Sebelum ini, saya pernah kongsi artikle mengenai
Penyakit kayap atau shingles . Kali ini imbasan
untuk pembacaan semua rakan2 sebagai peringatan
bahaya nya penyakit kayap ini.
Penyakit kayap adalah sejenis penyakit yang disebabkan
oleh jangkitan sejenis virus dikenali varicella-zoster
virus, atau VSZ.
Virus ini adalah virus yang sama yang menyebabkan
chickenpox sewaktu kita masih kecil. Virus ini biasanya
akan berada dekat pangkal saraf dan ianya membiak
semula kebiasaannya terjadi disebabkan oleh masaalah
seperti stress / tekanan, badan rasa lemah2, kecederaan
pada kulit dan juga akibat masaalah penyakit kanser.
Simptom2 terkena penyakit kayap ialah pesakit akan alami
sakit teramat sangat apabila disentuh pada kulit . Bahagian
kulit juga akan rasa gatal2, geli2, terasa panas seperti
terbakar, rasa macam nak demam, tekak rasa loya, pening
berpanjangan, hilang selera makan dan timbul ruam2 panas.
penyakit kayap
pada bahagian badan
Selepas beberapa hari, bahagian kulit dijangkiti penyakit
kayap itu akan menjadi kemerah2an, menjadi ruam
panas, ada yang bernanah, ada menjadi biji berbuih
dan mula menjalar.
Penyakit kayap ini boleh menjangkiti mana2 bahagian
kulit tubuh kita samada bahagian badan, mata , ketiak
mahupun bahagian hidung.
Jenis2 penyakit kayap :
1) Kayap Ular
- paling merbahaya dan boleh membawa maut
- boleh akibatkan badan kurus akibat hilang selera makan
- kayap jenis menjalar / melilit ( merebak )
- boleh terjadi dimana2 bahagian badan
- bermula dari tengah belakang dan menjadi semakin panjang
sehingga mengelilingi badan ke bahagian dada
- ada juga menyerang bahagian dada saja
- boleh menyerang bahagian urat saraf ' rasa ' . Lazimnya
ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut
lengkaran urat saraf ‘ rasa ’.
- keadaan kulit boleh melecet, pedih serta sakit
- ambil masa juga untuk sembuh diantara beberapa hari ke
minggu, ada yang sehingga bertahun2 disebabkan faktor
usia
Lain2 jenis penyakit kayap :
2) Kayap melukut
3) Kayap jagung
4) Kayap api2
5) Kayap setompok
6) Kayap selendar
7) Kayap harimau
8) Kayap bersambung (umur pendek)
Pantang larang bila terkena penyakit kayap :
1) Ada pendapat mengatakan cepat2 jumpa doktor atau pakar
perubatan untuk nasihat dan rawatan . Ada juga mengatakan
cuma jumpa pakar rawatan tradisional. Jadi ikut yang mana
terbaik.
2) Elakkan pakai pakaian ketat. Pakai pakaian yang longgar
untuk mengurangkan kesakitan disebabkan geseran pakaian
dengan bahagian kulit.
3) Jangan pakai seluar serta baju yang berhawa panas
( contoh jemur di luar rumah dibawah terik matahari atau
yang baru digosok)
4) Jangan pakai seluar serta baju yang basah
5) Elakkan menggaru bahagian kayap itu dikhuatiri boleh
merebak ke bahagian lain. Kayap ni akan rasa gatal2, minta
ubat untuk kurangkan rasa gatal2.
6) Bila mandi, biasakan mengosok pelan2 bahagian kayap tu
dengan sabun untuk pastikan kebersihan pada bahagian kayap tu.
7) Jika boleh, semasa dijangkiti penyakit kayap ni , elakkan dari
mendekati ahli keluarga serta rakan2 dikhuatiri mereka2 ni
akan dijangkiti pula.
8) Jaga pemakanan dikhuatiri rasa bisa dan gatal2. Makan
kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin,
makanan gatal2 dan goreng2 cuba elakkan, hanya makan yang
rebus, stim atau bakar. Jangan makan makanan berminyak.
9) Kurangkan makan buah tempatan atau sayuran yang menjalar/
berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)
10) Tak boleh dengar orang goreng lauk, dan tak boleh goreng
sebarang benda pun.
Antara petua2 rawatan boleh dicuba :