BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Saturday, July 31, 2010

makanan ibu dalam pantang - bahagian 2


Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, jering, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai serta terung.

Minuman yang harus dielakkan seperti minuman bergas, sejuk serta tajam seperti tebu, cincau, kelapa muda, serta buah-buahan seperti nenas, jambu belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kaju, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai.

Makanan ini dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.

Jenis ayam dan burung

Disyorkan makan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh.

Burung merpati dan puyuh juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Friday, July 30, 2010

makanan ibu dalam pantang - bahagian 1

Kadang2 kita sering terlupa, petua orang dulu2 ada khasiatnya. Janganlah kita pandang sebelah mata saja sebab kita dah anggap diri dah moden, semua pantang larang orang tua tak perlu diikut.

Sini hanya disenaraikan jenis pemakanan yang selalu diberi kepada ibu yang baru bersalin. Terpulang pada persepsi masing2....

Jenis ikan

Ikan masin atau ikan kering dilarang kerana ikan2 ini hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering dan melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.

Ikan berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri,pari, sembilang serta parang - patut dielakkan kerana takut bisa atau bentan pada pintu rahim.

Ikan yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan seperti ikan kembung, tamban, cencaru,tongkol, udang, sotong, kerang juga dilarang.



Sup ikan haruan






Ikan yang digalakkan ialah ikan segar seperti haruan dan yu. Dipercayai boleh memulihkan luka dalaman dan luaran.
Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat memperbanyakkan susu ibu.

Ulam-ulaman








daun cemumar

Ulam berkhasiat dan sesuai dimakan para ibu ialah seperti daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.
Selain daripada yang mudah didapati seperti serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia juga elok dimakan sebagai ulam.

Thursday, July 22, 2010

Bila hari sesuai untuk potong kuku?



" RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala."

Monday, July 19, 2010

Menukar air laut kpd air minuman






Pelbagai kaedah telah dibangunkan untuk menukarkan air laut kepada air bersih sama ada secara proses osmosis atau menggunakan teknologi lain.

Terbaru, 8 buah syarikat Belanda yang bekerjasama dengan syarikat dari Belgium telah membangunkan teknologi berasaskan membran untuk menukar air laut kepada air yang boleh diminum yang dikenali sebagai teknologi Memstill.

Memstill yang dinamakan daripada gabungan membran dan penyulingan merupakan proses penyulingan yang menggunakan penapisan membran dan sisa tenaga panas (waste heat energy) yang dihasilkan oleh kebanyakan kilang.

Tenaga tersebut adalah sumber yang murah dan banyak dihasilkan oleh industri hampir di seluruh dunia.

Menerusinya, air sejuk dari lautan dilalukan di bawah mesin pemeluwap terbuka sebelum dipanaskan menggunakan mesin penukar pemanasan pada suhu 80 darjah Celsius.

Suhu itu akan meningkat sedikit demi sedikit menggunakan tenaga yang dibebaskan daripada kilang berdekatan.

Tekanan wap yang tinggi daripada air laut yng dipanaskan membolehkan air bersih terbebas daripada membran manakala lebihan air lain dalam bentuk garam diasingkan di bahagian lain.

Secara mudahnya proses Memstill ini boleh disamakan dengan pemakaian jaket atau baju hujan yang mana ia tidak membenarkan air masuk tetapi membolehkan haba daripada peluh terbebas keluar.

sumber dari akhbar

Saturday, July 17, 2010

Bahan api alternatif



Satu kajian yang dibuat pada 1992 oleh ketua makmal Winter Haven, Karel Grohmann mengkaji kebolehan menukar sisa kulit limau kepada bahan api etanol bagi mendapatkan bahan api alternatif.

Sisa kulit limau kaya dengan pektin, selulos dan hemicellusic polysaccharides yang boleh dihidrolisis (buang kandungan air) kepada gula dan difermentasi (proses penapaian) menjadi alkohol.

Pada 2004, seorang ahli kimia makmal yang sama, Bill Widmer, menyambung kajian Grohmann dengan mengubah proses bagi mengurangkan kandungan enzim yang diperlukan bagi mengubah karbohidrat sisa kulit limau kepada gula dan etanol..

Bermula dari skala makmal yang berukuran beberapa liter, Grohmann berjaya mengubah proses sehingga dapat beroperasi pada kapasiti 100 liter dan 1,000 liter. Kini Widmer telah berjaya menjadikan proses berkenaan ekonomikal bagi penghasilan dalam skala besar.

Dengan kajian yang dijalankan, Widmer percaya sisa kulit limau yang terdapat di Florida boleh menghasilkan sehingga 80 juta gelen etanol setahun.