BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

KALAU SUKA POSTING2 KAT BLOG NI, SUDI2 ISIKAN TABUNG NUFFNANG NI YE..TKASIH

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

SELAMAT DATANG, TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA

Kepada Semua Pelawat Yang Pertama Kali Singgah ke Diari Alya2, kami Ucapkan Selamat Datang. Disini ada macam2 BEDAK SEJUK BIASA serta BEDAK SEJUK RAWATAN yang boleh bantu rawat masaalah kulit anda secara tradisional. Juga ada AIR GAMAT, MINYAK ANGIN PANAS, BAM, MINYAK GAMAT, CORONG RESDUNG, KAYU SUGI. UNTUK TEMPAHAN HASIL KRAFTANGAN , SILA LAWAT DISINI

Friday, December 18, 2009

BISNES NI TAK SABOTAJ SAPA2

Cubalah tengok



Awal Muharam tahun ini....

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana telah memanjangkan usia kami sekeluarga untuk menempuh tahun baru 1431 Hijrah. Semoga tahun yang berkat ini akan diberkati Allah dengan kemurahan dan keredhaanNya ke atas hambaNya yang kerdil ini.

Dalam pada keseronokan umat lain menempuh awal Muharam, saya menerima berita kematian Pak Lang saya, Ahmad Zaidi, pada jam 5.15 petang. Takziah buat keluarga mak lang... semoga Allah memberikan ketabahan di hati kalian. Yang hidup pasti akan pergi. Kita akan menyusulnya nanti, insyaAllah.

Kepada pembaca blog ini, saya memohon agar dapatlah kiranya mensedekahkan bacaan al Fatihah buat pak lang saya, Ahmad Zaidi bin Maimunah, dan tidak ketinggalan buat arwah ayah saya, Othman bin Munah, agar roh mereka berada di dalam golongan mereka yang diredhai Allah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kedua2 insan ini. Amin.....


Thursday, October 15, 2009

Renungan...

renungan bersama: Firman ALLAH SWT; sesungguhnya yg bernyawa tak akan mati melainkan dgn izin Allah, sebagai ketetapan yg tertentu waktunya. Barangsiapa yg mengkehendaki pahala dunia, nescaya Kami beri kpdnya pahala dunia itu, dan barangsiapa yg m...engkehendaki pahala akhirat, Kami berikan pula kpdnya pahala akhirat. Dan Kami akan beri balasan kpd org2 yg bersyukur.

Sunday, September 13, 2009


Salam semua...


Maaf kerana terlalu lama tidak mengisi blog ini. Bukan kerana kesibukan berpuasa, tetapi kerana terlalu leka dengan penemuan baru. Saya sibuk dengan facebook saya sehingga mengabaikan blog saya. Memang saya tidak pandai mengatur waktu.....

Di sini saya mengambil kesempatan meminta maaf zahir dan batin atas segala ketelanjuran saya sepanjang penulisan blog ini. Saya minta ampun kepada semua kenalan yang sering berkunjung ke sini. Mungkin saya ada menyinggung hati atau memperlekehkan kenyataan kenalan di sini tanpa saya sendiri menyedarinya. Ampunkan saya.....

Saya amat menghargai segala sokongan, teguran dan galakan yang diberi... Terima kasih semua. Dengan kata-kata ini bukanlah bermakna saya ingin menutup blog saya ini. Oh tidak!!... Entah mengapa tiba-tiba hati jadi sayu... down....

Oklah, jangan bersedih di bulan yang mulia ini. Selamat meneruskan puasa anda semua dan selamat membuat persiapan untuk meraikan hari kemenangan kita berpuasa selama sebulan. Raya tahun ni berapa hari nak sambut?....

Monday, August 24, 2009

Ingatlah diriku

Wednesday, August 12, 2009

Sila ambil perhatian!!

Peringatan buat semua ibubapa di luar sana. Demi kesihatan seluruh keluarga kita, janganlah ambil mudah perkara ini. Buatlah apa-apa yang perlu sebagai langkah berjaga-jaga.

Jika mahu, silalah panjangkan peringatan ini. Salin dan lekatkan dalam blog anda. Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit berjangkit ini. Amin....


Wednesday, August 5, 2009

Kelebihan Malam Pertengahan Sya'ban

Syukur ke hadrat Ilahi saya masih diberi kesempatan untuk melalui malam nisfu Sya'ban ini. Bagaimana dengan Ramadan tahun ini? Sempatkah saya melaksanakannya? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.....

Mak mertua saya memperingatkan kami sekeluarga supaya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali diselang selikan dengan doa. Alhamdullillah, sudah pun selesai.
Doa yang dibaca setelah membaca Yasin :

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Wahai ALLAH yang Maha Mempunyai kurniaan dan sesungguhnya Engkau tidak dikurniakan. Wahai pemilik kemuliaan dan kemurahan, wahai pemilik kelebihan, wahai pemilik kurniaan, tiada Tuhan melainkan Engkau, (Engkau telah) memenangkan orang-orang yang lari dengan agamanya, Engkau telah menolong orang yang meminta pertolongan dan mengamankan orang-orang yang di dalam ketakutan.

Wahai ALLAH, jika sekiranya Engkau telah menetapkan di dalam ummul kitab bahawa aku adalah dari kalangan orang yang celaka, yang diharamkan dari menerima kurniaan atau orang yang dikutuk atau yang kurangnya rezekinya maka hapuskanlah ia dengan kelebihanMu setiap kecelakaanku, pengharamanku, pembuanganku dan kekurangan rezekiku dan tetapkan di sisiMu di dalam kitabMu bahawa aku adalah orang yang bahagia, diberi rezki dan dikurniakan taufik untuk melakukan kebaikan-kebaikan, kerana sesungguhnya Engkau telah mengatakan dan sesungguhnya perkataanMu adalah benar di dalam kitabMu yang telah diturunkan ke atas lidah nabiMu yang diutus. ALLAH menghapuskan apa yang dikehendakiNya dan menetapkan barang apa yang dikehendakiNya.

Tuhanku! dengan tajallimu yang besar di malam pertengahan Sya'ban yang mulia ini, di malam di mana diputuskan segala urusan dengan penuh hikmah dan agar kamu mengangkat bala dari kami barang apa yang kami tidak ketahui dan barang apa yang Engkau mengetahui mengenainya, sesungguhnya Engkau yang Maha Kuat dan Maha Mulia, dan selawatlah ke atas penghulu kami Muhammad nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya dan berilah kesejahteraan, Maha Suci Tuhan, pemilik kemuliaan dari apa yang disifatkan dan sejahtera ke atas para utusan dan segala pujian milik ALLAH pemilik sekelian alam.

Daripada Abu Musa sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :

Jika tiba malam pertengahan Sya'ban maka hendaklah menghidupkan malam itu (dengan beramal ibadat), berpuasa di siangnya kerana sesungguhnya Allah s.w.t turun pada waktu itu lantaran terbenamnya matahari ke langit dunia dan berfirman : Siapakah yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapakah yang meminta rezki maka aku akan kurniakan kepadanya rezki, siapakah yang ditimpa bala aku akan melepaskannya, adakah kamu...adakah kamu (berturutan pertanyaan dari ALLAH s.w.t) sehingga terbitnya fajar subuh.

Maka janganlah kita mempersia-siakan bulan yang disukai oleh Rasulullah ini.....

Monday, July 27, 2009

Al Fatihah untukmu



Al Fatihah buat pengarah tersohor Malaysia. Peninggalan filem-filemmu akan sentiasa menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Iklan-iklanmu akan sentiasa dirindui... terutama ketika menjelangnya hari raya.
Kita kehilangan lagi seorang manusia yang dikurniakan kebolehan yang luar biasa. Almarhum Yasmin Ahmad punya pandangan yang jauh tentang masyarakat majmuk ini.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Yasmin binti Enom Yon...

Sunday, July 5, 2009

Layannnn....

Apa itu

Pyzam Glitter Text Maker

Satu sumber perasaan yang mengundang suasana gembira dan bahagia dengan nilai yang amat tinggi. Cinta itu cukup indah jika bijak menilaikannya. Ia satu anugerah dari Yang Maha Penyayang yang bukan diberi pada semua manusia. Ada diantara kita yang tidak pernah jatuh cinta atau merasai diri dicintai. Jangan sesekali mensia-siakan nilai cinta yang tiada tolok bandingnya ini.


Cinta bukan mainan kata-kata tetapi pengikat kasih sayang. Bila cinta bersemarak dalam jiwa sepi terasa tatkala berpisah, kemudian merindui untuk kembali bersama.

Perpisahan membuat rindu mencengkam jiwa. Tetapi ada juga perpisahan yang membuat hati bertambah liar, bukan bertambah rindu.

Friday, July 3, 2009

Pyzam Glitter Text Maker

Sesungguhnya amat sukar sekali memberikan tafsiran tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kebahagiaan. Memang benar jika dikatakan kebahagiaan yang sebenar itu berada di hati. Jika benarlah anggapan itu, mengapa masih was-was? Bersalahkah menikmati bahagia atas derita orang lain? Apa hak mereka untuk menilai kebahagiaan yang sedang dikecapi?

Sesekali memang terasa bersalah. Namun takdir sudah menentukan. Milik dia sudah menjadi milikku sekarang. Salahkah?
Tak disangka dia menginginkan. Bukan saudara tua yang jadi pilihan. Sedarlah pihak ini bukanlah punca perpisahan. Izinkan putik-putik cinta kami berkembang di taman.

Wednesday, July 1, 2009

Derita

Memang banyak deritanya. Dulu dia dihampakan ibu, sekarang dihancurkan oleh orang yang dianggap kekasih. Rupanya dia tiada perasaan cinta. Luluh...Pilu...Kecewa...
Kebahagiaan yang diharap menjadi miliknya, kini hanya dapat dilihat dari jauh. Dekat tapi jauh... Mengapa derita yang datang?? Sudah jatuh ditimpa tangga..
Dia harus tabah. Setabah Atuk dalam menghadapi kehidupan hari tua bersama Opah yang sakit. Dia tidaklah seteruk Opah. Dia masih boleh bezakan antara realiti dan fantasi.
Mengapa kehadiran jejaka ini tidak dapat diterima? Jejaka ini lebih ikhlas dari si dia. Jejaka ini lebih prihatin dari si dia.
Itulah hakikat kehidupan seorang manusia yang tidak lekang dari masalah hidup samada yang diciptakan sendiri atau disebabkan oleh alam. Semuanya sudah tertulis....Redhakah dia?

Friday, June 26, 2009

King of Pop

I cannot resist writing something about arwah Mikail or famously known as Micheal Jackson. Sedikit sebanyak dia pernah menyentuh hati kita semua dengan lagu-lagunya. Saya bukanlah hard core fan of Micheal Jackson tapi ada lagu-lagunya yang saya minati. Antaranya saya selitkan di sini:


Friday, June 19, 2009

Awards dr Rhea



Tuesday, June 16, 2009

Sesaja

Nampaknya bukan hanya bumi saja yang sedang mengalami global warming.
Bukan setakat cuaca saja yang terjejas, hati manusia pun turut terpalit.
Membara sentiasa, bergeledak selalu.
Pantang diusik sikit mula bersilat.
Dicucuk sikit tinggi melatah.
Rata-rata tiada kesabaran.
Hairan sungguh perangai manusia ini.
Kemana perginya kemaafan, kasih sayang, adat timur yang selalu diangkat2?
Panas... panas...
Bilakah hujan akan turun, menyejukkan hati
menyegarkan perasaan

Sunday, May 31, 2009

I'm yours friends....



Friday, May 29, 2009

HAPPY FRIENDSHIP DAY!!!

Friends Myspace Comments









Thursday, May 14, 2009

Kelebihan Surah Al Ikhlas



Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Wednesday, May 13, 2009

Selamat Hari Ibu

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul pun..)


Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


Tuesday, May 12, 2009

Tag dari Eka Fahara

Saya tak tahu pun ada orang yang tag saya. Bila baca blog Eka baru saya tahu. Nak jawap?? Cuba-cubalah... Nanti kalau tak sahut, dikatakan jual mahal lak.. hehehe

1. Nama timangan family :
ALONG,UMI, MAK TAM

2. Anda seorang yang ....
PENDIAM, TERLALU PENDIAM SEHINGGA ADA RAKAN2 YANG TIDAK MENYEDARI AKAN KEHADIRAN SAYA BILA BERDIRI DI SEBELAHNYA.
SUKA MENDENGAR CELOTEH RAKAN2.
TAK TAHU NAK MARAH2, SAMPAI KADANG2 DIMAINKAN ANAK2.....


3. Insan istimewa dan kenapa dia teramat istimewa :
MAK DAN ABAH - TANPA MEREKA, SAYA TIADA DI SINI.
SUAMI TERSAYANG - BANYAK MEMBIMBING DAN MENGAJAR SAYA YANG BODOH NI
ANAK2 TERSAYANG - PENCERIA HIDUP SAYA....

4. Lagu kesukaan sekarang :
SEMUA LAGU NYANYIAN DATUK SHEILA MAJID


5. Warna kegemaran :
HIJAU,BIRU DAN SEMUA YANG BERWARNA LEMBUT

6. Benda paling wajib dalam handbag :
PURSE, HANDPHONE, I/C, PEN, BUKU NOTA KECIL, BUKU CERITA (apa2 yg sdg dibc)... yg terbaru almaklum ada anak kecil ni pampers wajib dibawa

7. Kali terakhir nangis :
TAK INGAT SEBAB SAYA JARANG MENANGIS... tengok filem Hindustan pun payah nak nangis.....

8. Tag ramai2 rakan anda :
RHEA, TEMPE, AZLINA, IRIS IXORA, EBRIZA...

Friday, May 8, 2009

BBQ di hari buruh

Sempena cuti hari Buruh yang lalu, kami sekeluarga mengadakan jamuan ringan. Adik beradik jauh dan dekat turut sama hadir memeriahkan jamuan tersebut. Kebetulan hari tu hari lahir suami kakak ipar saya. Lebih gempak lagila...

Tuesday, April 21, 2009

Promo MJK

SETELAH selesai membuat model rumah yang bersaiz kecil bagi assignmentnya, Zahierpun mulalah berkemas-kemas untuk pulang. Ferhan telahpun pulang awal petang tadi. Hendak bermain bola katanya. Zahier membawa model-model tadi secara bertingkat-tingkat. Dia begitu berhati-hati menuruni anak-anak tangga menuju ke tempat letak kereta. Beberapa orang pelajar turut menuruni tangga dan cuba mengelak dari berlanggar dengan Zahier. Yang mengenali Zahier menegurnya sebelum berlalu pergi. Zahier hanya sekadar mengangguk tanpa melihat rakan-rakannya.

Ketika dia memijak anak tangga terakhir, kakinya tiba-tiba tersadung seekor anak kucing yang sedang melintas. Habis model-modelnya melambung ke atas lalu tercampak ke tanah semasa Zahier tersungkur jatuh.

“Ya Allah! .. saudara tak luka ke?” Pantas seorang pelajar perempuan yang kebetulan lalu di situ membantu mengutip model-model Zahier yang berserakan.

Zahier segera bangun dan mengesat-ngesat pasir pada seluarnya. Dia hanya memandang ke arah anak kucing yang mengiow kesakitan dan berlari pergi. Sambil menggeleng kepala penuh kesal, Zahier turut menunduk mengutip barang-barangnya yang bersepah.

“Terima kasih, cik. Sebenarnya semua ni silap saya. Tak nampak jalan,” tutur Zahier melindung dirinya yang agak terkejut setelah terpijak ekor anak kucing tadi.

“Lain kali jangan bawak terlalu banyak barang sehingga menutup pandangan. Kesian, habis rosak model-model awak ni. Mari saya tolong bawakan ke meja batu yang berdekatan tu,” Nabihah mempelawa dengan nada perlahan. Ditangannya penuh dengan pecahan kad yang dikutipnya tadi. Sesekali dia membetulkan kedudukan beg sandang dibahunya.

Kelembutan suara Nabihah meruntun perasaan Zahier. Dia mengangguk dengan perlahan dan menyambut lebihan model yang dihulur. Matanya tidak mengerdip walau sesaat memandang wajah Nabihah yang tenang itu.

“Saudara, tak baik merenung wanita begitu. Takut nanti dirayu syaitan,” tegur Nabihah dengan tenang dan lembut. Walaupun sebenarnya tatapan dan senyuman yang dibingkiskan untuknya mengundang keresahan di jiwa.

“Nabi Isa a.s pernah berpesan: ‘Takutlah kamu sekalian pada pandangan kerana sesungguhnya ia dapat menumbuhkan syahwat di dalam hati dan cukup menimbulkan fitnah (godaan) kerana pandangan itu’, jadi saya syorkan supaya saudara berhati-hatilah,” pesan Nabihah lagi.

Zahier tersipu-sipu mengalihkan pandangan ke modelnya.

Nabihah meletakkan cebisan-cebisan model tadi di atas meja batu bulat yang tersedia di situ.

“Letakkan semuanya di sini. Awak boleh siapkannya semula. Bila sudah selesai, awak boleh bawak balik. Terpulanglah pada awak. Saya nak balik dulu.” Nabihah tenang bersuara. Dia menolak kaca matanya sedikit. Matanya yang redup memerhatikan Zahier yang tercegat di sisi meja.

“Saya ingatkan awak nak tolong saya betulkan semula model saya ni. Sebenarnya saya boleh membuatnya di rumah saja tadi. Tak mengapalah saya bawa balik kesemuanya. Terima kasih kerana sudi membantu saya mengutip barang-barang ni tadi.” Zahier tersenyum memandang cara Nabihah menolak kaca matanya ke hidungnya yang mancung itu. Begitu mengasyikkan.

Nabihah terdiam. Dia tersalah tafsir rupanya. Dia ingatkan pemuda itu memerlukan bantuan dengan segera. Kini giliran Nabihah tersipu malu.

“Tak elok kalau cuma kita berdua saja di sini. Kalau awak nak balik, biar saya tolong susunkan semua cebisan ini supaya senang untuk membawanya,” balas Nabihah hormat setelah agak lama membatu.

Zahier cuma tersenyum memandang tepat ke wajah Nabihah yang berubah merah menahan malu.

“Biasalah tu, kadang kala kita ni kelam kabut nak menolong, langsung tak sempat nak bertanya keadaan yang sebenar.” Selamba Zahier berkata-kata.

“Saya fikir awak memerlukan tempat untuk betulkan semula model tu. Mungkin awak perlukannya segera. Jadi saya tawarkanlah tempat ini,” terang Nabihah, cuba menutup rasa malunya. Tidak selesa rasanya berhadapan situasi itu.

“Tak mengapalah. Okey, see you then.” Seakan-akan tahu kegelisahan Nabihah, Zahier meminta diri. Dia memasukkan lebihan modelnya ke dalam beg plastik yang dihulur oleh Nabihah.

Nabihah hanya memerhatikan langkah Zahier menuju ke kereta bersama-sama model yang telah rosak. Nabihah tersenyum sendirian mengingatkan kesalahannya tadi.

Zahier seperti tahu dirinya diperhatikan, menoleh ke belakang lalu mengangkat tangan kepada Nabihah.

Nabihah segera menunduk, ekor matanya dilarikan ke arah lain lantaran diselar rasa malu. Dia segera beredar ke tempat menunggu bas.

Zahier tersengih melihat gelagat Nabihah. Dia terus masuk ke dalam kereta dengan senyuman masih menghiasi bibirnya.

Thursday, April 16, 2009

Perniagaan Internet


PERNIAGAAN INTERNET - ANTARA PENYELESAIAN MASALAH KEWANGAN


Sebenarnya sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan internet sekiranya ada minat untuk melakukannya sebab perniagaan internet tidak memerlukan modal yang tinggi.

Ia juga tidak memerlukan pengetahuan teknologi maklumat yang tinggi kerana hari ini terdapat banyak buku-buku panduan mengenainya serta perisian-perisian yang membolehkan seseorang itu membina laman web nya sendiri.

Untuk memulakan perniagaan internet, seseorang itu tidak perlu ilmu yang mendalam dalam bidang teknologi maklumat. Sudah memadai bagi seseorang yang tahu menggunakan internet - samada untuk melayari laman-laman web, menggunakan emel atau membuat penyelidikan.

Internet memiliki banyak kelebihan berbanding perniagaan konvensional kerana ia tidak dibatasi oleh sempadan geografi,bangsa dan agama.

Kerana itu, sesiapa sahaja boleh berjaya di internet jika rajin berusaha, pandai membaca peluang dan yakin kepada diri sendiri.

PENYELESAI MASALAH - duitmudah.com

Perniagaan internet andai dilakukan dengan teliti boleh menyelesaikan masalah mereka yang menghadapi masalah kewangan, ini yang saya tahu dan saya pasti ini adalah benar.

Saya baru sahaja menyertai satu perniagaan online ni. Saja nak mencuba. Mana tahu ada rezeki saya di dalam bidang ini.

Nama perniagaan yang saya sertai ialah : http://www.duitmudah.com

Secara kasar, DuitMudah.com ini adalah MURAH, hanya RM10 sahaja anda boleh menjalankan perniagaan di internet.

Anda tak perlu memikirkan tentang web, hosting, nama domain, produk dan sebagainya. Ini semua telah disediakan dalam program ini dan ditanggung pihak admin. Produk yang disediakan juga adalah amat berguna untuk setiap pengguna internet .

Pokok berjayanya sesuatu bisnes internet ialah PROMOSI...PROMOSI...PROMOSI untuk
menerangkan perniagaan anda. Ini amat penting.

Antara produk yang dijual atau dengan kata lain, produk yang kita beli dengan harga RM 10 itu ialah:

Skrip Web Affiliate 5 Level

Skrip Web Matrix N X N

Skrip ShoutBox

100,000 Email List

Skrip Web Kedai Online

Ebook Teknik Simple Buat Duit Di Internet

Skrip Web Matrix 3 X 3

Software Membuat MP3

100 Website Templates

More Website Templates

Ebook Cover Templates

Panduan Buat Ebook Cover

Keistimewaannya, Komisyen 100% milik anda dan dibayar terus ke akaun bank anda. Setiap pelanggan yang anda cari akan membuat bayaran terus kepada anda.

9/10 punca rezeki itu adalah datang dari perniagaan.

Manalah tahu kot ada rezeki saya. Jika berminat silalah lawat laman ini : http://www.duitmudah.com

Monday, April 6, 2009

Anugerah Ilahi

Friday, March 27, 2009

Untuk semua wanita yang saya kasihi

Saya terima sms ini, dan berasa perlu untuk diletakkan di sini. Ia ditujukan khas untuk semua wanita yang saya kasihi. Termasuklah para pembaca entry saya ini. Baca dan hayatilah. Jika ingin dimasukkan dalam blog anda, dipersilakan....

TUHAN,
Ku mohon kepadaMu,
Sentiasalah berkati wanita ini dalam apa jua ykejahatan.

Aku mohon semua ini kerana
aku menyayangi wanita ini.g dia lakukan.
Janganlah pernah meninggalkan dia keseorangan
kerana dia amat memerlukan cinta kasihMu.
Pimpinlah setiap langkahnya
agar dia terhindar dari segala macam bahaya dan
Amin....

Friday, March 20, 2009

Saja nak kongsi

Suatu pagi, tanpa sengaja kepala terdongak dan ternampak.....


Aduhai, cantiknya


Mata beralih ke bawah....


Projek untuk masa hadapan.

Sunday, March 15, 2009

Terbang burung

Kesian saya tengok burung yang seekor ni. Kami sebenarnya pasang perangkap untuk lalat, tapi mungkin sebab ia nak makan lalat tu, ia yang terkena perangkap. Susah jugaklah nak keluarkan ia dari perangkap. Habis bulu pelepahnya melekat-lekat. Kesian sungguh.....


Dengan hati-hati, kami pun melakukanlah proses menyelamat.. hik hik...

Akhirnya, setelah dikeringkan dan direhatkan, ia pun terbang pulang......

Saturday, March 7, 2009

Happy Belated to my mum!!

Post ni sepatutnya saya publish pada 27/2 tapi disebabkan banyak sangat aktiviti lain yang berlaku maka terpaksalah ditangguhkan. Tak sangka pula sampai begini lewat. Maap Mak!!

Kami sambut birthday mak di kediamannya. Sengaja kami rancang untuk balik beramai-ramai. Seronokkan sambut dengan cucu-cucu.....

Tuesday, March 3, 2009

Kehadiran orang baru!!

Saya baru terima berita gembira dari adik ipar saya. Dia baru dapat baby baru.... anak sulungnya.



Tahniah diucapkan buat Mama Nora dan Baba Acis. Anak lelaki mereka namanya Muhamed Danish Rizqy. Baru berusia sebulan. Dengar cerita dari Opahnya, Danish ni selalu tidur waktu siang. Saya yakin Mama Nora boleh jaga Danish dengan baik. Maklumlah dah banyak kali praktis dengan anak buah yang ramai. Mesti cekaplah...

Monday, February 23, 2009

Makan malam di Johnny's

Salam... Hari Sabtu yang lepas, kami terima satu pesanan telefon untuk makan malam di Jaya Jusco, Ipoh. Kat Restoran Johnny's. Nak makan steamboat. Wow! Sedappp tu....
Tepat jam 8 malam, kami dah berdiri di hadapan restoran tersebut. Ramainya orang... Mujur anak saudara kami sampai dulu. Cepat-cepat kami booking tempat. Dua meja sekali, maklumlah ramai...




Hidangannya sedap. Selain dari steamboat ada juga nasi.



Tiba masa untuk makan!!! Semua mula makan dengan laparnya...



Sambil makan-makan, tetap nak posing gitu....



Alhamdulillah.... kenyang dapat makan steamboat yang lazat tuuu....

Sunday, February 15, 2009

Hayati ajer clip video ini

Saturday, February 14, 2009

Sempena hari jadi Achik

Buat anak umi, khas untuk achik

Thursday, February 12, 2009

Definasi novel

Dunia penulisan
Ketika mula-mula saya cuba menulis novel, saya tak tahu apa-apa. Terus je taip (masa tu pakai typewriter. Sampai mak marah2 sebab bising. Maklumlah taip sebelah malam). Apa saja yang terlintas dalam kepala saya tulis. Bila rasa-rasa dah habis, bagi kawan-kawan baca. Mereka mulalah bagi komen. Ada yang faham apa yang saya nak sampaikan, ada juga yang keliru. Macam-macam depa bagi komen.

So...apa yang diperlukan dalam sesebuah penceritaan?
(Ini apa yang diberitahu oleh Eka ketika saya mula-mula nak panjangkan cerpen saya menjadi sebuah novel)
Mula-mula kita perlu ada tema dan persoalan. Hah? Tema? Apa tu? Otak saya mula pusing. Tak pernah tahu sebab masa kat sekolah tulis karangan pun pakai hentam jer. Saya pun carilah buku yang sesuai untuk dijadikan panduan. Barulah saya tahu yang tema itu adalah persoalan utama yang hendak dikemukakan dalam sesebuah karya. Dan persoalan tu adalah hal-hal yang diketengahkan dalam karya.

Lepas tu mesti ada mesej. La... saya mana tahu mesej apa nak disampaikan. Tapi kata Eka, mesej mesti ada baru orang nak baca. Pening kepala.......
Mesej tu adalah amanat,pesanan atau pengajaran yang hendak disampaikan oleh pengarang. Biasanya yang mengandungi moral positif.

Plot pula adalah susunan atau jalinan peristiwa dalam sesuatu cereka. Perkembangannya berdasarkan hukum sebab dan akibat. Yang ni kata Eka mesti ada klimaks dan bagaimana cara nak selesaikan masalah yang tercipta.

Watak dan perwatakan. Watak ialah tokoh yang mendukung cereka. Perwatakan pula cara pengarang melakarkan warna pada watak yang dicipta. Pangarang mesti kenal betul-betul dengan watak yang diciptanya itu. Baru nampak real....

Gaya bahasa ada banyak. Ada yang suka menggunakan ayat yang panjang (macam saya, sebab saya tak reti nak cakap direct. Mesti nak around the bush) Ada penggunaan dialog, perkataan pinjaman dan bahasa daerah, dan banyak lagi.

Latar adalah pembicaraan latar sesebuah cereka. Latar tempat, latar masa dan latar masyarakat. Memandangkan saya orang Melayu, jadi latar masyarakat saya lebih kepada kemelayuan. Budaya lain saya tak faham sangat.

Sudut pandang ialah kedudukan pencerita dalam menyampaikan ceritanya. Ada sudut pandang pertama, orang ketiga dan aliran kesedaran.

Wow! Banyak sungguh ciri-ciri sebuah novel tu. Baru saya tahu.....

Wednesday, February 11, 2009

TOPI PIE TEE - Lagi produk bisnes saya

Hari ni saya tambah satu lagi produk untuk bisnes saya.
Yang saya tahu makanan ini di sebut PIE TEE HATS tetapi ada juga di sebut SINGAPORE PIE HATS.

Tak susah menyediakannya.
Sudi lah order dari saya ye.....



Cara memakannya ikut selera sendiri untuk topping.
Ada yang masukkan sayuran, daging, udang dan macam2 ke dalam Hats ini.

Tengok bawah.....Topping Pie Tee Hats dengan udang dan Sayuran. SEDAP...!!!!!

Monday, February 9, 2009

Dunia penulisan

sedang baca novel
Salam semua.
Maaf kerana terlalu lama saya tidak menurunkan sebarang catatan di sini. Sibuk? Mungkin juga. Sibuk dengan perniagaan yang baru bermula dan sibuk menyudahkan novel kedua saya. Rasa macam tak cukup 24 jam yang Allah berikan. Nampaknya saya mesti pandai mengatur masa saya agar cukup untuk melakukan semuanya.
"Sekiranya hamba itu membahagi pekerjaannya yang berkenaan agama dan dunianya selepas waktu sembahyang nescaya dia akan mendapat waktu yang sangat lapang",
Wow! Silap saya...
Nah! sekarang apa yang hendak saya sampaikan hari ni?
Ramai rakan saya yang seperti tidak percaya saya boleh menulis sebuah novel. Kenapa? Susah sangat ke nak tulis? Ya, bagi mereka yang kurang membaca. Saya pun bukanlah pandai sangat menulis. Saya pun bukan dari golongan pelajar sastera yang pandai menggunakan bahasa indah ketika menulis. Buku pun baru satu. Apalah yang saya tahu tentang dunia penulisan ni.
Tapi atas dorongan dan cita-cita yang dah lama terpendam, saya kuatkan semangat untuk terus menulis. Saya beli buku tentang cara-cara menulis novel. Saya baca artikel yang berkaitan dengan penulisan. Bagi saya apa saja yang berkaitan dengan dunia baru saya ni, saya akan baca dan simpan sebagai bahan rujukan. Tentu ada yang menjuihkan bibir tatkala membaca tulisan saya ni. Tapi itulah yang saya lakukan dan masih saya lakukan.
Asy-Syaukani telah berkata:"Ramai ulama menasihatiku:'Jangan sekali-kali berhenti menulis walaupun hanya dua baris sehari.'Aku pun mematuhinya, dan kini aku dapat memetik buahnya."
Orang dulu-dulu kata, carilah ilmu sehingga ke lubang cacing (betul ke?). Ada yang dah tua dan bergelar datuk (sebab dah ada cucu) pun masih setia untuk mencari ilmu. Inikan pula saya yang masih muda tapi bukan belia (hehe).
Setuju atau tidak?
Dunia penulisan
Sibuk mengarang hingga tertidur

Wednesday, January 28, 2009

Seronoknya

Alhamdulaillah, baru-baru ini saya diberitahu oleh adik saya, novel saya sudah boleh didapati di kedai buku MPH Jaya Jusco, Wangsa Maju.

Ini membakar semangat saya untuk terus menulis dan berjuang dalam bidang yang saya senangi ini.

Jika ada sesiapa yang sudi memberi pandangan yang boleh saya perbaiki penulisan saya setelah membaca novel sulung saya ini, MJK, sangat dialu-alukan....

Novel saya yang tersusun di rak di MPH Jaya Jusco, Wangsa Maju, KL

Sunday, January 25, 2009

Bisnes saya trademark warna MERAH dan KUNING

Pilihan warna MERAH dan KUNING menjadi trademark bisnes saya NURALYA
ENTERPRISE yang bergerak maju secara perlahan2 dengan sokongan keluarga
dan kawan2.

Ini dikongsi bisnes kad saya...cubalah ORDER dari saya....
Lawat website saya di www.halalkitchenrecipe.com

Monday, January 19, 2009

Jawab Tag Eka Fahara


1. Do you think you are hot?
Em.. soalan PANASSS!!!! Don't think so lah...
2. Upload your favourite picture of you


3. Why do you like that picture?
Semua tengah happy dan gila-gila.......

4. When was the last time you ate pizza?
August last year while celebrating our eldest son's birthday...

5. The last song you listened to?
CINTA DALAM HATI - by UNGU, beri inspirasi untuk novel kedua saya .... jangan mare....

6. What are you doing right now besides this?
Watching Ben-10 on Astro while writing/dreaming my second novel.... lalala

7. What name would you prefer besides this?
Mestilah nama asal yang diberi oleh mak bapak saya.....

Kena tag lima orang?
Mesti 5 orang ke??

1. Rhea
2. Tempe
3. Ezani
4. Mersik
5. Iris ixora

8. Who is no. 1?
Seorang guru yang dedikasi terhadap kerja dan anak2 muridnya...

9. No. 3 is having relationship with?
With no 1...(hahaha no more secrets....)

10. Say something about no. 5
Walaupun jauh di mata, namun semangat dan sokongan mu dekat di hati... ( macam tv9 pulak wuhuu)

11. How about no. 4?
Rakan maya yang sentiasa ceria...

12. Who is no. 2?
Seorang lagi kenalan di alam maya yang banyak menghulurkan bantuan...

Monday, January 12, 2009

Kehilangan

salam semua.
semua pasti tahu semalam hari lahir penyanyi tersohor kita Datuk Siti Nurhaliza. Amboi amboi amboi, begitu heboh beritanya. Dalam radio Era pun diuar-uarkan oleh Paknil kita tu.

Saya pula ingin beritahu satu berita sedih. Semalam saya dan rakan-rakan ex-mgs, kehilangan seorang sahabat yang baik. Kami panggil arwah dengan panggilan 'Jan'. Nama penuhnya Jannatul. Saya diberitahu yang Jan sudah koma beberapa hari yang lalu. Kesian.... menanggung derita akibat berbagai jenis penyakit. Allah lebih menyayangi beliau lalu diambil semula Jan agar tidak perlu lagi menanggung sakit.

Semoga Jan diterima dengan baik dan berada dalam golongan orang-orang yang dirahmati Allah. Al-fatihah buat Jan dan takziah buat keluarga beliau.

Friday, January 9, 2009

Nuralya Enterprise - Bisnes pertama saya

Salam semua...

Hari ni saya ingin sekali menguar-uarkan bisnes saya yang pertama yang
dikongsikan bersama suami tercinta...NURALYA ENTERPRISE ( Sempena namanya dari
nama pena novel saya ).

Bisnes ni menyediakan TEMPAHAN MAKANAN SEJUK BEKU yang sedia untuk digoreng atau dipanaskan sahaja bila hendak makan.

Semuanya HALAL........ sebab saya sendiri yang menguruskan penyediaannya di premis saya. Penyediaan makanan ini dibuat secara segar bila ada permintaan dan akan dibungkus secara sejuk beku untuk penghantaran ke destinasi pelanggan (pos laju).

Permulaan saya sediakan masakan aneka rendang, karipap dan cucur badak.
Dan saya akan tambah masakan lain kemudian.

MASAKAN RENDANG


Rendang Rokam
Bahan2 : Daging serta rempah2








Rendang Minang
Bahan2 : Daging / limpa / hati serta rempah2








Rendang Hitam Manis
Bahan2 : Daging serta rempah2







Harga : RM50.00 setiap kilogram ( kawasan Malaysia).
Luar Malaysia ( perlu ditambah kos penghantaran )
Pembungkusan : Secara sejuk beku

KARIPAP

Inti : ubi atau sardin serta rempah
Harga : RM5.00 setiap 500 gram ( kawasan Ipoh, Perak ).
Luar Ipoh dan lain negara ( perlu ditambah kos penghantaran )
Pembungkusan : Secara sejuk beku





CUCUR BADAK

Inti kelapa serta rempah
Harga : RM5.00 / kilogram ( kawasan Ipoh, Perak ).
Luar Ipoh dan lain negara ( perlu ditambah kos penghantaran )
Pembungkusan : Secara sejuk beku




CARA TEMPAHAN :

NURALYA ENTERPRISE

18, Jalan Rokam,
Sungai Rokam,
31350 Ipoh, Perak

Tel : 05-3123940
/ 012-4006061 ( Hubungi Noraziah )
Website : www.halalkitchenrecipe.com


Sila lah tempah sebanyak mungkin , saya sedia menyediakannya....
Produk2 lain akan ditambah dari semasa ke semasa....