawat masaalah contoh sakit dan
  senak perut. Yang warna ungu pula, ada digunakan untuk 
  rawatan masaalah resdung

Diharapkan infomasi2 ini dapat membantu memberi

gambaran kegunaan bedak2 tradisional ni sebelum membuat
keputusan untuk mencubanya.

Insyallah boleh sembuh masaalah2 kulit tu tapi perlu sabar
serta yakin bila mula menggunakannya.

Rakan2 boleh sms atau tel 012-4006061 atau
email noraziahbtothman@yahoo.com.my
kepada saya jika perlu lain2 keterangan.

Saya sedia membantu sebaik boleh.

Sunday, January 22, 2012

20 TAHUN AKAN DATANG dan GONG XI FA CAI

Salam rakan2 blogger,

Agak2 bagaimana rupa kita semua 20 tahun
akan datang....

Dengan penambahan kedutan di muka,
Dengan perubahan struktur muka,
Dengan penukaran warna kulit
Kemungkinan rupa saya sebegini kut..
20 tahun akan datang !!!

Hanya Allah yang tahu dan hanya masa yang menentukan.
Maka hargai lah masa dan jaga lah kesihatan diri serta kulit
tubuh...amal kan lah penggunaan Bedak Muntah Belut untuk
rawat masaalah kulit...hehe..promo sikit...

GONG XI FA CAI kepada rakan2 cina kenalan saya..


Wednesday, January 11, 2012

SERONOKNYE ANDAI SEMUA RAKYAT MALAYSIA / DUNIA DAPAT HIDUP SEBEGINI....

Untuk renungan semua rakan2... !!


Tak kiralah apa bangsa dan ugama, bilakah
seluruh rakyat Malaysia dan dunia dapat berterusan
bantu membantu dan berbaik2 .....ni asyik
nak berGADUH2 dan berPERANG2 saja tak habis2...
mana lah Allah tak turunkan bala bencana sana
sini.


Ingatlah dunia ni tempat singgahan sementara saja,
destinasi kekal adalah Akhirat.


Terjumpa video ni dan ingin kongsikan dengan
rakan2.. layannn..

Saturday, January 7, 2012

DEMAM CAMPAK : BEDAK SEJUK MUNTAH BELUT JUGA BANTU MENYEMBUHKAN

Saya yakin ramai antara kita pernah alami 
demam campak  atau dalam bahasa inggeris nya,
di sebut  sebagai ' Measles '.




 Demam campak pada bayi








Demam campak kebiasaannya muncul seakan2 ruam 
bertompok kemerah-merahan tetapi yang bahayanya
perubahan di dalam tubuh penghidapnya adalah lebih 
membimbangkan berbanding tanda2 luarannya. 

Disini saya cuma ingin kongsikan cara jangkitan, komplikasi
jangkitan, pantang jangan buat serta panduan / petua cara2
rawatannya .

A) Cara jangkitan demam campak :

1. Melalui penafasan
2. Melalui titisan2 air yang berjangkit ini boleh juga mendarat 
    atas pemukaan tubuh orang lain dimana virus penyakit ini 
    akan aktif dalam beberapa jam seterusnya berjangkit kepada
    orang lain pula.
3. Dengan cara meletakkan jari di dalam mulut atau hidung anda
    selepas menyentuh permukaan yang telah dijangkiti.
4. Berkongsi gelas yang sama dengan pesakit.


B) Komplikasi jangkitan demam campak :
1. Demam berpanjangan
2. Batuk kering dan batuk berterusan
3. Selsema dan hidung berair
4. Tompok-tompok merah kecil dengan lapisan dalam 
     pipi/bahagian dalam mulut berwarna putih kebiru-biruan 
     dikenali sebagai bintik koplik dan ruam pada kulit 
     yang bertompok-tompok rata dan besar, seakan
     bersambung di antara satu sama lain.
5. Sakit tekak
6. Jangkitan telinga. Antara tujuh hingga sembilan peratus
    pesakit campak mengalami komplikasi jangkitan telinga
    yang boleh menyebabkan pekak

7. Konjunktiviti di mana mata menjadi merah jambu dan
    bengkak serta menghasilkan lelehan berair atau
    mengandungi nanah, jika tidak dirawat,boleh menyebabkan
    buta. Mata juga sensitif/mudah silau terhadap cahaya

8. Ensefalitis. Kira-kira satu hingga dua orang daripada 1,000
    pesakit campak menghadapi komplikasi ensefalitis, iaitu
    radang pada otak yang disebabkan oleh jangkitan virus yang
    boleh mengakibatkan muntah, konvulsi (pengecutan tidak
    sengaja otot-otot yang menghasilkan peliukan tubuh dan
    anggota) dan koma. Enselifitis boleh menyusul sejurus selepas
    campak atau ia boleh terjadi setelah beberapa tahun kemudian,
    apabila individu terbabit meningkat dewasa disebabkan oleh
    jangkitan virus yang perlahan. Pesakit mungkin mengalami
    masalah seperti sawan dan gangguan percakapan.

9. Pneumonia. Satu hingga enam peratus kanak-kanak yang
    dijangkiti campak akan mendapat pneumonia/radang paru-paru
    yang boleh menyebabkan kematian

10.Cirit-birit dan muntah. Komplikasi ini lebih lazim ditemui
    di kalangan bayi dan kanak-kanak yang masih kecil

11.Bronkitis, laringitis atau krup. Campak juga boleh mendorong
    kepada radang kepada kotak suara/larinks atau radang pada
    dinding dalaman yang melapik laluan udara utama paru-paru/tiub
    bronkial

12.Masalah kehamilan. Wanita mengandung perlu mengambil
    langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan campak kerana penyakit
    tersebut boleh mengakibatkan keguguran, kelahiran pramatang
    dan bayi dilahirkan kurang berat badan

13.Bilangan platelet yang rendah/trombositopenia. Campak
     boleh menyebabkan platelet iaitu jenis sel darah merah yang
     penting untuk pembekuan darah, menjadi berkurangan.


C) Panduan kepada pesakit demam campak

1.Bawa bertenang. Dapatkan rehat secukupnya dan elakkan
   daripada aktiviti yang sibuk

2.Hirup sesuatu. Banyakkan minum air, jus buah-buahan dan 
   teh herba bagi menggantikan cecair yang hilang dari badan 
   disebabkan demam dan berpeluh

3.Dapatkan bantuan bagi melegakan pernafasan. Gunakan 
   pelembap bagi melegakan batuk dan sakit tekak

4.Rehatkan mata anda. Jika anda atau anak anda terganggu 
   oleh lampu yang terang seperti pesakit campak lain, kurangkan
   keterangan cahayanya atau pakai cermin mata, sekalipun pada 
   waktu tidur. Elakkan membaca atau menonton televisyen kerana
   cahaya daripada lampu bacaan atau televisyen boleh mengganggu.

D) Pantang bila dijangkiti demam campak :

1. Jangan minum / makan benda yang mengandungi KICAP 
    selagi kudis@tompok2 tu x hilang....

2. Jangan GARU walaupun rasa gatal...

3. Jangan kena HUJAN atau ANGIN selagi x sembuh...
    Dirisaukan parutnya jadi berlekuk dan hitam.


4. Jangan mintak doktor SUNTIKAN atau ANTIBIOTIK....

5. Bila campak dah kering, biar dia tanggal sendiri. Jangan
    dikunas, nanti parut tak hilang.

6. Jika rasa gatal2, eloklah mandi. Petua orang melayu pantang
    mandi tetapi doktor memang suruh mandi, Jadi terpulanglah
    pada kepercayaan masing-masing.

7. Menghidu minyak yang ditumis

8. Memakai baju ketika cuaca panas

9. Bergaul dengan kanak-kanak lain kerana ia akan berjangkit