BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Wednesday, January 6, 2016

CIRI2 KEJAYAAN LAHIR DARI KEINGINAN SERTA TINDAKAN KITA SENDIRI...

BOLEH PESAN MACAM2 BEDAK2 SEJUK DISINI..DALAM BENTUK
BIJI ATAU PUN BENTUK SERBUK 

a) BEDAK SEJUK BERAS TITIK

Bedak beras boleh di campur dengan pati sayur2an serta buah2an 
dengan pilihan warna bedak beras titik.

Antara jenis bedak titik yang boleh disediakan : 

Bedak sejuk beras titik biasa ( asli tanpa campuran pati ) ATAU
boleh juga di campur pati2 dengan khasiat tersendiri antaranya 
pati aloe vera /  air gamat / Tomato / karot / Timun / Daun pegaga /
Daun Pudina / Temulawak / Daun semambu / dan lain2 campuran 

pati sayur2an serta buah2an

b) JUGA BOLEH DIPESAN
Bedak sejuk muntah belut                                           
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu ) 
Bedak sejuk benang sila ( harum dengan span )                                           
Bedak sejuk penawar sila 

BOLEH PESAN SIKIT2....BORONG BANYAK2 PUN BOLEH..    
Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan terima.  
In shaa Allah.

*****************************************************

Sunday, September 6, 2015

PETUA KAWAL MASAALAH KENCING MANIS

BOLEH PESAN MACAM2 BEDAK2 SEJUK DISINI...  



















Tempahan bedak sejuk beras titik ( Atas permintaan ) :

Bedak sejuk beras titik biasa / aloe vera / 
air gamat / Tomato / karot / Timun / Daun pegaga /
Daun  Pudina / Temulawak, Daun semambu / dan lain2


Bedak sejuk muntah belut                                                     
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )                                             Bedak sejuk penawar sila   

Juga boleh buat pesanan BRAIN GAME OHSEM...Satu
permainan yang boleh bantu cergaskan pemikiran
anak2 kita dan juga sesuai untuk riadah sefamili

                        





































PESAN SIKIT2 PUN BOLEH....PESAN BANYAK2 PUN BOLEH..   
Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan terima. 
In shaa Allah.

********************************************
Amalkan minum ini.



Untuk kawal masaalah kencing manis....tak salah mencuba 
dan mengamalkannya selalu .


Rendam bendi dalam 2 atau 3 biji dalam bekas air suam.
Belah hujung bendi tu dan rendam semalaman.
Bila pagi terus minum.
In shaa Allah.. boleh bantu kurangkan masaalah gula dalam darah.

Wednesday, March 18, 2015

PETUA HILANGKAN BAU NAFAS DARI MULUT

BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK              

Bedak sejuk muntah belut              
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )              
Bedak sejuk penawar sila              
Bedak sejuk beras titik biasa              
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera              
Bedak sejuk beras titik campur air gamat
Bedak sejuk beras titik campur pati buah2an atau/dan sayur2an              

Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai             
ke alamat  di beri, insyallah. 

************************************************



Apakah Penyebab Bau Mulut ? 
Antaranya :

a) Infeksi amandel, hidung atau tenggorok
b) Gigi berlubang
c) Karang gigi
d) Kurang menjaga kebersihan dan kesehatan mulut dan gigi
e) Penyakit tertentu yang tidak ada hubungan langsung dengan 
mulut

Namun yang paling dominan adalah bakteria-bakteria yang terdapat 
dibalik lidah yang memproduksi senyawa belerang, dan merupakan 
penyebab utama bau mulut. 

Oleh itu, bagaimana caranya untuk  mengatasi masaalah ini ?
Antara petua2 yang boleh diamalkan : 

1. Menghisap Kulit Kayu Manis :
Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu 
untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, 
ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca 
masalah nafas berbau.

Kunyah sebatang kulit kayu manis yang kecil setiap malam sebelum 
tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam. 
Jika anda menghisap kulit kayu manis setiap hari, ia dapat 
mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 
50% berbanding orang yang tidak menghisapnya.

2. Bunga Lawang :
Bunga lawang bersifat sebagai antibakteria dan antikulat, serta 
kandungan ‘linalool’ dalam bunga lawang bersifat sebagai 
antioksidan sehingga sangat baik untuk kesihatan tubuh.

Ambil sekuntum atau 3 kuntum bunga lawang kemudian direbus 
dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air 
panas selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga suam 
dan airnya boleh digunakan untuk minum atau berkumur. 
Amalkannya pada waktu pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.

Bunga lawang juga boleh dikunyah untuk menghilangkan nafas 
berbau busuk. Secara tak langsung, ia juga dapat merawat penyakit 
asma, bronchitis dan batuk kering, antara penyebab nafas berbau.

3. Sirih : 
Sirih adalah antiseptic yang baik bagi mengatasi bau mulut, maka 
gunakanlah untuk atasi bau mulut.

Cuci bersih daunnya kemudian di rebus menggunakan air anggaran 
1.5 gelas. Setelah itu dibiarkan hingga air rebusan sirih menjadi sejuk, 
dan gunakan untuk berkumur selepas menggosok gigi.

Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam selama 5 minit. 
Minum air tersebut. Amalkan setiap hari.

4. Serai Wangi Dan Kulit Limau Kasturi :
Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Tumbuk 
kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan 
tuang air sehingga ¾ tinggi periuk kemudian jerangkan 
sehingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk. Tapis dan ambil 
airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

5. Daun Jambu Batu :
Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. 
Tumbuk daun tersebut hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas 
yang berisi separuh air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis 
dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan 
selalu.

6. Cengkih :
Ambil anggaran 3 atau 5 kuntum bunga cengkih kemudian direbus 
dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air suam 
selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga sejuk dan air 
rebusannya digunakan untuk berkumur. Amalkannya pada waktu 
pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.

7. Asam Jawa Dan Gula Merah :
Satu cara lagi bagi menghilangkan nafas dan mulut berbau. Dibancuh 
sedikit asam jawa, gula merah dengan air panas. Minumlah 
setiap malam sebelum tidur. Amalkan sekerap mungkin, InsyaAllah 
tiada lagi nafas berbau yang memalukan.

8. Gorengan Hampas Kelapa :
Ambil anggaran segenggam hampas kelapa dan gorengkan di dalam 
kuali tanpa minyak. Gorengkannya hingga kekuningan. Angkat dan 
dibiarkan sejuk. Kemudian ambil dan kunyah-kunyahkannya 
hingga hancur. Ia boleh dimakan atau diluahkan.

Di samping itu, amalkan meminum air suam dengan kerap. InsyaAllah 
kesannya akan dapat dilihat beberapa hari selepas itu.


Tuesday, March 10, 2015

PETUA KESIHATAN...AMALKAN

BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK            

1) Bedak sejuk muntah belut 

           
Bentuk biji









Bentuk serbuk










2) Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu ) 

           
Biasa putih









Biasa ungu








Nasila harum dengan span 









3) Bedak sejuk penawar sila



4) Bedak sejuk beras titik       
    - Biasa
    - campur pati aloe vera            
    - campur air gamat 
    - campur pati tomato 

            










           

Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai           
ke alamat  di beri, insyallah. 

************************************************
Amalkan...


Thursday, February 12, 2015

PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT

BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK               

Bedak sejuk muntah belut               
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )               
Bedak sejuk penawar sila               
Bedak sejuk beras titik biasa               
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera               
Bedak sejuk beras titik campur air gamat               

Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai              
ke alamat  di beri, insyallah. 

****************************************************           

Baca lah surah al-fatihah pagi dan petang dan hadiahkan                 
pahalanya pada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w serta                   
ahli keluarga dan kesemua sahabat2 baginda. Juga                   
di hadiahkan pahalanya kepada ibubapa kita serta kepada                   
semua muslimin muslimat yang masih hidup mahupun                   
telah meninggal dunia ..


****************************************************************
1. Mula2 ambil sedikit madu dicampurkan dengan BEDAK SEJUK.
    Sebatikan campuran bahan2 ini dan ambil larutan ini dan sapu
    pada bahagian kulit punyai jerawat, insyallah sembuh.

Bedak sejuk muntah belut














2. Kupaskan sepotong ubikayu. Buang kulitnya. Bersihkan bahagian
    isi ubikayu ini kemudian parutkan. Ambil bahagian ubikayu yang
    sudah diparutkan dan perah untuk dapatkan airnya. Sapukan
    air perahan dari ubikayu pada bahagian kulit yang punyai parut / 
    bekas2 jerawat. Amalkan harian. Insyallah sembuh.

3. Ambil kulit kayu manis. Asahkan untuk dapatkan serbuknya. 
    Kemudian campurkan dengan madu lebah. Sebatikan campuran
    ini. Ambil campuran ini dan sapukan pada bahagian kulit yang
    punyai parut / bekas2 jerawat. Amalkan harian. Insyallah sembuh.

4. Ambil beberapa daun sireh muda. Jika boleh antara 10 ke 20 helai
    daun sireh. Hancurkan dengan cara tumbuk dengan guna lesung
    batu macam kita buat sambal. Ambil daun sireh yang sudah hancur
    ini dan tempelkan pada bahagian kulit yang punyai parut / bekas2
    jerawat. Biarkan kering. Kemudian cuci kulit dengan air bersih.
    Amalkan harian. Insyallah sembuh.

5. Ambil sebiji timun. Kisarkan dan tapiskan airnya. Ambil hampas
    timun ini dan tempelkan pada bahagian kulit yang punyai masaalah
    parut / bekas2 jerawat. Biarkan kering. Kemudian cuci kulit dengan 
    air bersih. Amalkan harian. Insyallah sembuh.

6. Amalkan membasuh muka dengan air suam beberapa kali 
    setiap hari.

7. Ambil buah lemon. Perahkan untuk dapatkan jusnya. Sapukan
    jus lemon ini pada bahagian kulit yang punyai parut / bekas2
    jerawat. Amalkan harian. Juga digalakkan minum jus lemon ini
    hari2.

8. Elakkan stress kerana stress tidak baik untuk kesihatan diri
    serta kesihatan kulit badan.

9. Ambilkan daun lidah buaya. Buangkan kulitnya untuk dapatkan 
    jel nya. Lumurkan jelnya pada bahagian kulit punyai masaalah 
    parut / bekas2 jerawat. Biarkan kering. Kemudian bersihkan
    kulit dengan air suam. Jel daun lidah buaya boleh juga dibuat
    jus. Minum jus ini harian.

10. Selalu2 lah meminum air suam / air panas mati / air putih /   
      air yang sudah dimasak kerana air2 jenis ini insyallah adalah 
      ubat serta penawar kepada segala jenis penyakit.

Amalkan ye.... 

Saturday, August 9, 2014

PETUA HILANGKAN PARUT PADA KULIT : DAUN PEGAGA DAN BEDAK SEJUK

BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK

Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik biasa
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera
Bedak sejuk beras titik campur air gamat

Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai
ke alamat di beri, insyallah.

****************************************************
Sama2 kita berdoa :

Ya Allah, selamatkan rakyat Palestine terutama di Gaza , 
rakyat Syria, rakyat Iraq dan semua muslimin muslimat 
di dunia ini yang sedang menghadapi kekejaman serta 
penindasan pemerintah masing2 serta juga dari kaum kafir 
yahudi Israel

Ya Allah, bantulah dan berikanlah muslimin muslimat ini 
kekuatan , ketabahan serta kemenangan .

BULAN REJAB SUDAH BERLALU.
BEGITU JUGA BULAN SYAABAN . 
BERAKHIRNYA RAMADHAN TERASA PILU.
TIBANYA SYAWAL 1435H BANYAKKAN BERMAAFAN.

MAAF ZAHIR BATIN DAN 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

*****************************************************

Daun Pegaga




















Jika anda kurang senang dengan kulit muka anda yang 
berparut dan tidak berseri. Anda boleh gunakan daun 
pegaga untuk mengatasi masalah ini.

Caranya ambil segenggam daun pegaga, bersihkan bersama 
akarnya sekali. Setelah itu tumbuk bersama BEDAK SEJUK, 
masukkan sedikit air. Tapis dan ambil airnya dan sapukan 
pada muka dan parut.

InsyaAllah bukan parut saja beransur hilang, tetapi muka 
akan menjadi licin.

Tuesday, October 22, 2013

KHASIAT BUAH BELIMBING BULUH
















1. Ia mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. 
Daunnya apabila digiling halus dan dilumur boleh 
menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, 
sakit-sakit sendi serta panau.

2. Jika direbus, ia boleh mengubati batuk, menurunkan 
tekanan darah tinggi dan pitam. Untuk menghilangkan 
batuk, campurkan segenggam bunga Belimbing Buluh dengan 
sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah 
dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. 
Seterusnya direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian 
minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, 
3 kali sehari.

3. Untuk anda yang ada darah tinggi, petik 3 biji buah 
Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air 
rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.

4. Untuk bayi yang diserang penyakit kuning, mandikan 
dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.

5. Juga belimbing buluh ni boleh dijadikan ulam atau
sebagai campuran masakan antaranya masak gulai lemak
kuning cili padi dan sebagai campuran dalam sambal. Mesti
sedap dan terliur ni masa makan....

Monday, November 14, 2011

PETUA BARU TANGKAP TIKUS ....GUNA KUALI MASAK

Saya ingin kongsi satu kejutan pengalaman baru2 ni sekembali saya 
dari Kuala Lumpur.

Kebelakangan ini, saya agak sibuk menguruskan beberapa hal 
termasuklah hal perkahwinan adik lelaki saya di Kuala Lumpur.

Dari ipoh, saya sekeluarga ke Kuala Lumpur pada malam Jumaat yang 
lalu sebab kenduri kahwin akan berlangsung pada hari keesokan
sabtu waktu tengahhari. Jadi rush la sikit.

Pada hari sabtu tu, Kuala Lumpur hujan pula dan apa lagi jam la. Dah lah
terpaksa tempuh dengan masaalah jam di Kuala Lumpur sewaktu
ke tempat kenduri dan selepas selesai kenduri pun, semasa nak
balik ke Ipoh petang tu, pun terpaksa lalui masaalah jam yang sama.
Kami sekeluarga terpaksa balik ke Ipoh hari sabtu tu juga sebab hari ahad
perlu pula hadiri kenduri kahwin lagi di ipoh. Jadi boleh la rehat sekejap
malam tu ..

Nak tanya , bila la masaalah jam di Kuala Lumpur dapat diatasi ?
Ambil jalan biasa pun jam dan ambil jalan short-cut pun jam juga ... 

Kuala Lumpur sepatutnya ada SATU HARI TANPA KERETA DAN TANPA
MANA2 KENDERAAN BERODA EMPAT MACAM BAS, LORI, TEKSI dll di
jalanraya nya untuk sekurang2nya seminggu sekali . Boleh dicadangkan
pilih hari Sabtu atau Ahad.

Biar ramai2 ke pusat bandar Kuala Lumpur hanya dengan naik LRT, 
berjalan kaki, naik basikal, naik motosikal pun ok kut....asalkan tiada 
kenderaan beroda empat...sapa2 didapati naik kenderaan empat roda,
samankan mereka ni....

Berbalik pada cerita saya ni. Kami sekeluarga tiba di Ipoh dah dekat
waktu maghrib dan mula2 cadang nak makan malam di luar saja sebab
memang terasa penat sangat2. Hubby saya lagi penat sebab terpaksa
pandu kereta di Kuala Lumpur dan juga perjalanan pergi / balik. 

Tiba2 perut saya buat hal pula. Senak dan memulas lain macam saja
dan saya kata kepada hubby, kita balik ke rumah dulu sebab saya rasa
perut saya tak selesa. Jadi kami sekeluarga pun pulang ke rumah dan
hubby kata malas la nak keluar bila dah balik ke rumah. Saya ok saja
tapi anak2 la yang merungut. Bila hubby saya kata kat depa, esok nak
keluar lagi ke tempat kenduri dan tak perlu lah nak belanja malam tu
dengan makan kat luar, budjet la sikit jadi anak2 pun faham. Takut depa
kat hubby saya tu...

Setiba dirumah, saya masak dulu nasi dan anak2 disuruh buat goreng telur 
dadar saja. Anak2 saya ni dah pandai dah masak masakan2 yang simple. 
Jadi sementara saya kemaskan rumah dan pakaian  serta buat hal saya tu, anak2 pun goreng telur dengan gunakan kuali. Dipendekkan cerita, habis makan dan selepas kemas dapur serta basuh pinggan / cawan, kami sekeluarga pun tidur awal sebab memang penat sangat2.

Tapi saya serta anak2 terlupa untuk basuh kuali yang masih ada baki
minyak di dalamnya yang digunakan untuk goreng telur tu. 

Keesokan paginya saya serta hubby / anak2 bangun awal sikit untuk
sembahyang tahajud dan selesai sembahyang, saya ke dapur dan
terdengar bunyi geseran berturutan. Dalam keadaan dapur gelap ( tak
buka lampu masa tu ), saya dengar macam bunyi geseran tu datang dari
arah kuali yang digunakan malam tu. Saya hampiri kuali tu dan tekejut
macam ada benda sedang bergerak2 dalam kuali tu. 

Ketika itu, lampu dapur masih belum dinyalakan dan disebabkan saya 
dalam keadaan terkejut, saya terus memanggil hubby untuk periksa apa ke
benda yang sedang bergerak2 dalam kuali tu. Saya agak mungkin lipas kut
atau cicak kut tetapi bila hubby nyalakan lampu dapur, TERKEJUT saya
dan hubby bila dapati ada seekor tikus yang sudah basah kuyup dilumuri
dengan minyak masak diseluruh badannya termasuk lah keempat2 kaki nya.
Tikus tu mengalami kesusahan untuk keluar dari kuali tu sebab badan nya 
berkeadaan licin dan setiap kali ia cuba keluar, ia akan jatuh semula ke
dalam kuali yang berisi minyak masak yang telah digunakan tu.


 Tikus dalam kuali..













Anak2 saya pun bila nampak, mereka pun terkejut juga. Memang kami
sekeluarga tak sangka perkara sebegini boleh berlaku. Selepas tu hubby
saya gunakan penyepit besi dan sepitkan ekor tikus tu untuk angkat tikus tu dari kuali dan letakkan ia ke dalam sangkar tikus dan sangkar tu kemudian diletakkan di luar rumah.


Tuesday, September 27, 2011

PETUA : CARA GUNA BEDAK MUNTAH BELUT UNTUK MERAWAT JERAWAT DEGIL

Disini saya nak kongsi satu petua caraguna Bedak Muntah
Belut ini untuk merawat masaalah2 jerawat yang DEGIL.


Jerawat DEGIL ni boleh dikategorikan antaranya sebagai
jerawat kronik yang tumbuh berulang-ulang serta adakalanya
bernanah, berwarna kemerahan, sukar sembuh, sukar
surut, kulit jadi mengelupas , berbentuk jerawat batu dan
berjerawat nasi.

Sudah tentu sesiapa yang punyai masaalah sebegini akan
merasa tidak selesa dan rungsing sangat2.

Perlu ingat disini jangkamasa untuk sembuh kemungkinan 
tidak sama antara seseorang dan seorang yang lain.
Kemungkinan akan ambil jangkamasa juga dari beberapa hari 
ke beberapa minggu disebabkan antara faktor penting ialah
keadaan jenis kulit kita tu samada berminyak, kering dll. 

Tahukah anda bahawa penyakit Resdung dan alahan
kepada sesuatu jenis makanan seperti makanan laut antaranya
udang, ketam, kerang dan kepah boleh juga mengakibatkan
tumbuh nya jerawat terutamanya yang gatal2 . 

Masaalah pembiakan jerawat jenis ini ( jerawat gatal2 ) ialah
apabila seseorang itu tidak tahan dengan keadaan kulit gatal2 
lalu mereka pun mula picit jerawat gatal ni. Dengan diperlakukan 
sebegini, jumlah jerawat gatal2 ini akan bertambah serta kelihatan
berparut2. Jadi jangan sesekali...ingat jangan sesekali ... menggaru 
atau memicit jerawat2 ini. 

Ini antara jenis2 jerawat DEGIL yang kita perlu rawat sebelum
ianya menjadi bertambah parah.





Petua bedak muntah belut










Jadi disini saya kongsikan petua cara guna bedak muntah belut
ini untuk bantu merawat jerawat2 DEGIL ni :

Thursday, June 23, 2011

PETUA2 YANG BOLEH DICUBA UNTUK MERAWAT MASAALAH KULIT YANG SENSITIF

Sebelum ini, saya sudah kongsikan khasiat
Bedak Muntah Belut dengan sendirinya mampu
merawat masaalah2 kulit antaranya Jerawat, Ruam, 
Kayap, Bisul, Demam Campak, Eczema ( penyakit 
gatal2 dan kemerah-merahan warna kulit ).


Namun begitu bedak ini boleh juga dicampurkan 
dengan bahan2 lain untuk memberi lebih kesan 
dalam merawat masaalah2 kulit yang lebih sensitif
mengikut petua2 lama. 


Sesiapa ingin, boleh lah mencuba petua2 lama ini
antaranya :


1. Petua menghilangkan bintik-bintik hitam di kulit
     atau Jeragat


    Ambil daun PEGAGA dan kisarkan bersama Bedak
    Muntah Belut dengan campuran air secukupnya.
    Adunan campuran ini kemudian disapukan ke
    bahagian bintik-bintik hitam di kulit pada setiap
    hari mahupun pada setiap malam sebelum tidur.
    Keesokkan paginya, basuh bahagian kulit ini
    dengan air bersih. Lakukan selalu dan perhatikan
    kesannya. Lebihan adunan ini boleh disimpan
    ditempat kering untuk kegunaan kemudian.




 Daun Pegaga
 - banyak khasiat nya






   Semasa pakai, duduk senyap2 dan jangan bercakap. 
   Akan terasa kulit muka menjadi tegang. Jeragat akan 
   hilang sedikit demi sedikit.


2. Petua melicinkan kulit


   Kisarkan campuran Bedak Muntah Belut , kunyit
   hidup serta asam jawa. Sapukan adunan ini
   di bahagian kulit setiap hari mahupun setiap malam
   sebelum tidur. Biarkan kering dan keesokan paginya
   basuh bahagian kulit ini dengan air bersih.


3. Petua untuk menghilangkan daki di celah2 lengah,
   telinga dan bahagian2 lain di badan


   Sama caranya dengan no. 2 


4. Petua menghilangkan parut jerawat


    Larutkan Bedak Muntah Belut dalam madu lebah
    dan sapukan ke bahagian parut jerawat. Amalkan
    selalu dan perhatikan kesannya.


5. Petua menghilangkan kulit berminyak


    Larutkan Bedak Muntah Belut menggunakan air
    mineral atau air zam zam atau air gamat. 
    Kurangkan penggunaan air paip sebab air paip 
    ini punyai kandungan klorin yang kemungkinan
    tidak sesuai untuk kulit sensitif. Sapukan larutan
    bedak ini ke bahagian kulit berminyak setiap 
    malam sebelum tidur. Basuh bahagian kulit ini
    dengan air bersih keesokan paginya.

Saturday, January 22, 2011

PETUA : BELIMBING BULUH SESUAI UNTUK RAWATAN JERAWAT

Tahukah anda selain Bedak Muntah Belut , ada juga bermacam2
jenis tanaman dan cara2 yang boleh digunakan untuk merawat
jerawat dan masaalah2 kulit lain.

Bagi tanaman2 ini, boleh digunakan terus dari daun , bunga , 
buah , batang mahupun dari akarnya seterusnya cuma dari lendirannya
saja setelah diperah dari bahagian2 tertentu dari tanaman tersebut.

Tanaman2 ini ada yang susah didapati dan ada yang senang
di cari . Ada juga kemungkinan ianya di tanam di pekarangan
kawasan rumah sendiri saja cuma kita tidak sedari mengenai khasiat
tanaman2 ini terutama dari nilai perubatannya.

Jadi disini saya akan mula kongsikan jenis2 tanaman dan cara2 yang boleh digunakan secara tradisional untuk merawat masaalah jerawat mahupun masaalah2 kulit lain.

Ada pelbagai tanaman2 yang boleh jadi pilihan. Kita cuma perlu
cari dan gunakan yang bersesuaian untuk merawat masaalah2 kulit
kita tu. Cara memprosesnya pun boleh dibuat sendiri.

Tapi kalau tidak mahu susah2 memprosesnya , boleh saja amal pakai
Bedak Muntah Belut dari DIARI ALYA , insyallah sembuh juga.



Belimbing Buluh










Saturday, July 31, 2010

makanan ibu dalam pantang - bahagian 2


Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, jering, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai serta terung.

Minuman yang harus dielakkan seperti minuman bergas, sejuk serta tajam seperti tebu, cincau, kelapa muda, serta buah-buahan seperti nenas, jambu belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kaju, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai.

Makanan ini dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.

Jenis ayam dan burung

Disyorkan makan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh.

Burung merpati dan puyuh juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Friday, July 30, 2010

makanan ibu dalam pantang - bahagian 1

Kadang2 kita sering terlupa, petua orang dulu2 ada khasiatnya. Janganlah kita pandang sebelah mata saja sebab kita dah anggap diri dah moden, semua pantang larang orang tua tak perlu diikut.

Sini hanya disenaraikan jenis pemakanan yang selalu diberi kepada ibu yang baru bersalin. Terpulang pada persepsi masing2....

Jenis ikan

Ikan masin atau ikan kering dilarang kerana ikan2 ini hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering dan melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.

Ikan berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri,pari, sembilang serta parang - patut dielakkan kerana takut bisa atau bentan pada pintu rahim.

Ikan yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan seperti ikan kembung, tamban, cencaru,tongkol, udang, sotong, kerang juga dilarang.



Sup ikan haruan






Ikan yang digalakkan ialah ikan segar seperti haruan dan yu. Dipercayai boleh memulihkan luka dalaman dan luaran.
Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat memperbanyakkan susu ibu.

Ulam-ulaman








daun cemumar

Ulam berkhasiat dan sesuai dimakan para ibu ialah seperti daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.
Selain daripada yang mudah didapati seperti serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia juga elok dimakan sebagai ulam.