BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Monday, December 31, 2012

BISNES TERBARU NURALYA ENTERPRISE : BENANG KAIT

Sahaja nak kongsi perniagaan terbaru saya.

Perniagaan ini berkenaan produk2 hasil
kraftangan
benang kait.


Dari hobi saya , mengait benang kait, alhamdullilah,
saya berpeluang majukan ia menjadi satu perniagaan.

Senang2 lawat lah : http://alya-yarncrochet.blogspot.com.

Sokongan semua amat dihargai.












Saturday, December 22, 2012

BEDAK MUNTAH BELUT : CARA SEDIA DAN CARA GUNA


Disini diterangkan cara sedia dan cara guna
BEDAK MUNTAH BELUT ni.



Sebiji Bedak Muntah
Belut.








Pecah-pecahkan bedak ni
menjadi pecahan kecil.









Sediakan bekas dengan 
penutup.









Letakkan pecahan bedak
ke dalam bekas ikut
keperluan.











Larutkan bedak dengan
air ( air tapisan / air zam2 /
air mineral / air kelapa muda /
air gamat / air penawar ).
Elakkan guna air terus dari
paip sbb kandungan klorin nya
boleh mudharatkan kulit sensitif.




Larutkan bedak dengan air
menggunakan jari.









Tambahkan air ( jika perlu )
untuk dapatkan kepekatan
larutan yang dikehendaki.
Dicadangkan buat larutan
nipis saja untuk elakkan
pembaziran.






Larutan bedak muntah
belut sedia untuk
digunakan.




Calitkan larutan bedak
ke jari.









Larutan bedak pada
jari sedia untuk
disapukan pada 
bahagian kulit yang
bermasaalah.





Cara sapu 
Pada kulit terkena gigitan 
serangga.








Cara sapu :
Pada kulit punyai jerawat,
ruam dan seumpamanya.







Cara sapu :
Pada rekahan tumit kaki 
untuk melicinkan kulit.








Cara sapu :
Cara facial mask untuk
bersihkan kulit, sejukkan
kulit dari kesan minyak,
kotoran, debu2 dll...








Cara sapu :
Pada kulit terkena
gigitan nyamuk.











Cara sapu :
Untuk bisul














Selepas selesai , lebihan
larutan bedak yang
tidak digunakan boleh disimpan
dalam bekas dengan penutup
untuk digunakan kemudian.
Jangan dibuangkan larutan
bedak ni, masih boleh digunakan,
cuma tambahkan air saja.



Amalkan lah guna BEDAK MUNTAH BELUT ni untuk
rawat masaalah kulit antaranya Ruam, Kayap,
Jerawat, Bisul, Kulit gatal2, Akibat gigitan serangga
pada kulit dan masaalah kulit lain seumpamanya.tu.

In shaa ALLAH, dengan izin nya, sembuh lah
masaalah kulit tu.



Monday, December 17, 2012

RENUNGAN BERSAMA : SABAR , SOLAT DAN BERDOA....





Ya Allah...aku bersujud kepada mu...
kurniakan lah kesabaran dan kekuatan pada hambamu ini 
dalam menghadapi ujianMu ini...aku redha Ya Allah.




















Tuesday, December 4, 2012

EMPAT PEREMPUAN YANG BERADA DI NERAKA DAN EMPAT LELAKI YANG DITARIK PEREMPUAN KE NERAKA....

Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud:
"Empat perempuan yang berada di Neraka ialah:

 i. Perempuan yang jahat mulutnya terhadap suaminya.
    Jika suaminya tiada di rumah dia tidak menjaga dirinya
    dan jika suaminya bersamanya dia akan memakinya.

 ii. Perempuan yang memaksa suaminya memberinya apa
     yang suaminya tidak mampu mengadakannya.

 iii. Perempuan yang tidak menjaga auratnya dari kaum lelaki
     dan memperlihatkan perhiasan kecantikannya (untuk
     menarik orang melihatnya).

 iv. Perempuan yang tidak tahu tujuan hidup kecuali makan,
     minum, bersuka-suka dan tidur. Dia juga tidak mahu
     berbakti kepada ALLAH, Rasul-Nya dan suaminya jika dia
     bersuami."



 Gambaran je...
 kita tak akan tahu
 keadaan neraka
 sebenarnya
 sehingga hari kiamat
 tiba





Seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat ini akan dilaknati 
 kecualilah dia bertaubat. Jadi cepat2 bertaubat andai tergolong dalam
 empat golongan di atas.


 

Thursday, November 29, 2012

HADIAH TERBAIK ....DAN SATU NASIHAT

Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah 'DOA'
Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah 'KEMAAFAN'
Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah 'KEJAYAAN'

Hadiah terbaik untuk murid adalah 'TAULADAN'Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah 'KASIH SAYANG'
Hadiah terbaik untuk ibu bapa adalah 'KEBAKTIAN'
Hadiah terbaik untuk isteri adalah 'PENGHARGAAN'
Hadiah terbaik untuk suami adalah 'KESETIAAN'
Hadiah terbaik untuk anak adalah 'PENDIDIKAN'
Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah 'KEJUJURAN'
Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah 'al-FATIHAH'
Hadiah terbaik untuk nabi Muhammad adalah 'SALAWAT'
Hadiah terbaik untuk
Allah SWT adalah 'KETAQWAAN'

Sedar akan pesan Allah supaya kita tidak berputus asa

dari rahmatNya. '' Dan jangan kamu berputus asa dari
Rahmat Allah, sesungguhnya tiada yang berputus asa
dari Rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir...
(surah Yusuf: Ayat 87)

Dapat merasai pertolongan dari rahmat Allah itu hampir,
'' ... Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah

sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat ( asalkan kamu
bersabar dan berpegang teguh pada Agama Allah)...
(Surah Al-Baqarah ayat 214)

 


Tuesday, November 27, 2012

BISNES KAD NURALYA ENTERPRISE DAN PERNIAGAAN KRAFTANGAN MENGAIT BENANG

 
Pejam celik...Pejam celik...dah hampir 4 tahun
saya jalankan perniagaan "Nuralya Enterprise"
menumpukan perniagaan produk2 rawatan
tradisional antaranya :

1. Bedak muntah belut
2. Bedak benang sila putih
3. Bedak benang sila ungu
4. Bedak benang sila harum + span
5. Bedak benang sila penawar
6. Bedak sejuk beras putih
7. Bedak sejuk alor vera
8. Air gamat
9. Minyak gamat ...dll

Tapi selama perjalanan perniagaan ni, dok tangguh2 
nak buat bisnes kad. Tak buat2....Rugi kan....masa tu
berjalan dan tak tunggu kita !!

Bila dah ada bisnes sendiri atau kerja dengan sapa2
pun, kena la ada bisnes kad untuk membantu promosikan
diri kita , syarikat kita bekerja serta perniagaan kita sendiri
tu ( jika ada ) .

Ni dia...akhirnya siap juga....bisnes kad syarikat saya.















Diharapkan rakan2 blogger akan sentiasa membantu
perjalanan perniagaan saya ni dan silakan menegur
jika ada sebarang kesilapan yang tidak di sengajakan.

PERNIAGAAN BARU....

Saya juga dalam perancangan untuk memulakan satu
perniagaan baru .....memandangkan hobi saya minat dalam
kraftangan mengait benang.

Sample nya ditunjukkan di bawah ....COVER UNTUK TABLET...
baru je siap cuma perlu touch up sikit2 untuk lebih kemas.

Insyallah saya akan mulakan perniagaan " kraftangan mengait
benang " ni dalam bulan Disember 2012 ni, semuanya cara online
juga....saya akan update nanti.



 

 
 
 

Thursday, November 22, 2012

ADAKAH SENYUM INDAH DI GAZA ?

Dipetik dari rakan facebook...

 Dalam setiap desah nafasku,
 Dalam setiap ingatanku,
 Dalam setiap mimpiku,
 Ku ingin membalut lukamu..


 Ya Allah,
 Akan tiba masa itu,
 Masa dimana saudaraku bisa tersenyum bahagia..
 Masa dimana, tak ada lagi guratan sedih dimatanya..
 Masa dimana, tak ada lagi rasa was-was di setiap

 hari-harinya.

 Ya Allah
 Diri ingin melihat Gaza tersenyum.
 Melihat mereka bisa berkumpul bahagia dengan

 keluarganya..
 Bersenda gurau, tertawa lepas tanpa ada beban berat

 dipundaknya..



 















 Terkadang akupun malu,
 Aku yang disini bisa tertawa lepas.
 Aku yang disini bisa meninggalkan beban dipundakku.
 Tapi engkau disana tidak bisa tertawa bahagia.
 Setiap hari, jam dan minit rudal Yahudi siap mengintai

 nyawamu.
 Tak bisa kau lepaskan bebanmu, untuk tertawa sejenak

 dengan keluarga.
 Dentuman bom, peluru dan rudal terus mengintai nyawamu

 dan keluargamu.

 Jiwa, raga, darah, airmata, harta
 Semua engkau korbankan untuk perdamaian negerimu,

 pembebasan Al-Aqsha.

 Ya Allah,
 Aku malu tak bisa berbuat banyak untukmu,
 Hanya doa yang bisa ku panjatkan untukmu yang sedang

 berjuang untuk negeri suci,
 Al-Aqsha kiblat pertama umat Islam di dunia.


 Kau tak pernah menyantap makanan lazat,
 Baju yang melekat dibadanmu pun hanya sekadarnya


 Subhanallah,
 kau tidak memikirkan keindahan dunia.
 Yang kau fikirkan adalah menang,
 Atau mati syahid sebagai syuhada.

 Disini aku dengan mudahnya menyantap makanan,
 Memakai baju-baju indah, membelanjakan wang untuk

 kepentingan duniawi.
 Kau yang di Gaza bertahun-tahun lamanya hidup dengan

 kegelisahan
 Yang sewaktu-waktu nyawa sebagai taruhannya.


 Subhanallah,
 Semangatmu luar biasa,
 Kau siap mati sebagai Syuhada untuk pembebasan Al-Aqsha

 dan menjaga izzahmu untuk negerimu.

 Tak melihat tua muda, anak orang tua
 Semangat kalian sama, menang atau mati syahid sebagai

 syuhada.

 Ku ingin melihat anak-anak di Gaza tersenyum.
 Ku ingin melihat para lansia di Gaza, bisa menikmati sisa

 hidupnya.
 Ku ingin melihat orang tua di Gaza, bisa bahagia hidup

 bersama keluarganya.

 Adakah senyum Indah di Gaza?
 Semoga Allah, segera memberikan senyum di Gaza..
 Serta Jannah buat para Syuhada


 Allahu Akbar.....
 Janji Allah pasti untuk kemenangan Gaza, Palestina.
 Bersabarlah saudaraku
 Insya Allah, kami disini tetap berdoa dan membantu

 kalian disana
 Hingga melihat kalian tersenyum lepas, tanpa ada beban.


 Aamiin.

Monday, November 19, 2012

ISU PALESTINE : NAK BOIKOT ATAU TAK NAK BOIKOT....PRODUK2 YAHUDI.

Assalamualaikum semua,

Bumi Gaza di lanyak lagi oleh zionis yahudi, bangsa bangsat
Israel ni.

Sebelum saya teruskan , mula2 saya nak minta maaf dulu ,
saya bukannya marah kepada semua rakyat bukan islam serta
rakyat islam yang lain tetapi saya cuma rasa marah di atas
kekejaman Israel yahudi laknat ni yang tak henti2 menindas
rakyat Palestine dan sapa2 yang mereka tidak suka.

Memang sedih dan kesian kepada rakyat2 Palestine yang
merana tak berkesudahan !!!! Memang sedih melihat
gambar2 anak2 kecil dan warga2 Palestine yang tidak
berdosa menjadi kekejaman bedilan Israel jahanam.

Mari kita sedekahkan Al fatihah buat saudara Palestine 
kita yang syahid di Gaza!  Semuga Allah cucuri rahmat ke atas
roh mereka.

Al-Fatihah

















Saya tertanya2 juga kenapa lah masaalah Palestine ini
tidak berkesudahan sampai sekarang. Dah lah tanah air mereka
di rampas oleh yahudi bermula tahun 1940an ( sebenarnya bangsa
Israel ni memang tak ada tanahair sendiri tapi disebabkan oleh
kesiannya dunia pada mereka akibat kekejaman nazi Hitler
semasa perang dunia kedua dulu , akhirnya bangsa yahudi
ni ditempatkan di bumi Palestine, selepas itu sedikit demi sedikit
dirampas tanah rakyat Palestine sehingga rakyat Palestine
kini seperti pelarian di bumi sendiri ). Kenapa mereka tidak
tempatkan bangsa yahudi ni di negara2 mereka sendiri di
Amerika atau England atau Eropah...dan mereka tempatkan yahudi
ni di bumi Palestine sebab mereka sendiri tahu bangsa yahudi ni
bangsa yang sombong dan angkuh sebab tu mereka tak buat.
Sebab mereka juga risau bangsa yahudi ni akan datang gigit
mereka satu hari nanti dan mereka lebih rela yahudi ni gigit
rakyat Palestine dari gigit mereka.

Tetapi tak apa, Allah maha kuasa. Akan tiba hari nya bangsa
yahudi laknat ini dan sesiapa yang menyokong mereka akan
dihancurkan oleh Allah. Biar mereka fikir mereka ni kuat sekarang
dan boleh buat apa yang mereka suka tanpa takut pada sapa2
didunia ini. Setiap yang berlaku ada hikmahnya !

Tetapi yang lebih menyedihkan lagi ialah setiap kali berlaku
kekejaman Israel laknat ni terhadap rakyat Palestine yang tidak
berdosa ni, setiap kali tu lah dunia sibuk buat bermacam2 usul
tergempar mengecam Israel .

Hairan juga, Israel terlekat ditengah2 tanah arab yang kaya raya
dengan sumber bumi , pembangunan dll... tetapi negara2 arab ni
seakan2 tak boleh buat apa2 bila timbul isu Israel - Palestine ni
seperti OIC atau Organisation of Islamic Cooperation yang dianggotai
oleh negara2 arab yang tak habis2 dok meeting dan tak habis2 dok
keluarkan macam2 usul mengecam Israel , dimana OIC sendiri tahu
Israel tidak gentar dengan usul2 ni. Patut lah ramai yang kata
OIC patut ditukar nama sebagai " Oooo...I...See " ...je. Kat PBB tu
lagi lah, lebih kurang sama saja.

Lagi satu setiap kali berlaku kekejaman Israel atau Amerika
syarikat terhadap orang islam , setiap kali tu lah terpampang label2
atau produk2 syarikat mereka ni di rata2 blog yang disyorkan untuk
di boikot.

Boleh ke kita boikot niiiii...!

Kebanyakan dari kita membesar dengan label2 dan produk2 ni
jadi boleh ke kita boikot ni...mcm KFC, McDonald, Amway,
Motorola dan macam2 lagi....






 










Jika boikot tu..mungkin sekejap ke kut , lepas tu
bila isu ni dah reda, berkerumun kita p makan ayam KFC ,
p makan burger McDonald , p makan ayam Kenny Rogers,
Isi minyak kereta guna Esso, Isi minyak kereta guna Caltex dll....

Produk2 yang kita banggakan sangat selama ini ialah produk
bangsa bangsat! Dan kita masih membelinya sampai sekarang.
Sebab apa..sebab dah terbiasa !!! Setiap sen yang kita belanjakan
saya rasa ada digunakan untuk memusnahkan saudara mara kita
di bumi Palestine dan negara islam lain .

Friday, November 16, 2012

RESEPI : PERIA GORENG BERSALUT TEPUNG

Baru2 ni semasa berblogging, terjumpa resepi
Peria goreng tepung.

Alaa...sayuran Peria yang pahit2 tu.

Peria ni macam2 jenis juga...
- Buah peria biasa yang panjang , warna hijau muda
  dan berdaun agak sederhana besar
- Buah peria kecil atau peria katak, kecil sikit saiznya,
  warna kehijuan tua dan berdaun kecil

Orang putih panggil sayuran ni BITTER MELON.
Sesuai dengan rasanya...Pahit.


Kat tempat saya di Ipoh , rasa mahal juga buah peria ni,
sekilo lebih kurang rm 7.00. Sebiji buah peria
sederhana besar, harga rm3.00, jadi lah.

Antara khasiat memakan sayuran peria yang di ketahui :

- Jus peria merawat penyakit asma dan masaalah haid lewat
- Untuk mengurangkan gula dalam darah dan merawat
   penyakit kencing manis, boleh minum air rebusan
   potongan buah peria
- Jus daun tumbuhan peria dicampurkan dengan susu
  boleh bantu rawat penyakit buasir
- Jus peria dicampurkan dengan jus limau bantu rawat
  masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta,
  rasa gatal2
- Minum jus daun peria boleh bantu masalah ketagihan alkohol  


 











Biasanya sayuran ni dimasak lemak untuk kurangkan
rasa pahitnya tapi baru je saya tahu Peria ni boleh juga
di goreng tepung.
 
Jadi saya cuba lah.
 
Sedap juga walaupun ada rasa pahit2 tu. 
Lebih sedap bila di makan panas2....ada rasa
rangup juga bila di gigit.

Mmmmm...sedap !!!

Peria Goreng Bersalut Tepung















Jika nak cuba, ni resepi yang saya guna :

Bahan2
- Sebiji buah Peria biasa
- Tepung Beras
- Tepung Jagung
- Tepung Gandum
- Garam
- Serbuk kunyit
- Minyak masak

Caranya
- Peria di hiris atau di potong bulat2
- Rendam dulu Peria ni dalam air garam halus seketika
  untuk kurangkan rasa pahitnya sebelum di masak
- Bancuhkan semua tepung tu dengan air sekadar
  pekatan yang dikehendaki
- Masukkan sedikit garam dan serbuk kunyit , secukup rasa
- Celupkan potongan peria tu dalam bancuhan tepung
- Panaskan minyak dan gorengkan peria bersalut tepung tu
- Lepas ni, makan lah....

Selamat Mencuba.....

Wednesday, November 14, 2012

SALAM AWAL MUHARRAM 1434


SALAM AWAL MUHARRAM 1434 KEPADA RAKAN2 BLOGGER.




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
KELEBIHAN BULAN MUHARRAM
 
Bulan Muharram adalah bulan pertama di dalam kalendar
islam. Ini bermakna bila tiba bulan Muharram, tiba lah
tahun baru. Awal Muharram jatuh pada 1 Muharram
iaitu hari pertama pada tahun baru kalendar islam.
 
Pada tahun ini, bulan Muharram 1434 Hijriah bersamaan
15 november 2012.
 
Berkata para ulama’ salaf, 14 malam yang afdhal dihidupkan:
-    Malam Awal Muharram
-    Malam 10 Muharram
-    Malam Awal Rejab
-    Malam 15 Rejab
-    Malam 27 Rejab
-    Malam 15 Sya’ban
-    Malam Arafah
-    Malam dua hari raya (Malam 1 Syawal dan
     Malam 10 Zulhijjah)
-    Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan    
     (21, 23, 25, 27, 29)
 
Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:
a) Qiamullail - Solat Tahajjud
    - Solat Hajat
    - Solat Sunat Taubat
b) Membaca Al-Quran
c) Zikir
 
Bulan Muharram ialah satu satu dari bulan2 haram.
Bulan haram lain yang ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram
serta Rejab. Didalam bulan ini. umat islam dilarang berperang
serta berbunuhan kecuali jika mereka di ugut. Juga larangan
melakukan maksiat adalah lebih kuat dibanding dengan bulan2 lain.
 
Nabi s.a.w bersabda :
"Satu tahun itu ada dua belas bulan. Diantaranya ada empat
bulan suci. Tiga bulan berturut2 iaitu Zulkaedah, Zulhijjah serta
Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara
Jamadil Akhir dan Sya'ban." ( HR Muslim ).
 
Abdullah Ibnu Abbas r.a mengatakan maksiat yang dilakukan
dibulan haram adalah lebih besar dosa nya dan amal baik
yang dilakukan  dibulan haram adalah lebih besar pahalanya.
( Tafsir At-Thabari ).
 
Sabda Nabi s.a.w :
" Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang
meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t ".
( Riwayat Imam al-Bukhari ).
 
Nabi s.a.w bersabda :
" Orang yang sempurna islamnya ialah orang yang kaum
muslimin terselamat dari gangguan lisan dan tangannya dan
orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan
apa yang dilarang oleh Allah s.w.t. ( HR Bukhari ).
 
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. 
bersabda, “Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan
Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama
 solat sesudah solat fardu ialah solat malam”. (Sahih Muslim)
 
Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh
Muharam  dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.”
(Riwayat Al Baihaqi ).
 
Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang berpuasa sehari
dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari
berpuasa.”
 
“Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH
 anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan
dikurniakan pahala 10 ribu syuhada’ (mati syahid), dan
dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah”
 
“Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada
10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya
sepanjang tahun tersebut.”
 
“Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa
dalam bulan  Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas
solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram“
 
Allah berfirman, " Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi
Allah adalah dua belas, dalam ketetapan Allah diwaktu dia
menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram.
Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya
diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah
kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka
memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah
berserta orang2 yang bertakwa. " ( At-Taubah : 36 )
 
Bertanya para sahabat : “Wahai Rasulullah ! Apakah
kelebihan 10  Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?
”  Sabdanya :
 
ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya
pada 10 Muharram 

ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
Diciptakan lautan pada 10 Muharram
Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia)
pada 10 Muharram
 

Saturday, November 10, 2012

FADHILAT SURAH AL-INSYIRAH


Perkongsian amalan2 untuk menguatkan ketakwaan
kita kepada Allah s.w.t dengan mengikut sunah
nabi s.a.w
 
Surah al-Insyirah ialah surah yang boleh memberi
pengisian buat jiwa yang gundah serta kesedihan dan
boleh dijadikan sebagai penguat semangat di kala
selubungi kesulitan.
 
Adalah Surah yang ke-94 dalam Al Quran dan terdiri dari
8 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyah.
 
Surah ini menegaskan bahawa sesudah kesusahan itu tentu
ada kesenangan. Dunia ini memang tempat ujian. Ada ujian
kesusahan dan ada ujian kesenangan. Asalkan kita orang
beriman, selepas kesusahan tentu ada kesenangan, dan
syurga itulah kesenangan yang hakiki.





















بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
 Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,

وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,

الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
yang memberatkan punggungmu?

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

 فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan),
kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

صدق الله العظيم
Maha Benar Allah swt Yang Maha Agong/Maha Besar


Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca
surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku
mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan
daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah
selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan
urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan
dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan
dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam
segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu,
serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah
solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada
kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.


FADILATNYA:-

1. Mempermudahkan segala urusan dan murah rezeki.
Amalkan membacanya 9 kali selepas solat fardhu.



Tuesday, November 6, 2012

BEDAK SEJUK MUNTAH BELUT....DAUN SEMAMBU SERTA DEMAM CAMPAK

Kebanyakan kita tentu pernah alami demam campak
samada pada zaman kanak2 mahupun di peringkat dewasa.

Memang rimas betul rasa nya bila terkena. Bukan saja
kena demam panas tapi seluruh badan rasa gatal2 dan
merenyam-renyam ( betul kut bahasa ni....yang nak
dimaksudkan di sini ialah rimas akibat gatal2 tu ).

Antara tanda2 terkena demam campak ialah :

- Demam tinggi
- Batuk, selsema dan sakit tekak
- Mata berair dan sensitif kepada cahaya
- Sakit otot
- Ruam demam campak


Saya masih ingat lagi dan juga dari cerita2 mak saya,
masa saya kena demam campak pada zaman kanak2, rasa
sakit dan gatal2 satu badan serta suhu badan naik tinggi hingga
nak buat apa pun, tak boleh. Jadi mak suruh saya baring saja.

Beberapa hari kemudian ruam2 mula timbul, mula dari muka ke
kepala dan  merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki. Masa ni
suhu badan tinggi.

Mak saya keluar mencari daun semambu untuk mandikan saya
dengan air daun tu. Selepas mandi, dia lapkan badan saya pelan2
supaya tak rasa sakit disebabkan ruam2 demam campak tu masih
mengelembung. Risau pula jika terkasar yang akan akibatkan ruam
pecah dan tinggal parut. Jadi dia lap badan saya pelan2. Saya juga
diberi minum air kelapa muda untuk keluarkan semua ruam demam
campak tu. Suka tak suka, terpaksa minum juga.



Pokok semambu











Selepas beberapa hari, demam campak tu nampak reda sikit
dan masa ni seingat saya, mak lumurkan pula dengan sejenis
bedak sejuk ke seluruh badan saya. Tujuan nya untuk sejukkan
suhu badan saya tu serta sembuhkan dan hilangkan parut2 ruam
demam campak ( jika ada ) . Saya tak ingat apa nama bedak tu tapi
cuma tahu ianya sejenis bedak sejuk. 

Bila saya sudah berumah tangga, anak2 saya pula kena demam
campak ni. Bukan setakat anak saja, bapa mereka ( hubby saya tu )
pun kena juga.

Jadi saya amalkan petua rawat demam campak ni seperti
mana di amalkan oleh mak saya tu. Dan masa ni, untuk
lumuran bedak ke badan mereka , saya gunakan Bedak
Sejuk Muntah Belut.

Alhamdullillah...khasiat bedak muntah belut ni membantu
sembuhkan demam campak mereka.

Jadi saya mmg galakkan jika ada sesiapa terkena demam
campak, cari dan gunakan bahan2 rawatan di bawah ni :

Daun semambu
- untuk mandi air nya

Air kelapa muda
- untuk minum air nya supaya keluarkan habis ruam2 demam
  campak tu
                       
Bedak sejuk muntah Belut
- untuk di lumurkan pada seluruh badan supaya demam
  berkurangan dan dapat hilangkan parut2 demam campak tu















Saya juga suruh mereka amalkan :

- Berehat banyak dan minum air kosong putih yang cukup.
- Juga dok di rumah saja supaya tidak menjangkiti orang lain.

- Bila sudah sihat sikit, buat rawatan susulan pula di klinik
  kesihatan.