BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

KALAU SUKA POSTING2 KAT BLOG NI, SUDI2 ISIKAN TABUNG NUFFNANG NI YE..TKASIH

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

SELAMAT DATANG, TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA

Kepada Semua Pelawat Yang Pertama Kali Singgah ke Diari Alya2, kami Ucapkan Selamat Datang. Disini ada macam2 BEDAK SEJUK BIASA serta BEDAK SEJUK RAWATAN yang boleh bantu rawat masaalah kulit anda secara tradisional. Juga ada AIR GAMAT, MINYAK ANGIN PANAS, BAM, MINYAK GAMAT, CORONG RESDUNG, KAYU SUGI. UNTUK TEMPAHAN HASIL KRAFTANGAN , SILA LAWAT DISINI

Tuesday, November 30, 2010

JENIS 2 MAKANAN PERLU DI ELAK / KURANGKAN UNTUK MEMERANGI TUMBUHNYA JERAWAT..

Kali ini saya ingin kongsikan jenis2 makanan yang perlu
dielakkan atau dikurangkan untuk memerangi tumbuhnya JERAWAT...

Keadaan memalukan dari masaalah jerawat ini telah
dipersalahkan kepada pelbagai penyebab sepanjang zaman
seperti cara2 menjaga kebersihan diri, keterlaluan pemakaian
bahan2 kecantikan berkimia pada kulit badan hinggakan kepada
diet harian seseorang.

Walaupun begitu , kajian2 dijalankan terhadap makanan
untuk diet harian kadangkala bercanggah ataupun tiada bukti
yang jelas menunjukkan jenis2 makanan ini adalahpenyebab jerawat
tapi pada sesetengah orang , mereka akan mendapati sendiri bahawa ada jenis2 makanan tertentu yang tidak bersesuaian dengan diet mereka .


Thursday, November 25, 2010

APA ITU PIGMENTATION ??

Tahu kah anda apa itu PIGMENTATION ?

Dari nama tu, jangan risau atau keliru kerana ia tiada kaitan
dengan khinzir atau babi tetapi ia ada berkaitan dengan perubahan
yang terjadi pada bahagian kulit seperti jeragat, bintik-bintik
hitam, malah berlakunya perubahan pada warna kulit .

Masaalah pigmentasi kulit ini pasti dialami baik pada lelaki
mahupun wanita. Masaalah ini akan mengakibatkan sebahagian atau
tompok2 kulit bertukar menjadi lebih gelap berbanding dengan warna
kulit asal. Ini juga akan menyebabkan struktur kulit mengalami 
kekeringan yang melampau dari biasa.










Bagi sesiapa yang mengalami masaalah ini pasti akan
terasa malu dan lebih memalukan jika akan menampakkan usia
penuaan berlebihan walaupun sebenarnya usia masih muda.

Tuesday, November 23, 2010

BREAK SEKEJAP PERIHAL JERAWAT : UCAPAN SELAMAT BER"SPM" KPD GURU2 DAN PELAJAR2... ( ANAK KEDUA SAYA PUN AMBIL JUGAK TAHUN NI )

Hari ni adalah hari yang amat penting bagi semua
pelajar2 tingkatan 5 ( termasuklah anak kedua
saya Muhammad Nazran - yang muka tension tu)
kerana peperiksaan SPM bagi mereka sudah mula.



















Saya ingin ucapkan Selamat Berjaya kepada semua 
pelajar2 dan tidak ketinggalan juga Selamat Bertugas 
kepada guru2 pengawas.

Mula2 pastikan, kena tahu waktu dan tempat peperiksaan
dijalankan...jangan tak tahu pulak nanti susah...











*************************************************
Sebelum mula jawab peperiksaan , amalkan bacaan :


1. Al-fatihah
2. Selawat kepada nabi 10 x
3. Surah Al-Inshirah ( surah 94 )
     Surah pendek ini memberi harapan dan dorongan
     dikala mengalami kegelapan dan kesusahan   

***********************************  

Friday, November 19, 2010

JERAWAT DI DAGU PULAKKKK.....Malu nye...

Tahukah anda apa itu penyakit kulit Perioral dermatitis ?

Ia ada suatu keadaan berkaitan dengan jerawat vulgaris iaitu
bintik2 atau papula merah yang mungkin tumbuh disekitar ruang
muka dari sekitar mata, sekitar lubang hidung serta sekitar mulut
dan bahagian dagu.

Pesakit yang alami Perioral dermatitis biasanya mengalami gejala
tidak selesa di sekitar mulut dan dagu. Mungkin juga akan rasai
keadaan gatal.




Bila penyakit ini mula mudarat , ia akan menunjukkan
tumbuhan beberapa jenis benjolan kecil kemerah-merahan
dan ini semestinya akan mengakibatkan komplikasi emosional
pada diri seseorang bila mengalaminya. Lebih teruk lagi
jika benjolan ini bernanah.


Tetapi jangan risau kerana Perioral dermatitis hanya terhad pada
keadaan kulit dan tidak mengancam nyawa.

Disini dikongsi gambar keadaan penyakit ini dibahagian dagu :

Ada artikle menyebut penyakit Perioral
dermatitis ini mempengaruhi wanita iaitu 
90% dari kes diantara umur 20 dan 45.

Tetapi bagi lelaki , jumlah peratus
dijangkiti penyakit ini dijangka
meningkat kerana disebabkan faktor2
perubahan keadaan dan cara kawal
diri.



Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 1431 HIJRAH KEPADA SEMUA .....

Kepada semua rakan2 blogger dan pelanggan2 saya,
saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
1431 HIJRAH.

Jaga diri semasa beraya dan berhati2 kepada semua
yang memandu....Maaf zahir dan batin.


Friday, November 12, 2010

JERAWAT DI DAHI......KENAPA YE ?


Masaalah2 jerawat kecil di bahagian dahi amat merungsingkan
hati bila terjadi kepada kita. Dan anggapan jerawat hanya selalu
menyerang para remaja saja kini tidak benar lagi sebab hari ini
wanita dewasa malah lelaki pelbagai peringkat umur pun turut
mengalami masalah jerawat di dahi.



Masaalah jerawat di dahi ni kemungkinan amat memalukan kepada
kebanyakan orang sebab macam mana cara nak sembunyikannya
Kerana selain rambut, bahagian dahi juga boleh dikatakan
sebagai mahkota wajah seseorang. 

Gmbar bawah ni bukan jerawat di dahi ye tapi mungkin benjol 
besar di dahi, jangan silap ye ....he he...




Cara mana kita boleh cuba untuk menyembunyikan jerawat di dahi
jika dah tumbuh jerawat di bahagian dahi tu tapi hakikatnya samada 
berjaya atau tidak, itu tak pasti. 

Mungkin boleh cuba dengan cara :

- Dengan rambut menutup dahi ....tak mungkin efektif sebab rambut
  ni selalu melayang-layang ditiup angin. Akan nampak juga
  jerawat di dahi tu...

- Dengan pakai tudung bagi wanita .... Mana ada orang pakai
   tudung tutup semua bahagian dahi kecuali kalau pakai
   purdah yang tutup semua muka dan badan seperti dibawah ni..




- Dengan pakai topi tutup dahi....mungkin boleh tapi bila topi
  melayang akan nampak juga dahi berjerawat tu

- Dengan pakai topeng macam hero / heroin komik....ni mungkin boleh
  tapi sanggupkah anda pakai topeng pi sana pi sini

- Dengan pakai lilit dahi macam ahli sukan...mungkin boleh tapi
  sanggupkah anda pakai ni selalu, berpeluh dahi

Tapi apa penyebabnya jerawat tumbuh di dahi yang mengakibatkan
pori-pori kulit di dahi tersumbat seterusnya mengakibatkan jerawat :

1. Kemungkinan dari Stress atau keadaan tertekan disebabkan
    bermacam2 masaalah peribadi ataupun masaalah di tempat kerja.

2. Terlebih pakai make-up kat dahi sampai berminyak dahi.

3. Rambut yang kotor terkena bahagian dahi menyebabkan bakteria
    hinggap di dahi serta dahi berminyak 

4. Tangan atau jari kotor terkena dahi menyebabkan berminyak dll..

Apa2 pun untuk merawat jerawat ni perlu berhati2 sebab
jangan sampai jerawat ni pecah. Kalau pecah boleh mengakibatkan
parut-parut nampak macam kawah2 dipermukaan bulan..


Jadi apa cara untuk merawat masaalah jerawat di dahi ni .
Jika tanya saya, saya syorkan antaranya :


1.Wapkan wajah untuk hilangkan kesan2 minyak

2. Elakkan sentuhan jari atau tangan kotor di dahi

3. Amal guna scrub halus teksturnya

4. Jaga diet makanan ...kurangkan makanan berlemak / gatal / pedas.
    Banyakkan makan sayur2an serta buah2an.

5. Elakkan picit jerawat untuk elakkan jerawat merebak akibat
   radangan

6. Jangan pakai makeup atau solekan di dahi tapi kalau nak amal
    pakai juga, pastikan cuci dulu bila balik rumah dan sebelum
    tidur

7. Minum banyak air untuk melembabkan kulit untuk elakkan kulit
   jadi kering. Bila kulit kering, ada hormon bernama hormon androgen
   akan mengakibatkan banyak minyak. Ini seterusnya akan
   menyebabkan pori-pori kulit tersumbat dan jerawat akan tumbuh
   di situ

8. Ada artikle mengatakan kurangkan minuman berkafein yang juga
   boleh menyebabkan kulit kering

9. Jika jerawat membengkak atau pecah , boleh amal juga dengan cara
    letakkan ketulan ais di kawasan jerawat bengkak itu

10. Jumpa doktor pakar kulit kalau mampu

11.Dan boleh juga amal pakai produk rawatan jerawat 
    contohnya Bedak Muntah Belut dan lain2 ubatan di pasaran 

Jadi sayangilah wajah anda ye dan cegahlah jerawat dari tumbuh ..

Tapi kalau dah tumbuh juga jerawat , jangan risau dan jangan segan2 
amal pakai Bedak Muntah Belut ni sebagai satu pilihan rawatan
jerawat anda...

Monday, November 8, 2010

JERAWAT DI HIDUNG PULAK NI....

Kita selalu dengar nasihat yang sama je untuk cegahkan
masaalah2 jerawat :

- kurangkan makanan berminyak / pedas2 / gatal2
- banyak makan buah2an dan sayur2an segar
- rajin2 lah cuci / bersihkan kulit untuk elakkan kulit berminyak
- selalukan bersenaman
- jangan terlalu stress
- jangan picit jerawat risaukan bertambah parah radangannya
- amal pakai ubatan2 sesuai untuk kulit
- amal pakai BEDAK MUNTAH BELUT..( Promosi sikit )
  dan macam-macam lagi

Tapi tahukah anda sebab2 ini semua memang BETUL walaupun
ada yang tak yakin dengan sebab2 ini. Tapi persoalan disini ,
kenapa tidak yakin dengan sebab2 ni kerana kalau kita rajin
mengkaji dari puluhan malah jutaan artikle mengenai sebab2
jerawat berlaku, ia akan berkisar di antara sebab2 yang 
dicatitkan di posting kali ini dan juga di posting terdahulu
di blog saya ini.



Bagaimana pula jerawat di hidung? Tahukah anda bahagian
hidung amat sensitif sebab selalunya bila sesiapa melihat
atau bercakap dengan kita, pasti mereka akan melihat
wajah kita dan bahagian mana yang ditengah2 wajah kita...
pasti hidung kan...jadi andai ada jerawat kat situ, sudah
pasti akan jadi perhatian dan teguran. Pada sesiapa
yang boleh terima teguran, ok la tu tapi kalau yang panas
baran, mesti tak dapat terima walaupun dalam hati memang
rasa malu sangat2.











Ikhlas google : Jerawat di hidung

Wednesday, November 3, 2010

JERAWAT DI KEMALUAN....Sensitive ni...!!!

Posting kali ini berbincang sikit pasal bagaimana jerawat
boleh tumbuh di bahagian kemaluan.

Tapi nak tunjuk bagaimana rupanya jerawat di bahagian
kemaluan ni, maaf saya tidak boleh tunjuk disini...saya
dah tengok rupanya tapi RISAU nak post sebab blog
ni nanti di BAN sebab ada gambar-gambar lucah.

Saya ni bukanlah doktor pakar jerawat tapi apa yang saya
ada ialah ilmu untuk mengetahui perihal jerawat -
dari sebab ianya boleh tumbuh di merata tubuh manusia
sehinggakan kepada cara untuk merawat serta menyembuhnya.

Sudah sekian kali saya memberitahu walaupun saya
menyarankan rakan2 yang punyai masaalah jerawat untuk
mencuba Bedak Muntah Belut jualan saya ini tapi ini tidak
bermakna saya tidak menggalakkan mereka mencuba
apajua rawatan dan ubatan lain yang mereka fikir sesuai
untuk sembuhkan masaalah jerawat masing2.

Penggunaan Bedak Muntah Belut ini adalah salah satu
cara untuk menyembuh masaalah jerawat sebab ianya
sudah terbukti khasiat rawatannya terhadap masaalah2
jerawat.

Berbalik kepada perbincangan , pada saya, setelah
membuat pembacaan dan penelitian mengenai masaalah2
jerawat dalam banyak artikle , saya rasa cara ianya tumbuh
di merata tempat tubuh manusia dan cara langkah2 untuk
merawatnya adalah hampir bersamaan.

      Illustrasi : Cara jerawat tumbuh