Di kongsikan disini petikan doa dari FB
untuk sama2 kita berdoa untuk perwira
negara kita yang sedang berjuang demi
keselamatan negara Malaysia....
Monday, March 4, 2013
DOA BUATMU PERWIRA NEGARA....
dicatat oleh Unknown sendiri 10:22 AM 0 komen
Labels: sentuhan hati
Saturday, March 2, 2013
INSIDEN LAHAD DATU : AL-FATIHAH KEPADA WIRA KITA YANG GUGUR
AL-FATIHAH KEPADA WIRA KITA YANG
GUGUR DI LAHAD DATU ( Insp zulkifli
Bin Mamat, 29 tahun dan Kpl
Sabaruddin Bin Daud, 46 tahun ) SERTA
TAKZIAH KEPADA KEDUA2 KELUARGA
MEREKA.
KEPADA WIRA KITA YANG CEDERA,
DIDOAKAN CEPAT SEMBUH.


dicatat oleh Unknown sendiri 4:08 PM 1 komen
Labels: sentuhan hati
Tuesday, April 27, 2010
Keluhan nurani

Nak nangis, geram yang amat sangat pun ada
hawau betul, kenapa jadi macam ni?
cuba tengok orang lain....
buku dah baca, dah tanya pada orang pun
jawapan tetap sama
DISIPLIN, DISIPLIN, DISIPLIN
Susah sangat ke?
Sebab kureng disiplin dirilah
maka saya jadi begini
ketinggalan....
sapa nak tunggu??
orang lain dah jauh maju ke hadapan
sapa yang salah??
dicatat oleh Unknown sendiri 12:32 AM 4 komen
Labels: sentuhan hati
Saturday, April 24, 2010
Akal dan Fikiran

tak de kena mengena dengan tajuk post. Saya tak tahu apa tajuk nak diletakkan, so bantai jer lah.
Hari ni panas betul. Adalah hujan sekejap. Memang sekejap, tak sampai 1 minit dah berhenti. Bila hujan (Boleh dipanggil hujan ke?) berhenti, wow, habanyer lebih panas dari tadi.
Kenapa erk?
Pada pandangan saya mungkin kerana kita dah buat banyak sangat dosa. Macam2 dosa yang kita dah buat. Tapi untuk apa? Siapa yang hendak kita susahkan? Diri kita juga, kan.....
Tapi kenapa kita masih belum mahu insaf??
dicatat oleh Unknown sendiri 4:56 PM 1 komen
Labels: sentuhan hati
Friday, April 23, 2010
Hati dan Perasaan
Salam buat sahabat yang sudi membaca.
Kadang kala kita ingat kita seorang saja yang punya perasaan. Kita sorang sajer yang tahu nak marah, nak menangis dan macam2 nak. Saya sering kali terlupa bahawa insan lain jugak ada perasaan, ada hati yang perlu dijaga.
Kenapa jadi begini? Kenapa?
Pada saya mungkin kerana saya saja yang merasai apa yang saya rasa. Apa yang orang lain rasa saya tak tahu. Jadi saya Terlupa....
Maafkan saya wahai sahabat...
dicatat oleh Unknown sendiri 4:32 PM 2 komen
Labels: sentuhan hati
Sunday, July 5, 2009
Apa itu ![]()

Satu sumber perasaan yang mengundang suasana gembira dan bahagia dengan nilai yang amat tinggi. Cinta itu cukup indah jika bijak menilaikannya. Ia satu anugerah dari Yang Maha Penyayang yang bukan diberi pada semua manusia. Ada diantara kita yang tidak pernah jatuh cinta atau merasai diri dicintai. Jangan sesekali mensia-siakan nilai cinta yang tiada tolok bandingnya ini.
Cinta bukan mainan kata-kata tetapi pengikat kasih sayang. Bila cinta bersemarak dalam jiwa sepi terasa tatkala berpisah, kemudian merindui untuk kembali bersama.
Perpisahan membuat rindu mencengkam jiwa. Tetapi ada juga perpisahan yang membuat hati bertambah liar, bukan bertambah rindu.
dicatat oleh Unknown sendiri 7:12 AM 0 komen
Labels: sentuhan hati






Time in Ipoh
Time in Mecca 
