BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

KALAU SUKA POSTING2 KAT BLOG NI, SUDI2 ISIKAN TABUNG NUFFNANG NI YE..TKASIH

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

SELAMAT DATANG, TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA

Kepada Semua Pelawat Yang Pertama Kali Singgah ke Diari Alya2, kami Ucapkan Selamat Datang. Disini ada macam2 BEDAK SEJUK BIASA serta BEDAK SEJUK RAWATAN yang boleh bantu rawat masaalah kulit anda secara tradisional. Juga ada AIR GAMAT, MINYAK ANGIN PANAS, BAM, MINYAK GAMAT, CORONG RESDUNG, KAYU SUGI. UNTUK TEMPAHAN HASIL KRAFTANGAN , SILA LAWAT DISINI

Thursday, June 27, 2013

KEHEBATAN FADHILAT MEMBACA SURAH AL IKHLAS

Ketahuilah betapa besarnya fadhilat dan kelebihan 
membaca Surah Al-Ikhlas ini.

Namun begitu, kita tidak seharusnya hanya

memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan
kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang
dikehendakiNya. Dengan membaca Surah Al-Ikhlas
adalah merupakan kecintaan kita kepada Al Quran
dan sunnah Rasulullah SAW. Maka marilah kita
mempraktik dan memperbanyakkan membaca surah
ini secara terusan.



















Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sekali,
dikurniakan kepadanya pahala seperti pahala
orang yang membaca 1/3 Al-Quran.”

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak
3 kali nescaya mendapat pahala seperti pahala
orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama
dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan
membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah
Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus
Al-Quran.

Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca
10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah
memberinya sebuah istana dalam syurga.”
(HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)

Diriwayatkan pula dari Ali bin Abi Talib, katanya,
Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca
surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia
tidak akan tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya
dengan sungguh-sungguh.”

Bacalah Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu
sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah Al-Ikhlas
yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan
di dunia dan akhirat.

Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas
setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri.
Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda:
“Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit
(Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak
11 kali, nescaya Allah akan sediakan baginya
satu mahligai indah dalam syurga.”

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas pada perkuburan
sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya
kepada ahli kubur, nescaya diberikan kepada
si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli
kubur di situ.”

Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca
surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap selesai solat Subuh
maka dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa selama
sehari tersebut.”

Membaca surah Al-Ikhlas dan ‘Al- Mu’awwidzatain’
sebanyak 3 kali pada waktu Subuh dan Asar, InsyaAllah 
maka kita akan selamat dari merbahaya sehingga tiba 
Subuh dan Asar berikutnya. 

Sesiapa membaca di dalam solat sunat dhuha, surah kursi
10 kali pada rakaat pertama dan surah Al-ikhlas 10 kali
pada rakaat kedua, mendapat keredaan Allah SWT dan
insyallah ada rezekinya pada hari itu.

Bacalah Al-Ikhlas 11 kali dan ditiupkan pada tengkuk 
orang yang degil untuk lembutkan hati mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak
51 kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari
kuburnya terus ke syurga.”


Tuesday, June 25, 2013

ADA2 SAJA HAL JEREBU NI....


Mentang2 kat sini ada jerebu, depa berdua ni
pun mai lawan kat sini....






ZIKIR PENYELAMAT DARI NERAKA

Daripada al-Mughirah ibn Abdurrahman daripada 

Abu Hurairah r.a yang dimarfu'kan kepada
Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: " Barangsiapa
membaca :-

















Baginda menggenggamkan lima jarinya, kemudian bersabda
lagi: "Barangsiapa yang membacanya pada suatu hari atau
malam, atau pada suatu bulan, lalu dia meninggal dunia pada
siang atau malam tersebut atau pada bulan tersebut , maka 
dosanya akan di ampuni."

Saturday, June 22, 2013

PETUA TIDUR RASULULLAH S.A.W

Seseorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan
masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia
tidur mengikut sunnah Rasullullah s.a.w, maka tidurnya 
akan jadi ibadah.

Allah s.w.t hanya akan menerima ibadah yang dilakukan 

dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas.
Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.
Ganjaran Allah s.w.t untuk orang yang mengamalkan sunnah 
sangat besar.

Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran

100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid
sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika

seseorang tidur cara selain dari cara Nabi s.a.w, dia hanya 
akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun
mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung
20 liter atau lebih air liur basi.

















Antara sunnah-sunnah Nabi s.a.w sebelum, ketika dan selepas 
tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang

memperlekehkan doa Masnun(doa harian) tapi hakikatnya
harga yang Allah s.w.t janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah

kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya

dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid.
Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X,
Allahuakbar 34 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga,

Allah s.w.t akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang 
malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir
dan buatan orang.
6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan

semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka
fail semula kalau mahu.
 8. Tidur cara Rasulullah s.a.w dengan mengiring badan ke kanan 

dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi s.a.w yang boleh diamal, semuanya
mudah untuk dilakukan.

Amalkanlah. Begitu mudah kan untuk mendapat ganjaran pahala
walaupun hanya dari perihal tidur saja.

Friday, June 21, 2013

ZIKIR KETIKA AZAN DAN FADHILATNYA..

Rasulullah s.a.w bersabda: " Barangsiapa yang
ketika mendengar azan membaca :













Maka diampuni segala dosanya yang telah lalu."
( HR. Amir ibn Sa"ad daripada Sa'ad )

Rasulullah s.a.w juga bersabda: " Doa yang dipanjatkan
pada waktu antara azan dengan iqamat tidak akan
ditolak oleh Allah s.w.t".
( HR. Ismail ibn Mas'ud daripada Anas ibn Malik )


Anas ibn Malik mengatakan: " Jika telah datang waktu
solat, dibukakanlah pintu2 langit dan diterimalah segala doa".


Juga , perbanyakkanlah berselawat kepada Rasulullah s.a.w
terutamanya pada hari Jumaat . Diriwayatkan daripada Ibnu
Mas'ud bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : " Sesungguhnya

Allah s.w.t memiliki malaikat2 yang terbang kesana dan
kemari untuk mencari orang2 yang mengucapkan salam
kepadaku daripada kalangan umatku, lalu memberitahukannya

kepadaku".













Monday, June 17, 2013

PETUA : AMALAN UNTUK KECANTIKAN KULIT KITA

Terjumpa satu artikle menarik untuk dikongsikan
disini sebagai amalan untuk kecantikan kulit kita.

Petua nya seperti di bawah :

1.Minum air suam sebaik bangun dari tidur.
Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi

dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu. Adalah
disarankan minum air suam dengan cara biarkan air
di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali,
kemudian baru ditelan.



 






Note : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yang 
boleh menjadi ubat. Boleh juga amalkan petua
Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur
sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.

2.Kemudian, urut wajah dengan air dari bawah dagu

hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Amalkan setiap hari.

Nota: Tapi ingat, dari bawah ke atas dan bukan dari atas 
ke bawah. Jika di urut dari atas kebawah, dikhuatiri
akan makin cepat berkedut pulak.

3.Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah

dalam hati setiap kali mandi. Dianjurkan baca pada
curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya
mandi menggunakan shower, bacalah masa mula-mula
nak mandi.












4.Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, 
kemudian minum air suam 3 teguk sahaja. Amalkan dengan
jujur dan ikhlas. InsyaaAllah wajah akan lebih muda dari
usia sebenar.

5.Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian

baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka
sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti
Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi.

Doanya begini:
“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah

mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau
menjauhkan wajahku dari api neraka”

 6.Yang paling penting jangan tinggal solat. Sebabnya selain 

memang diwajibkan, air wudhu’ yg terkena wajah kita 5 kali
sehari itulah pencuci muka paling berkesan utk menyerikan
wajah kita…dan juga hati kita.






























7. Juga amalkan makan ulam2 serta sayur2an antaranya
Pegaga,Pujuk Gajus, Pucuk kaduk, Timun, Lobak merah, 
dan ulam raja. Juga banyakkan amal makan buah2an seperti
epal hijau, oren dan buah kiwi.

8. Amalkan juga bersenam sekadar mampu untuk tingkatkan
kesihatan diri. Bersolat juga adalah satu bentuk senaman.

 

Friday, June 14, 2013

AMALKAN ZIKIR INI...



Wednesday, June 12, 2013

SET RAWATAN KULIT UNTUK BAYI / IBU : BOLEH JUGA DIPESAN DISINI..

Salam syaaban ,

Selain pesanan bedak2 sejuk secara asing2, boleh
juga di pesan di sini, set-set rawatan kulit untuk
bayi / ibu berasaskan kepada produk2 bedak
sejuk DLL seperti di bawah ni . 

Sila hubungi akk jika nak pesan ni.

tkasih
Akk Alya

SET 1 : RAWATAN KULIT BAYI / IBU 


A-1X Bedak sejuk aloe vera 60g
B-1X Bedak sejuk beras 80g
C-1X Bedak sejuk beras 30g
D-1X Bedak sejuk aloe vera 30g
E-2X Bedak benang sila ungu
F-2X Bedak benang sila putih
G-2X Bedak muntah belut

H-10X Cotton pad wangi ( home made)
I- 24X Cotton bud
Kos & pos sem malaysia RM 34

Kos & pos sabah/sarawk RM 40




***********************************************
SET 2 : RAWATAN KULIT BAYI / IBU  

A-1X Bedak sejuk aloe vera 60g
B-1X Bedak sejuk beras 80g

C-1X Bedak sejuk aloe vera 30g
D-1X Bedak sejuk beras 30g
E-2X Bedak benang sila ungu
F-2X Bedak benang sila putih
G-2X Bedak muntah belut

Kos & pos sem malaysia RM 32
Kos & pos sabah/sarawk RM 38






**********************************************
SET 3 :  RAWATAN KULIT BAYI / IBU 

A-1X Bedak sejuk aloe vera 60g
B-1X Bedak sejuk beras 80g

C-1X Bedak sejuk aloe vera 30g
D-1X Bedak sejuk beras 30g
Kos & pos sem malaysia RM 20
Kos & pos sabah/sarawk RM 26








**********************************************
SET 4 :  RAWATAN KULIT BAYI / IBU 


A-1X Bedak sejuk aloe vera 60g
B-1X Bedak sejuk beras 80g
C-2X Bedak benang sila ungu
D-2X Bedak muntah belut

E-10X Cotton pad  wangi ( home made)
F- 24X Cotton bud
Kos & pos sem malaysia RM 26

Kos & pos sabah/sarawk RM 32






**********************************************
SET 5 : RAWATAN KULIT BAYI / IBU 
FIRST AID ASAS




A-1X Air Gamat asli 250 ml
B-1X Minyak Gamat 20 g
C-1X Bam Idaman atau BAM  seumpamanya

D-1X Minyak angin cap kapak 3 ml
E-10X Cotton pad  wangi ( home made)
F- 24X Cotton bud
Kos & pos sem malaysia RM 36.50

Kos & pos sabah/sarawk RM 42.50





Tuesday, June 11, 2013

KEISTIMEWAAN BULAN SYAABAN



































































Wednesday, June 5, 2013

ANTARA DOA PAGI DAN PETANG YANG BOLEH DI AMALKAN...












































Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari kekafiran dan kefakiran.
Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari azab kubur.
Tiada tuhan selain engkau.


























Digalakkan juga banyakkan :

- berselawat kepada Nabi Muhammad SAW
- berzikir harian
- berdoa untuk meminta ampun dari Allah SWT
- sembahyang fardhu dan sembahyang sunat dll..

Banyakkanlah buat amalan2 yang baik semasa kita masih
diberi peluang oleh Allah SWT untuk berada di dunia yang 
sementara ini sebagai bekalan di akhirat kelak, janganlah
jadi manusia yang muflis di akhirat nanti sebagaimana
sabda Nabi Muhammad SAW :





Saturday, June 1, 2013

DAPATKAN MCM2 BEDAK SEJUK DISINI...

Dapatkan macam2 bedak sejuk disini.
Ada bedak sejuk rawatan dan bedak sejuk
biasa. Rakan2 boleh buat pesanan cara BORONG
atau pun pesanan cara SIKIT2 pun ok.


Untuk cara borong , insyallah harga boleh dibincang.
Untuk cara sikit2, boleh buat pilihan dari senarai
disediakan disebelah kiri blog ini dengan scroll
ke bawah.

Boleh dilihat senarai pilihan serta kos masuk kos
pos laju untuk pos dalam semenanjung Malaysia
dan juga untuk pos ke Sabah / Sarawak. 

Setelah di pos, dalam semenanjung Malaysia,
antara 1-2 hari kerja dah terima manakala untuk
Sabah / Sarawak pula, antara 2-4 hari dah terima.

Tak perlu rungsing2 mencari bedak2 ni.
Tunggu je selepas order, pasti akan sampai
ke alamat di beri, insyallah.

*****************************************

1) Bedak sejuk muntah belut
Cara guna :
Bedak dilarutkan dalam air.
Ambil larutan bedak dan sapu
pada bahagian kulit bermasaalah.
Amalkan sekerap boleh biasanya diguna
pada sebelah malam sebelum tidur.
Keesokan harinya basuh kesan2 bedak ni dengan
air biasa masa mandi.

Boleh pakai cara facial mask atau cara tempek2
pada kulit. Kulit akan rasa tegang bila bedak
dah kering atas kulit. Terasa juga seakan2 bedak
mencengkam kulit untuk menarik keluar masaalah kulit
tu.

Khasiat nya:
Bantu sembuhkan masaalah2 kulit antaranya ruam,
kayap, jerawat, kulit kemerah2an, bisul ,demam
campak serta penyakit kulit seumpamanya .











****************************************************

2) Bedak benang sila ( biasa - warna putih )
Cara guna:
Gosok kering pada kulit

Khasiat nya :
- Bantu sembuhkan kesan2 parut
  di kulit seperti parut jerawat, bintik2 hitam,
  jeragat dan penyakit kulit seumpamanya.










**************************************************

3) Bedak benang sila ( biasa - warna ungu )
Cara guna :
Gosok kering pada kulit

Khasiat nya :
- Bantu sembuhkan kesan2 parut
   di kulit seperti parut jerawat, bintik2 hitam,

   jeragat dan penyakit kulit seumpamanya.
- Juga boleh diguna untuk rawat masaalah resdung












**************************************************

4) Bedak benang sila ( harum serta berspan )
Cara guna:
Gosok kering pada kulit.
Bedak ni berbau harum.

Khasiat nya :
- Bantu sembuhkan kesan2 parut
   di kulit seperti parut jerawat, bintik2 hitam,

   jeragat dan penyakit kulit seumpamanya.











**************************************************

5) Bedak benang sila penawar 90 ML
Cara guna:
Bentuk cecair, sapu basah pada kulit

Khasiat nya :
- Bantu sembuhkan kesan2 parut
   di kulit seperti parut jerawat, bintik2 hitam,
   jeragat dan penyakit kulit seumpamanya.
- Ada juga digunakan untuk rawat kayap.













***********************************************


6) Bedak sejuk beras putih
Cara guna:
Bedak ni dilarutkan dalam air.
Ambil larutan bedak dan sapu
pada bahagian kulit bermasaalah.
Amalkan sekerap boleh biasanya diguna
pada sebelah malam sebelum tidur.
Keesokan harinya basuh kesan2 bedak ni dengan
air biasa masa mandi.

Khasiat nya :
Menyejukkan serta membersihkan kulit


berat 80 gm







berat 30 gm










**********************************************

7) Bedak sejuk aloe vera ( hijau )
Cara guna:

Bedak dilarutkan dalam air.
Ambil larutan bedak dan sapu
pada bahagian kulit bermasaalah.
Amalkan sekerap boleh biasanya diguna
pada sebelah malam sebelum tidur.
Keesokan harinya basuh kesan2 bedak ni dengan
air biasa masa mandi.

Khasiat nya :
Menyejukkan serta membersihkan kulit.

Mempunyai campuran pati aloe vera yang
boleh bantu menyihatkan kulit.





berat 60 gm

berat 30 gm