BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Monday, August 24, 2009

Ingatlah diriku

Wednesday, August 12, 2009

Sila ambil perhatian!!

Peringatan buat semua ibubapa di luar sana. Demi kesihatan seluruh keluarga kita, janganlah ambil mudah perkara ini. Buatlah apa-apa yang perlu sebagai langkah berjaga-jaga.

Jika mahu, silalah panjangkan peringatan ini. Salin dan lekatkan dalam blog anda. Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit berjangkit ini. Amin....


Wednesday, August 5, 2009

Kelebihan Malam Pertengahan Sya'ban

Syukur ke hadrat Ilahi saya masih diberi kesempatan untuk melalui malam nisfu Sya'ban ini. Bagaimana dengan Ramadan tahun ini? Sempatkah saya melaksanakannya? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.....

Mak mertua saya memperingatkan kami sekeluarga supaya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali diselang selikan dengan doa. Alhamdullillah, sudah pun selesai.
Doa yang dibaca setelah membaca Yasin :

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Wahai ALLAH yang Maha Mempunyai kurniaan dan sesungguhnya Engkau tidak dikurniakan. Wahai pemilik kemuliaan dan kemurahan, wahai pemilik kelebihan, wahai pemilik kurniaan, tiada Tuhan melainkan Engkau, (Engkau telah) memenangkan orang-orang yang lari dengan agamanya, Engkau telah menolong orang yang meminta pertolongan dan mengamankan orang-orang yang di dalam ketakutan.

Wahai ALLAH, jika sekiranya Engkau telah menetapkan di dalam ummul kitab bahawa aku adalah dari kalangan orang yang celaka, yang diharamkan dari menerima kurniaan atau orang yang dikutuk atau yang kurangnya rezekinya maka hapuskanlah ia dengan kelebihanMu setiap kecelakaanku, pengharamanku, pembuanganku dan kekurangan rezekiku dan tetapkan di sisiMu di dalam kitabMu bahawa aku adalah orang yang bahagia, diberi rezki dan dikurniakan taufik untuk melakukan kebaikan-kebaikan, kerana sesungguhnya Engkau telah mengatakan dan sesungguhnya perkataanMu adalah benar di dalam kitabMu yang telah diturunkan ke atas lidah nabiMu yang diutus. ALLAH menghapuskan apa yang dikehendakiNya dan menetapkan barang apa yang dikehendakiNya.

Tuhanku! dengan tajallimu yang besar di malam pertengahan Sya'ban yang mulia ini, di malam di mana diputuskan segala urusan dengan penuh hikmah dan agar kamu mengangkat bala dari kami barang apa yang kami tidak ketahui dan barang apa yang Engkau mengetahui mengenainya, sesungguhnya Engkau yang Maha Kuat dan Maha Mulia, dan selawatlah ke atas penghulu kami Muhammad nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya dan berilah kesejahteraan, Maha Suci Tuhan, pemilik kemuliaan dari apa yang disifatkan dan sejahtera ke atas para utusan dan segala pujian milik ALLAH pemilik sekelian alam.

Daripada Abu Musa sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :

Jika tiba malam pertengahan Sya'ban maka hendaklah menghidupkan malam itu (dengan beramal ibadat), berpuasa di siangnya kerana sesungguhnya Allah s.w.t turun pada waktu itu lantaran terbenamnya matahari ke langit dunia dan berfirman : Siapakah yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapakah yang meminta rezki maka aku akan kurniakan kepadanya rezki, siapakah yang ditimpa bala aku akan melepaskannya, adakah kamu...adakah kamu (berturutan pertanyaan dari ALLAH s.w.t) sehingga terbitnya fajar subuh.

Maka janganlah kita mempersia-siakan bulan yang disukai oleh Rasulullah ini.....