BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Wednesday, November 14, 2012

SALAM AWAL MUHARRAM 1434


SALAM AWAL MUHARRAM 1434 KEPADA RAKAN2 BLOGGER.




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
KELEBIHAN BULAN MUHARRAM
 
Bulan Muharram adalah bulan pertama di dalam kalendar
islam. Ini bermakna bila tiba bulan Muharram, tiba lah
tahun baru. Awal Muharram jatuh pada 1 Muharram
iaitu hari pertama pada tahun baru kalendar islam.
 
Pada tahun ini, bulan Muharram 1434 Hijriah bersamaan
15 november 2012.
 
Berkata para ulama’ salaf, 14 malam yang afdhal dihidupkan:
-    Malam Awal Muharram
-    Malam 10 Muharram
-    Malam Awal Rejab
-    Malam 15 Rejab
-    Malam 27 Rejab
-    Malam 15 Sya’ban
-    Malam Arafah
-    Malam dua hari raya (Malam 1 Syawal dan
     Malam 10 Zulhijjah)
-    Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan    
     (21, 23, 25, 27, 29)
 
Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:
a) Qiamullail - Solat Tahajjud
    - Solat Hajat
    - Solat Sunat Taubat
b) Membaca Al-Quran
c) Zikir
 
Bulan Muharram ialah satu satu dari bulan2 haram.
Bulan haram lain yang ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram
serta Rejab. Didalam bulan ini. umat islam dilarang berperang
serta berbunuhan kecuali jika mereka di ugut. Juga larangan
melakukan maksiat adalah lebih kuat dibanding dengan bulan2 lain.
 
Nabi s.a.w bersabda :
"Satu tahun itu ada dua belas bulan. Diantaranya ada empat
bulan suci. Tiga bulan berturut2 iaitu Zulkaedah, Zulhijjah serta
Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara
Jamadil Akhir dan Sya'ban." ( HR Muslim ).
 
Abdullah Ibnu Abbas r.a mengatakan maksiat yang dilakukan
dibulan haram adalah lebih besar dosa nya dan amal baik
yang dilakukan  dibulan haram adalah lebih besar pahalanya.
( Tafsir At-Thabari ).
 
Sabda Nabi s.a.w :
" Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang
meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t ".
( Riwayat Imam al-Bukhari ).
 
Nabi s.a.w bersabda :
" Orang yang sempurna islamnya ialah orang yang kaum
muslimin terselamat dari gangguan lisan dan tangannya dan
orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan
apa yang dilarang oleh Allah s.w.t. ( HR Bukhari ).
 
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. 
bersabda, “Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan
Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama
 solat sesudah solat fardu ialah solat malam”. (Sahih Muslim)
 
Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh
Muharam  dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.”
(Riwayat Al Baihaqi ).
 
Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang berpuasa sehari
dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari
berpuasa.”
 
“Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH
 anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan
dikurniakan pahala 10 ribu syuhada’ (mati syahid), dan
dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah”
 
“Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada
10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya
sepanjang tahun tersebut.”
 
“Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa
dalam bulan  Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas
solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram“
 
Allah berfirman, " Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi
Allah adalah dua belas, dalam ketetapan Allah diwaktu dia
menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram.
Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya
diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah
kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka
memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah
berserta orang2 yang bertakwa. " ( At-Taubah : 36 )
 
Bertanya para sahabat : “Wahai Rasulullah ! Apakah
kelebihan 10  Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?
”  Sabdanya :
 
ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya
pada 10 Muharram 

ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
Diciptakan lautan pada 10 Muharram
Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia)
pada 10 Muharram
 


Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan
pada 10 Muharram

Ditenggelamkan Fir’aun pada 10 Muharram
Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun
pada 10 Muharram

Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s.
pada 10 Muharram

Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam
pada 10 Muharram

 

0 komen: