BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK DISINI - CARA BORONG BANYAK PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

ALHAMDULILLAH SYUKUR...

ALHAMDULILLAH SYUKUR...

KALAU SUKA POSTING2 KAT BLOG NI, SUDI2 ISIKAN TABUNG NUFFNANG NI YE..TKASIH

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

DAN BERDOA LAH....

"Ya Allah Ya Tuhanku, terimalah amalan2 soleh yang aku lakukan seusiaku dan kuatkan lah iman serta ketakwaanku kepada Mu. Terimalah bacaan2 Al Quran, Al Fatihah, dan zikir2 yang aku baca serta sembahyang, puasa , zakat dan lain2 amalan soleh yang aku lakukan pada hari ini , hari2 sebelum ini serta hari-hari berikutnya selagi aku masih hidup di dunia yang sementara ini. Dengan ini selain diriku , aku hadiahkan juga fadilat dan pahala nya khusus kepada Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat2 baginda kesemuanya dan juga kepada kedua ibubapa ku serta ahli keluargaku kesemuanya serta seluruh muslimin muslimat samada masih hidup atau sudah mati. Ya Allah Ya Tuhanku, engkau ampunilah kesemua dosa2 ku, dosa2 ibubapaku dan dosa2 ahli keluargaku , dosa2 seluruh muslimin dan muslimat samada sudah mati atau masih hidup. Naikkan darjat mereka serta darjat kami diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunan mereka yang masih hidup. Ampunilah dosa2 kami kesemuanya samada dari dosa2 yang kami ketahui mahupun dari dosa2 yang tidak kami ketahui serta dosa2 yang hanya engkau Ya Allah ketahui . Wahai tuhan sekelian alam, jauhkanlah kami dari azab kuburMu, azab akhiratMu, fitnah Dajjal, fitnah kehidupan dan fitnah kematian. Kepada mereka yang sudah meninggal dunia dan kepada kami yang akan menyusul kemudian ke alam barzakh nanti, luaskan kubur kami kesemuanya seluas-luas pemandangan, berikanlah cahaya didalamnya, jadikanlah kubur kami kesemuanya sebagai salah satu taman dari taman syurga dan JANGAN LAH jadi kubur kami salah satu dari lubang neraka dan seterusnya masukkan kami muslimin muslimat ke syurgaMu yang indah. Aku juga memohon kepadaMu Ya Allah, engkau bantulah dan selamatkan lah serta berikanlah kemenangan kepada semua muslimin dan muslimat di dunia ini antaranya rakyat palestine terutama di Gaza , rakyat syria, rakyat iraq dan lain2 yang sedang ditindas, dianiaya serta diperangi oleh pemerintah masing2 yang kejam dan juga ditindas, dianiaya serta diperangi oleh kaum yahudi Israel serta sekutu2 Israel yang menyokong tindakan ganas ini walau dimana muslimin muslimat ini berada . Ya Allah Selamatkanlah kami muslimin muslimat semua didunia dan diakhirat. Ya Allah Ya Tuhan kami, jangan lah engkau memberi kuasa ke atas kami berpunca dari dosa-dosa kami orang yang tidak takut akan engkau dan tidak kasihan atas kami. Ya Allah Ya Tuhanku aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih, aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas, aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang. Kirimkan salam kami kepada junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya dan sahabat2 baginda kesemuanya. Aamiin "

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

SELAMAT DATANG, TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA

Kepada Semua Pelawat Yang Pertama Kali Singgah ke Diari Alya2, kami Ucapkan Selamat Datang. Disini ada macam2 BEDAK SEJUK BIASA serta BEDAK SEJUK RAWATAN yang boleh bantu rawat masaalah kulit anda secara tradisional. Juga ada AIR GAMAT, MINYAK ANGIN PANAS, BAM, MINYAK GAMAT, CORONG RESDUNG, KAYU SUGI. UNTUK TEMPAHAN HASIL KRAFTANGAN , SILA LAWAT DISINI

Wednesday, November 3, 2010

JERAWAT DI KEMALUAN....Sensitive ni...!!!

Posting kali ini berbincang sikit pasal bagaimana jerawat
boleh tumbuh di bahagian kemaluan.

Tapi nak tunjuk bagaimana rupanya jerawat di bahagian
kemaluan ni, maaf saya tidak boleh tunjuk disini...saya
dah tengok rupanya tapi RISAU nak post sebab blog
ni nanti di BAN sebab ada gambar-gambar lucah.

Saya ni bukanlah doktor pakar jerawat tapi apa yang saya
ada ialah ilmu untuk mengetahui perihal jerawat -
dari sebab ianya boleh tumbuh di merata tubuh manusia
sehinggakan kepada cara untuk merawat serta menyembuhnya.

Sudah sekian kali saya memberitahu walaupun saya
menyarankan rakan2 yang punyai masaalah jerawat untuk
mencuba Bedak Muntah Belut jualan saya ini tapi ini tidak
bermakna saya tidak menggalakkan mereka mencuba
apajua rawatan dan ubatan lain yang mereka fikir sesuai
untuk sembuhkan masaalah jerawat masing2.

Penggunaan Bedak Muntah Belut ini adalah salah satu
cara untuk menyembuh masaalah jerawat sebab ianya
sudah terbukti khasiat rawatannya terhadap masaalah2
jerawat.

Berbalik kepada perbincangan , pada saya, setelah
membuat pembacaan dan penelitian mengenai masaalah2
jerawat dalam banyak artikle , saya rasa cara ianya tumbuh
di merata tempat tubuh manusia dan cara langkah2 untuk
merawatnya adalah hampir bersamaan.

      Illustrasi : Cara jerawat tumbuh



Begitu juga masaalahnya andai jerawat di bahagian kemaluan.
Ia mungkin nampak kemerahan-merahan serta tidak selesa pada
seseorang itu tetapi dari artikle2 saya baca, jerawat jenis ini tidak
lah bahaya dan masih boleh diubati.

Selalunya bila rakan2 ditanya oleh saya , bahagian mana mereka
punyai jerawat, kesimpulan jawapan mereka adalah di lain2 tempat
selain kawasan kemaluan. Jadi pada saya, jerawat di bahagian
kemaluan ini kemungkinan jarang berlaku ataupun ada yang malu
untuk beritahu.

Tapi apa2 pun, di sini kita berbincang saja masaalah jerawat
dibahagian kemaluan. Antara penyebabnya ia nya boleh tumbuh
dibahagian ini adalah kerana :

1. Mencukur bulu-bulu halus di daerah kemaluan hingga terluka
2. Jangkitan virus
3. Kawasan v atau kawasan intim untuk wanita terlalu lembab
   dan mulut vagina terdapat banyak kelenjar minyak yang boleh
   menyebabkan pori-pori kulit tersumbat.
4. Lemak di kemaluan berlebihan mengakibatkan bintik-bintik
   di kemaluan. Ini terjadi andai malas membasuh dan
   membersihkan kawasan kemaluan ini
5. Menggaru hingga terluka
6. Faktor hormone tidak seimbang dalam tubuh
7. Jerawat vagina disebabkan perubahan dalam folikel rambut
   dan kelenjar sebaceous.
8. Faktor keturunan atau genetik
9. Stress...

Tentu sapa-sapa yang pernah atau sedang alami masaalah
jerawat dibahagian kemaluan ini akan merasa rimas disebabkan
ianya mungkin akan rasa gatal, pedih atau lebih teruk jika jerawat tu bernanah....ni tentu berdenyut2 dan sakit..

Apa cara untuk atasi masaalah ini :
1. Amalkan bersihkan kawasan kemaluan sehari 2 hingga 3 kali
    menggunakan sabun lembut
2. Amalkan gaya hidup sihat seperti bersukan serta aktiviti2 lain
    untuk menyihatkan badan
3. Jumpa doktor pakar kulit jika tidak baik juga bila diamalkan
    pelbagai cara ubatan kerana dirisaukan ini adalah akibat
    penyakit seksual / kelamin yang menyerupai seakan-akan
    jerawat.  

Tapi kalau nak amal pakai Bedak Muntah Belut di bahagian
kemaluan pun boleh dicuba. Cuma tempekkan atau sapu
larutan bedak ni di atas jerawat tu.

Syukur saya tidak pernah alami jerawat di bahagian kemaluan
tapi jerawat di bahagian lain seperti di muka, dahi, hidung,
badan...memang pernah...dan saya amal pakai bedak ni
di bahagian ni, alhamdullilah sembuh dan kesan-kesan jerawat
pun hilang.

Jadi tak salah kalau nak mencuba rawatan bedak ni untuk
jerawat di kemaluan...Cuba la ye !!!

3 komen:

baby_busyuk said...

bedak apa nak diguna?

Anonymous said...

pm me for bedak muntah belut 2..

Shuhada Shahira said...
This comment has been removed by the author.