BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TAHUN BARU MASEHI 2012....


Salam rakan2 blogger,






Salam tahun baru Masehi 2012....

Sepanjang tahun 2011, saya sekeluarga bersyukur di kurniakan
kesihatan serta rezeki yang baik serta kini dipanjangkan 
pula usia untuk melangkah ke tahun baru Masehi 2012.

Saya berdoa semuga rakan2 blogger pun begitu. 

Sedikit nasihat dari saya .

1.  Jika berlaku apa2 musibah pada tahun 2011, jangan lah pula
     kita putus harapan. Anggap lah semuanya dugaan Allah terhadap
     diri kita yang lemah ini. Semua manusia di dunia ini akan 
     di duga samada cara senang mahupun susah. Oleh itu, sabar
     dan sentiasa bertakwa kepada Allah yang lebih mengetahui.
     Kemungkinan dugaan ini adalah penghapus sebahagian dosa
     yang telah kita lakukan. Kita kena lah sentiasa bersyukur dan
     jangan sesekali lupa bertakwa kepada Allah s.w.t.

2. Jika kita pula dikurniakan rezeki melimpah, jangan lah pula
    kita lupa dari mana rezeki tu datang. Semuanya dari Allah s.w.t.
    Ketepikan sebahagian rezeki itu untuk membantu dengan ikhlas
    golongan2 susah. Semua ini adalah saham akhirat kita dan 
    rebut lah peluang ini sementara kita masih hidup.

3.  Tahun 2012 ini mungkin akan membawa dugaan2 lain. Apa2
     pun jangan lah kita taksub sangat dengan tipu dunia ini sebab
     apa2 yang kita capai di dunia ini ada lah bersifat sementara saja. 
     Akhirat juga adalah tempat kekal bagi kita semua.

4.  Juga selalu lah berselawat ke atas junjungan kita Nabi 
     Muhammad s.a.w. dan sentiasa lah berdoa untuk kesejahteraan
     baginda, ahli keluarga nya serta sahabat2nya kesemuanya.

5. Jangan lupa juga untuk kita berdoa kepada ahli keluarga kita
   yang masih hidup mahupun sudah meninggal dunia terutama
   ibu bapa yang membesarkan kita.

6. Jadi sempena tahun baru Masehi 2012 ini, selain meneruskan
    kehidupan, kita semua mesti pertingkatkan ketakwaan kita 
    terhadap Allah s.w.t dan sentiasa ingat kita semua akan kembali  
    kepadanya suatu hari nanti untuk di soal apa yang telah kita 
    lakukan semasa di dunia. Jadi sentiasa ikut perintah2 Allah s.w.t
    dan jauhi larangan2nya, inysyallah kita semua akan selamat 
    di dunia dan di akhirat nanti.

 SELAMAT TAHUN BARU 2012 ....




Saturday, December 24, 2011

PETUA : AIR GAMAT CAMPUR MADU LEBAH BOLEH SEMBUH MASAALAH BATUK BERPANJANGAN / KAHAK BANYAK

Anda alami masaalah batuk berpanjangan serta
ada kahak banyak dalam saluran tekak....jangan risau...
ada caranya untuk menyembuhkan masaalah ni.

Sesiapa pun yang punyai masaalah batuk yang 
berpanjangan ni akan merasai kesan sampingan  
yang tidak menyenangkan antaranya sakit dada,  
keletihan, sakit kepala, sakit tekak malah terdapat
banyak kahak dalam saluran tekak. Bukan tu saja,
batuk juga boleh mengakibatkan gangguan tidur, cara
bersosial serta gangguan tugasan kerja.

Amat memeritkan lagi jika berkeadaan demam yang suhu
badan sekejap naik dan sekejap surut ketika mengalami
masaalah batuk. 

Jangan la dok p makan pil2 panadol banyak2. Memang
makan pil2 ni boleh bantu mengurangkan demam tapi
yang pasti, pil2 ni kurang berkesan menyembuh masaalah
batuk berpanjangan serta kahak banyak dalam saluran tekak.


Tahukah anda dengan membatuk secara tiba-tiba, aliran 
udara dari paru-paru boleh mencapai kelajuan yang tinggi  
dan akibatnya partikel kuman yang berpotensi penyakit 

dapat merebak jarak yang sangat jauh dari mulut terbuka.  


Aliran udara dari batuk
melalui teknik fotografi  
Schlieren. Potensi untuk
merebakkan partikle2
penyakit melalui
penafasan







Tetapi kita juga perlu tahu batuk adalah sebagai tindak balas
semula jadi untuk melindungi paru-paru. Dengan membersihkan  
saluran pernafasan, ia juga membantu mencegah jangkitan
pada diri sendiri tapi secara tak langsung pula ianya berpotensi
membawa partikel2 penyakit kepada orang lain.

Faktor2 penyebab seseorang itu batuk : 
- sensitif kepada merokok
- atau menyedut asap perokok ( secondary smoker ) 
- alahan kepada pencemaran udara, bau dari cat malah
  kepada bau2an dari produk yang harum seperti minyak wangi  
  atau penyegar udara
- juga alahan kepada debu, bulu haiwanatau dari debunga  
  pokok-pokok dan juga
- alahan kepada minuman sejuk dan buah2an sejuk

Jangan ambil ringan masaalah batuk berpanjangan ini sebab
jika tidak disembuhkan cepat, berkemungkinan membawa kepada
masaalah kesihatan lain antaranya penyakit :

- Asma
- Masaalah gatal2 tekak yang kronik
- Masaalah penafasan
- Masaalah jantung 

Petua senang boleh diamalkan untuk sembuh batuk berpanjangan : 


Tuesday, December 13, 2011

PENGALAMAN BERKHATAN : ANAK LELAKI SAYA KE - 4

Beberapa hari ni saya agak sibuk sikit.

Selain menguruskan pesanan niaga on line ' Bedak Muntah
Belut / Bedak Benang Sila / Air Gamat dll.. ' ni dari rakan2, 
saya serta hubby juga sibuk menguruskan hal berkhatan anak 
lelaki saya ke - 4.

Alhamdulillah, urusan berkhatan ni selamat dijalankan pada
hari Rabu 7hb Disember 2011 ( bersamaan 11 Muharram 1433 )
baru2 ni. Hari ni, dah hampir seminggu berlalu dan anak lelaki
saya ni mula nampak ceria sikit berbanding hari2 awal berkhatan.

Pada 7hb Disember tu, urusan berkhatan dijalankan oleh
seorang pakar / doktor di kawasan Ampang di Ipoh ni.
Appointment bermula pukul 12.30 tgh tapi pagi2 lagi anak saya
ini macam tak sabar2 nak berkhatan. Yang lucunya dia juga
sempat menyanyi lagu ' betan..tan...' nyanyian kumpulan BOBOI
dalam rancangan Maha Raja Lawak.






Selepas berkhatan pada
7hb Disember 2011.
Sempat senyum...







Rasa darah gemuruh / risau saya serta hubby memang ada dari 
pagi tu tapi tak nak la tunjuk kat dia ni nanti dia pun 'panic' , lagi
susah jadinya.

Jadi saya dan hubby buat steady je sepanjang pagi tu sambil tunggu
panggilan dari klinik untuk datang. 

Mula2 memang nak buat awal bulan Disember 2011 tapi semua
fully book jadi dapatlah tarikh ni. Pukul 11 lebih, klinik talipon
dan kami pun pergi ke sana. Sampai di klinik pada pukul 12 tgh,
dan memang cantik masa tu sebab tak payah tunggu lama, terus
masuk ke bilik doktor untuk persediaan berkhatan.

Selepas anak saya tu tanggalkan seluarnya ( memang malu la
time tu sebab dia tak pernah tunjuk 'anunya' kat orang luar selain
saya dan hubby, itu pun kalau dia nak tunjuk sebab satu2 masaalah.
Dia ni pernah kena operate sekali beberapa tahun dulu disebabkan
masaalah bengkak telur sebelah. Alhamdulillah sembuh bila operate 
rupa2 ada tumbuhan kat dalam telur tu , yang berjaya dikeluarkan.

Sementara tunggu doktor ( pakar berkhatan tu ) datang, anak saya tu
di suruh baring atas meja operating dengan berbaju saja tanpa
seluar atau kain menutup ' anunya ' ( malu dia, kesian kat dia masa tu)
oleh jururawat. 





13hb Disember 2011.
Peace 'YA ALL' macam
AC mizal sebut dalam
Maha Raja Lawak...







Dalam beberapa minit, doktor pun datang dan suruh anak saya tu 
relak dan jangan keraskan kaki. Doktor pun belek 'anunya' dan inject
4 kali disekeliling 'anunya' , saya rasa tujuannya ialah untuk kebaskan bahagian kulit yang perlu dibuang. Inilah bius kut.

Saturday, December 10, 2011

GERHANA BULAN 14 MUHARRAM 1433 ( BERSAMAAN 10 DISEMBER 2011 )

Hari Sabtu malam Ahad  ( bermula lebih kurang pukul
7.31 malam ), 14 Muharram 1433 ( 10 Disember 2011 ) 
akan berlakunya Gerhana Bulan penuh.


Menurut info, Gerhana Bulan ini dapat di lihat dengan 
jelas dikebanyakan kawasan di Malaysia. Kesan gelap 
akan kelihatan sekitar jam 8.30 malam apabila bulan
mula menghampiri kawasan bayang2 bumi yang lebih 
gelap dikenali sebagai Penumbra.


Melalui info di baca, Gerhana Bulan penuh ini akan
terbentuk selama 52 minit 16 saat bermula dari pukul
10.05 malam hingga 10.57 malam. Gerhana Bulan Penuh
ini akan tamat sekitar jam 12.18 tengah malam apabila
bulan sepenuhnya akan keluar dari bayang2 Umbra.

Gambar Umbra dan Penumbra. 
















Berpandukan kepada kiraan Skymap Pro 8 :


Bulan terbit                                6.54 petang
Bulan mula memasuki Penumbra    7.32 malam
Bulan mula memasuki Umbra         8.46 malam
Permulaan Gerhana Penuh           10.06 malam
Waktu Gerhana Maksima             10.31 malam
Tamat Gerhana Penuh                 10.57 malam
Bulan meninggalkan Umbra          12.18 tengah malam
Bulan meninggalkan Penumbra       1.31 pagi


Nota : waktu di atas ialah waktu tempatan Malaysia
          dan bersamaan untuk semua negeri2 Malaysia
          samada di Semenanjung Malaysia, Sabah mahupun
          Sarawak. Cuma bezanya ialah ketinggian bulan
          di langit dimana di bahagian timur Malaysia akan
          nampak kedudukan bulan lebih tinggi jika dibanding
          dari bahagian barat Malaysia. Sila lihat Falak Online.






Gambar Gerhana Bulan Penuh


Video di bawah merupakan simulasi gerhana bulan yang 
dibuat menggunakan perisian Stellarium.






Memandangkan phenomena Gerhana Bulan Penuh ini jarang2
terjadi, elokkan semua rakan2 mengambil kesempatan untuk
mendirikan sembahyang sunat Gerhana Bulan mengikut 
panduan di bawah.


PANDUAN SOLAT GERHANA


Ulama bersepakat hukum mengerjakan solat sunat Gerhana
Bulan ini hukumnya sunat muakkad.


Jadi janganlah lepaskan peluang ini. Ini adalah petanda 
kebesaran Allah dan kita semua patut bersyukur kepada
Allah kerana memberi peluang kepada kita untuk melihatnya.  



Wednesday, December 7, 2011

LANGKAH RAWATAN AWAL : GUNAKAN BEDAK MUNTAH BELUT UNTUK SURUTKAN KESAN BENGKAK DIKULIT AKIBAT GIGITAN SERANGGA

Apa tu gigitan serangga.....!!

Gigitan serangga antaranya dari Nyamuk, Lebah, Kerengge,
dan Semut api pasti di alami oleh sesiapa pun terutamanya anak2 
kecil kita.


Bila terkena gigitan ini selain rasa sakit,  juga di bahagian kulit
terkena gigitan ini akan terasa gatal2 , timbul kesan bengkak serta
berbintik2 warna kemerah2an. Kemungkinan akan merebak kepada 
masaalah lebih besar seperti tumbuh bisul. 

Ada antara kita sebut gigitan ini sebagai sengatan atau 'sting'
dalam bahasa Inggeris tetapi sama la tu. 

Dalam satu artikle di internet mencatitkan terdapat lebih 900,000 
jenis2 spesies serangga di muka bumi ini dan jika
digabungkan beberapa jenis binatang pun, jumlah spesies
serangga tetap paling banyak. Ada serangga yang bahaya
kepada manusia dan ada yang tidak.

Memanglah kita benci jenis2 serangga ni tapi tahukah anda 
terdapat 4 jenis serangga yang dicipta oleh Tuhan , mempunyai
manfaat dan kegunaan sendiri. 



Cerita sikit perihal 4 jenis serangga ni ......

1. Nyamuk :

    Serangga ni menjadi punca kepada beberapa jenis penyakit 
    pembawa maut seperti Demam Denggi, Denggi Berdarah, 
    Chikungya, dan macam2 penyakit2 lagi ...

    Kebaikannya : nyamuk serta jentik2nya diperlukan oleh 
    spesis2 lain seperti Kelawar, Katak serta tumbuhan Periuk Kera.
    Tanpa nyamuk, spesies2 ini tidak dapat membiak.

2. Ulat Belatung atau Maggot

    Serangga ini memang menjijikan kerana sering disabitkan 
    sebagai pemakan bangkai dan mayat. 


    Kebaikannya :  Ulat Belatung ini sangat berguna dari segi
    perubatan MDT (Maggot Debdirement Therapy) iaitu Ulat 
    Belatung ini diletakkan pada luka dengan cara tertentu agar
    luka tersebut tidak merebak dan memberi kesan infeksi.

3. Lalat
    Serangga jenis ini sering di lihat di tempat2 seperti timbunan 
    sampah sarap dan atas makanan yang tidak di tutup.  

    Kebaikannya : Seperti nyamuk, serangga ni amat berguna
    untuk kesinambungan hidup spesies lain seperti cicak dan katak.
    Telur lalat yang menetas menjadi ulat belatung akan membantu 
    dalam penguraian sampah dan material organik.

4. Lipas
   Serangga ini seperti nyamuk dan lalat, juga kita benci sebab
   selalu berkeliaran di merata2 tempat dan ia pembawa kuman
   melalui kakinya. Namun kehidupannya adalah amat bersih seperti
   kucing sebab lipas ni selalu membersihkan dirinya dengan cara
   menjilat dirinya.

   Kebaikannya : Melalui kajian, otak lipas mengandungi antibakteria 
   yang mampu melawan kuman.

Banyak lagi jenis2 serangga di bumi ni antaranya kumbang, belalang,
kutu, lebah, semut , kerengge dan pepijat yang punyai keburukan
serta kebaikan masing2.

Kongsi sikit info mengenai pepijat ni terutamanya " pepijat katil ".

Jenis serangga ini memang jijik bila di lihat tetapi itulah bentuk dan
rupa sebenar serangga yang sentiasa dahagakan darah manusia serta
haiwan. Nama saintifik serangga ni disebut dengan nama 'Cimex
Lectularias'.





 Pepijat katil








Biasanya serangga ni akan keluar waktu malam untuk mencari
makanan. Makanan utamanya ialah darah, tidak kira darah haiwan
atau manusia. Apa yang membimbangkan pepijat ni banyak 
bersarang di celah-celah tilam atau bantal yang digunakan dan 
serangga ni mula menyerang semasa mangsa sedang tidur. 

Bila terkena gigitan pepijat ni, kulit mangsa mula terasa gatal 
secara berterusan dan akan mengakibatkan bengkak2 kecil 
di bahagian2 kulit yang digigit tu.



 Kesan gigitan pepijat












Tuesday, November 29, 2011

SMOKERS / PENGHISAP ROKOK : BERJAGA-JAGA

Saya terjumpa satu gambar yang menunjukkan

keadaan bahagian paru-paru badan seseorang 
penghisap rokok.

Jadi kepada semua smokers...
Tengok dan fikir lah sendiri ye.....ngeri kan !!!!




Bahagian paru-paru
penghisap rokok



















Saturday, November 26, 2011

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH - AWAL MUHARRAM 1433

Saya sekeluarga mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN
BARU HIJRAH - 1 MUHARRAM 1433 bersamaan 27 November
2011 kepada semua rakan2 blogger.

Sedikit bualcara mengenai bulan Muharram ini.

Bulan Muharram ini merupakan bulan pertama dalam tahun Islam
(Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib,               kiraan bulan pada masa itu dibuat mengikut tahun Masihi. 

Penghijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada umat Islam 
dari segi dakwah nya , ukhuwwah nya serta dan syiar Islam .
Muharram bermaksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT
melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun 
demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah 
(surah Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh 
melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan 
larangan berkenaan. 
















Peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Muharram :

1 Muharram - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat 
                  penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharram - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu 
                    banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan 
                    kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan
                    tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharram juga terjadi :

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit. 
Amalan-amalan sunat boleh dilakukan :

Antara amalan disunatkan dilakukan dalam bulan Muharram:
  1. Berpuasa.
          Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram, 
       pahalanya bersamaan berpuasa 30 tahun. Barang siapa 
       berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram ( hari Khamis, 
       Jumaat dan Sabtu ), Allah akan tulis pahala seperti mana 
       beribadat selama 2 tahun.

   2.  Perbanyakkan ibadat seperti solat sunat, zikir dan lain2.

   3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah 
      selepas akhir Asar sebanyak 3X

   4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

  Empat belas ( 14 ) perkara sunat boleh dilakukan 
  10 Muharram ( hari Asyura ) :


Sunday, November 20, 2011

KULIT KASAR, BERSISIK2 SERTA MENGELUPAS

Setiap orang punyai keadaan kulit yang berbeza tapi apa
yang sama antara kita ialah kulit muka / wajah kita adalah
kulit paling nipis dan amat sensitif.

Penjagaan kulit terutama bahagian muka / wajah adalah amat
penting dan jika tidak dijaga dengan baik, pasti akan mengakibatkan
bermacam2 masaalah antaranya kulit kasar, bersisik2 serta mengelupas.

Masaalah kulit mengelupas ni akan lebih jelas pada pandangan umum
sewaktu pemakaian bedak pada kulit hingga kemungkinan nampak
tompok2 bedak tu di permukaan kulit. Ini akan membuat si penghidap
masaalah kulit kasar, bersisik2 serta mengelupas ni akan terasa malu bila
berada di khalayak ramai.



 Masaalah kulit mengelupas







Jadi apa sebenarnya masaalah kulit mengelupas ni dan apa
sebab2 ia terjadi. Antara sebab2nya ialah :

1. Kulit yang selalu berkeadaan kering 
2. Kulit kekurangan zat serta vitamin 
3. Faktor cuaca  ( terlampau panas atau terlalu sejuk )
4. Tidak menjaga diet makanan dengan baik
5. Masaalah kulit sensitif seperti berminyak
6. Jangkitan penyakit kulit
7. Masaalah resdung
8. Penggunaan pelbagai produk2 kecantikan kulit dalam satu2 masa
9. Produk kulit yang tidak sesuai hingga mudaratkan masaalah kulit
10. Masaalah keturunan
11. Kulit lebihan peluh
12. Masaalah salin kulit
13. Para ibu2 dan wanita yang banyak melakukan kerja2 dapur
     seperti memasak dan membasuh pakaian serta pinggan mangkuk
     dengan menggunakan sabun akan mengalami masalah tapak tangan
     yang kasar ataupun kulit mengelupas.

Oleh itu, bagaimana untuk mengatasi masaalah kulit mengelupas ni.
Antara yang boleh dicuba ialah :


Monday, November 14, 2011

PETUA BARU TANGKAP TIKUS ....GUNA KUALI MASAK

Saya ingin kongsi satu kejutan pengalaman baru2 ni sekembali saya 
dari Kuala Lumpur.

Kebelakangan ini, saya agak sibuk menguruskan beberapa hal 
termasuklah hal perkahwinan adik lelaki saya di Kuala Lumpur.

Dari ipoh, saya sekeluarga ke Kuala Lumpur pada malam Jumaat yang 
lalu sebab kenduri kahwin akan berlangsung pada hari keesokan
sabtu waktu tengahhari. Jadi rush la sikit.

Pada hari sabtu tu, Kuala Lumpur hujan pula dan apa lagi jam la. Dah lah
terpaksa tempuh dengan masaalah jam di Kuala Lumpur sewaktu
ke tempat kenduri dan selepas selesai kenduri pun, semasa nak
balik ke Ipoh petang tu, pun terpaksa lalui masaalah jam yang sama.
Kami sekeluarga terpaksa balik ke Ipoh hari sabtu tu juga sebab hari ahad
perlu pula hadiri kenduri kahwin lagi di ipoh. Jadi boleh la rehat sekejap
malam tu ..

Nak tanya , bila la masaalah jam di Kuala Lumpur dapat diatasi ?
Ambil jalan biasa pun jam dan ambil jalan short-cut pun jam juga ... 

Kuala Lumpur sepatutnya ada SATU HARI TANPA KERETA DAN TANPA
MANA2 KENDERAAN BERODA EMPAT MACAM BAS, LORI, TEKSI dll di
jalanraya nya untuk sekurang2nya seminggu sekali . Boleh dicadangkan
pilih hari Sabtu atau Ahad.

Biar ramai2 ke pusat bandar Kuala Lumpur hanya dengan naik LRT, 
berjalan kaki, naik basikal, naik motosikal pun ok kut....asalkan tiada 
kenderaan beroda empat...sapa2 didapati naik kenderaan empat roda,
samankan mereka ni....

Berbalik pada cerita saya ni. Kami sekeluarga tiba di Ipoh dah dekat
waktu maghrib dan mula2 cadang nak makan malam di luar saja sebab
memang terasa penat sangat2. Hubby saya lagi penat sebab terpaksa
pandu kereta di Kuala Lumpur dan juga perjalanan pergi / balik. 

Tiba2 perut saya buat hal pula. Senak dan memulas lain macam saja
dan saya kata kepada hubby, kita balik ke rumah dulu sebab saya rasa
perut saya tak selesa. Jadi kami sekeluarga pun pulang ke rumah dan
hubby kata malas la nak keluar bila dah balik ke rumah. Saya ok saja
tapi anak2 la yang merungut. Bila hubby saya kata kat depa, esok nak
keluar lagi ke tempat kenduri dan tak perlu lah nak belanja malam tu
dengan makan kat luar, budjet la sikit jadi anak2 pun faham. Takut depa
kat hubby saya tu...

Setiba dirumah, saya masak dulu nasi dan anak2 disuruh buat goreng telur 
dadar saja. Anak2 saya ni dah pandai dah masak masakan2 yang simple. 
Jadi sementara saya kemaskan rumah dan pakaian  serta buat hal saya tu, anak2 pun goreng telur dengan gunakan kuali. Dipendekkan cerita, habis makan dan selepas kemas dapur serta basuh pinggan / cawan, kami sekeluarga pun tidur awal sebab memang penat sangat2.

Tapi saya serta anak2 terlupa untuk basuh kuali yang masih ada baki
minyak di dalamnya yang digunakan untuk goreng telur tu. 

Keesokan paginya saya serta hubby / anak2 bangun awal sikit untuk
sembahyang tahajud dan selesai sembahyang, saya ke dapur dan
terdengar bunyi geseran berturutan. Dalam keadaan dapur gelap ( tak
buka lampu masa tu ), saya dengar macam bunyi geseran tu datang dari
arah kuali yang digunakan malam tu. Saya hampiri kuali tu dan tekejut
macam ada benda sedang bergerak2 dalam kuali tu. 

Ketika itu, lampu dapur masih belum dinyalakan dan disebabkan saya 
dalam keadaan terkejut, saya terus memanggil hubby untuk periksa apa ke
benda yang sedang bergerak2 dalam kuali tu. Saya agak mungkin lipas kut
atau cicak kut tetapi bila hubby nyalakan lampu dapur, TERKEJUT saya
dan hubby bila dapati ada seekor tikus yang sudah basah kuyup dilumuri
dengan minyak masak diseluruh badannya termasuk lah keempat2 kaki nya.
Tikus tu mengalami kesusahan untuk keluar dari kuali tu sebab badan nya 
berkeadaan licin dan setiap kali ia cuba keluar, ia akan jatuh semula ke
dalam kuali yang berisi minyak masak yang telah digunakan tu.


 Tikus dalam kuali..













Anak2 saya pun bila nampak, mereka pun terkejut juga. Memang kami
sekeluarga tak sangka perkara sebegini boleh berlaku. Selepas tu hubby
saya gunakan penyepit besi dan sepitkan ekor tikus tu untuk angkat tikus tu dari kuali dan letakkan ia ke dalam sangkar tikus dan sangkar tu kemudian diletakkan di luar rumah.


Saturday, November 5, 2011

ANUGERAH SKRIN 2011 - KEPUTUSAN TERKINI

Malam tadi saya tonton ANUGERAH SKRIN 2011 dan ini
keputusan terkini untuk tatapan rakan2 blogger...Seronok kan !!
Tahniah kepada TV3....



SENARAI KEPUTUSAN PENUH PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2011 
Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik
Suatu Ketika Episod 12 (Yuen Yuet Leng)
Rancangan Bual Bicara Terbaik 
- Selami Jiwa : Dato' Fadzillah Kamsah
Rancangan Hiburan Terbaik
- Maharaja Lawak Akhir
Rancangan Muzikal Terbaik
- Shout Awards 2010
Rancangan Realiti Terbaik
- Showdown 2011 : Top 12 Show
Rancangan Laporan Khas / Berita Terbaik
- Buletin Utama (Pengemis Terhormat)
Kategori Drama:-

Drama Terbaik
Sanggul Beracun

Drama Komedi Terbaik
- Geng Surau (Pena Creative Sdn. Bhd.)
Pengarah Terbaik Drama
- Sabri Yunus (Sanggul Beracun)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama
- Eman Manan (Janji Syurga)
Pelakon Wanita Terbaik Drama
- Datin Paduka Umie Aida (Airmata Nur Salina)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
- Allahyarham Faizal Yusof (Jangan Hantar Aku Ke Neraka)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
- Elfira Loy (Kumkum)
Lakon Layar Terbaik
- Sabri Yunus (Sanggul Beracun)

Videografi Terbaik
- Balang Rimbun Sdn. Bhd. (Sanggul Beracun)

 Kategori Filem:

Filem Terbaik
Magika
Pengarah Terbaik Filem
- Osman Ali (Cun)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem
- Remy Ishak (Cun)
Pelakon Wanita Terbaik Filem
- Siti Shahrizah @ Eja (Janin)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
Sidek Hussin (Karak)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
Nadira Nisaa (Cun)
Lakon Layar Terbaik
- Erhan Baharudin / Sujin Lee (Aku Tak Bodoh)

Anugerah Khas Juri:
Anugerah Yasmin Ahmad
-Syamsul Yusoff
Anugerah Artis Harapan Pantene
- Fazli Daniel Ali (Yang Terpuji)

Saturday, October 29, 2011

KEDUDUKAN JERAWAT PADA TUBUH DAN MASAALAH KESIHATAN

Pernahkah anda tahu apa kaitannya masaalah kesihatan, ubatan yang
di amalkan dengan kedudukan jerawat di bahagian2 tertentu di
tubuh anda?



Masaalah kesihatan dan ubatan yang perlu diambil kini amat
penting untuk membantu mengawal serta menyembuhkan apajua
penyakit yang dialami.

Masakini terdapat bermacam2 jenis ubatan dan jenama samada
cara moden mahupun tradisional untuk merawat pelbagai2 penyakit
antaranya masaalah2 kulit contoh JERAWAT.

Kalau nak disebutkan satu persatu jenama ubatan ni, memang boleh
tapi akan ambil masa juga sebab banyak sangat. Bukan saja dengan
adanya pelbagai jenama dari pelbagai syarikat pembuat tapi juga 
dengan penggunaan pelbagai jenis ramuan serta herba serta campuran bahan2 kimia tertentu.

Semua produk2 rawatan ini mempunyai khasiat dan kelebihan
tersendiri tetapi persoalan disini, yang mana satu ubatan sesuai
untuk kita amalkan untuk merawat masaalah jerawat kita tu dan
bolehkah kita juga sembuhkan masaalah kesihatan kita yang menjadi 
sebab tumbuhnya jerawat di bahagian2 tertentu di badan kita. 

Janganlah kita cuma tumpukan pada jenama produk saja tetapi
kita kena fahami apa tugasan atau fungsi ubatan itu sendiri. 
Memang syarikat2 produk ini atau individu2 yang membantu
promosi serta jual produk2 rawatan masaalah kulit ini sentiasa akan mengatakan produk mereka lah yang terbaik dan mungkin ada juga
yang akan lakukan setapak lagi dengan mengatakan produk2 yang
lain tu tidak baik dan kurang efektif jadi gunakanlah produk mereka saja
( kalau dilakukan cara ni , memang tidak baik sebab menjatuhkan rezeki orang lain sebab ini bukan lah cara persaingan yang sihat dan BERDOSA 
jika dilakukan ). 

Hakikatnya ini sememangnya betul, bukan disebabkan oleh strategi pemasaran semata2 tetapi kita manusia akan melakukan apa saja 
untuk maju dalam sesuatu perkara itu walaupun dengan menjatuhkan
orang lain. 

Tetapi kita sebagai pengguna akan tahu juga apa jenis ubatan yang
sesuai untuk merawat masaalah kulit kita tu. Memang lah kemungkinan
mesti cuba ubatan2 tertentu dulu dan jika tidak sesuai ubatan itu, cari dan 
amal yang lain pula sehingga kita pasti jumpa ubatan yang sesuai untuk 
kita.

Masaalah kulit contohnya masaalah jerawat adalah tidak sama
antara seseorang itu dengan yang lain. Macam2 faktor terbabit
antaranya :


1. Keadaan kedudukan jerawat dengan kesihatan kita
2. Keadaan kulit seseorang itu
3 Keadaan persekitaran tempat tinggal
4. Keadaan cara pengambilan pemakanan atau diet
5. Keadaan pengambilan ubatan yang selalu diamalkan yang bantu
    sembuhkan sesuatu penyakit itu tetapi sebaliknya menjadi faktor
    tumbuhnya jerawat 

Tuesday, October 25, 2011

RUMAH SAYA UNTUK DI JUAL : BUKIT GEDUNG, BAYAN BARU, PULAU PINANG

Rakan2 blogger,

Rumah saya untuk di jual kat Bukit Gedung, Bayan Baru, Penang. 

16 tahun saya sekeluarga jadi orang penang dan dok kat rumah
ni la. Memang sayang rumah ni sebab ni First House kami beli.

Masa kat penang, memang gemar sangat2 makanan kat sana...
nasi kandar, sup mamak, ikan bakar, teh tarik mamak, nasi dalca,
pasembur dll..tapi tak la makan hari2...risau kolestrol tinggi...
tapi apa2 pun memang sedap semuanya.

Tapi sedih juga sebab cadang nak let go rumah ni .

Baru2 ni ada satu buyer dan kami berurusan dengan dia berbulan2 
tapi last2 dia terpaksa tarik diri sebab kurang kemampuan.

Jadi rumah saya ni dibuka semula untuk jualan.
Jadi sapa2 minat beli, info kat bawah ye...

Keluasan : 89.98m2
rumah teres 2 tingkat ( bukan rumah kluster tau )
3 bilik atas
1 ruang tamu
1 dapur
2 bilik air ( 1 atas dan 1 bawah )


- 20 minit ke projek jambatan kedua Pulau Pinang ( siap 2013 kut )
- 30 minit ke jambatan pulau pinang la ni ( kalau tak jam la... )
- 10 minit ke airport bayan lepas
- Berdekatan kawasan komersial ( bank / kompleks shopping /..),
- Berdekatan masjid, pasar malam, hospital, sekolah , pasar besar, 
  balai polis, restoran nasi kandar, PISA....
- Berdekatan kawasan kilang free trade zone bayan lepas
- Menghadap ke jalan besar, bukan bersetentangan dengan rumah
- Banyak laluan masuk menghala ke kawasan perumahan ini dan
  seterusnya ke rumah ni

Bila dah beli, boleh la renovate sendiri dan bagi cantik.



Rumah macam ni kat kawasan saya ni memang hot item.
Penduduk sini panggil rumah macam ni ' Rumah Comel '. 

Jika beli tapi tak nak duduk pun tak apa, boleh buat aset jangka
panjang dengan disewakan. Insyallah penyewa rumah mudah 
dapat dalam kawasan ini... RM800 ke RM1000 sebulan senang2
boleh disewakan.

Bulan2 bayar balik kat bank, guna la duit sewa tu, lama2 tak la 
banyak sangat nak bayar beli rumah ni. 

Kalau nak jual balik pula, tunggu beberapa tahun, boleh dijual
sampai RM400K lebih....insyallah

---------------------------------------------------------------------

HARGA DIMINTA : RM370K
10% deposit dulu masa sign SPA ( Sales and Purchase Agreement )
Boleh sign dalam bulan november 2011 ni 

Boleh buat booking fee dulu supaya saya tak lepaskan kat pembeli
lain.

SERIOUS BUYER SAJA ye......
TAPI BIAR LA BUYER YANG JUJUR DAN IKHLAS SERTA 
BERKEMAMPUAN UNTUK BELI




Lain2 syarat boleh bincang kemudian.


-----------------------------------------------------------

Ada sesiapa minat beli , boleh berhubung terus dengan 
hubby saya untuk bincang atau email kat saya 

Tapi kena cepat.
First come First serve basis

Email:
noraziahbtothman@yahoo.com.my

Nama hubby : Nasir ( 017-4304874 ) 


Terima kasih





Ni la rumah saya kat Bukit Gedung,
Bayan Baru, Pulau Pinang.


Banyak nostalgia kat rumah ni. 
Anak2 saya 3 orang lahir kat rumah ni.

Thursday, October 20, 2011

AIR : APA KESAN NYA TERHADAP KULIT KITA

Perkongsian ilmu kali ini adalah mengenai AIR dan berkisar kepada
apakah kesannya sesejenis AIR itu terhadap tubuh badan manusia
terutama bahagian kulit.

Yang dimaksudkan disini bukannya AIR ( dalam istilah bahasa inggeris )
yang bermakna udara tetapi 'AIR' atau ejaan dulu2 'AYER' iaitu satu 
nikmat dan kurnia yang luar biasa yang diberi kepada umat manusia oleh Tuhan. Kepentingan 'AIR' ini menjadikan ia satu sumber kehidupan 
dimana tanpa 'AIR', manusia serta hidupan lain di dunia ini mustahil boleh
hidup. 
Dari fakta, secara kasar, 70 % tubuh manusia dipenuhi air dengan
pecahan berikut :

- Tubuh manusia : 70% kandungan air
- Otak manusia : 74% kandungan air
- Otot manusia : 75% kandungan air
- Darah manusia : 84% kandungan air
- Tulang manusia : 22% kandungan air
- Gigi manusia : 5% kandungan air
- Hati manusia : 69% kandungan air
- Buah Pinggang manusia : 82% kandungan air

Oleh itu amatlah penting bagi tubuh manusia untuk mendapatkan
bekalan sumber air yang bersih serta sihat sebagai sumber kehidupan.

Di dunia ini terdapat berjenis2 air antaranya air biasa dari
saluran paip atau tangkungan, air kolam, air tasik, air dari buah2an
( seperti air kelapa ), air hujan , air dari embun pagi malah AIR
LIUR sememangnya pun ada.

Untuk kesihatan kulit badan manusia , kulit memerlukan sumber air
yang punyai bahan penuhi nutrisi yang dapat membantu pertumbuhan
dan regenerasi sel2 kulit sehingga menjadi sihat. Jika ada masaalah
kulit contohnya luka akibat jerawat atau pun luka akibat infeksi penyakit
kulit yang lain , sumber air yang sihat ini dapat bantu menyembuhkan
luka2 ini serta bekas2 luka.

Namun begitu, bukan semua jenis air bersesuain untuk menjadi sumber
menyembuh luka2 serta bekas2 luka ini. Ini kemungkinan besar
disebabkan oleh faktor2 tertentu antaranya :

1) Pencemaran atau kotoran
2) Kandungan klorin tinggi yang boleh bahayakan kesihatan manusia
    contohnya dijangkiti kanser
3) Punyai bakteria merbahaya yang boleh memudaratkan
    kesihatan dan
4) Terlalu banyak endapan serta partikle dalam air yang
    boleh menyebabkan air berbau serta tidak sesuai untuk di minum.

Sebagai contoh sumber air yang sihat ialah AIR KELAPA. Penggunaan
Air kelapa sebagai sumber kehidupan dan ubatan asli untuk kecantikan kebiasaannya boleh membantu melawan masaalah keracunan dalam
tubuh manusia. Kewujudan racun ini dalam tubuh manusia akan
menimbulkan pelbagai masaalah penyakit kulit jika tidak diatasi segera.

Melalui fakta,secara umum, setiap 100 ml air kelapa akan mengandungi 
294 mg potassium, 25 mg sodium, 5 mg gula dan 118 mg chloride.
Dengan kandungan ini, sumber air kelapa ini mencukupi untuk membantu
mengatasi masaalah2 kulit antaranya akibat jangkitan infeksi, akibat
penyakit2 kulit lain seperti jerawat, ruam , demam campak dan kayap
serta juga dari jangkitan bakteria.   

Air kelapa muda punyai
khasiat tinggi yang boleh
bantu atasi masaalah
kesihatan manusia

Air kelapa juga mengandungi cytokinin yang membantu meminimakan
proses penuaan pada sel2 kulit melalui pertumbuhan dan regenerasi
sel kulit , juga mengimbangi kadar pH dan melembabkan kulit. Kesemua
ini boleh membantu dalam rawatan masaalah2 penyakit kulit.

Cara menggunakan air kelapa untuk membantu rawat masaalah kulit 
cara facial mask

1. Bersihkan dulu kulit muka
2. Sapukan air kelapa ( jika boleh biar yang segar ) ke seluruh muka,
    terutamanya di bahagian kulit yang punyai masaalah
3. Digalakkan gunaka air kelapa ini secara facial mask
4. Biarkan semalaman dan basuh dengan air pada esok hari
5. Amalkan sekerap yang boleh


Wednesday, October 12, 2011

TAHUKAH ANDA MASAALAH RESDUNG ADALAH ANTARA PENYEBAB MASAALAH JERAWAT

Tahukah anda Resdung adalah antara penyebab utama 
masaalah jerawat sebab jika jerawat yang tumbuh akibat 
kuman resdung, memang jerawat jenis ini adalah jerawat 
yang memang susah untuk sembuh. Bukan tidak boleh
sembuh tetapi ambil masa juga untuk sembuh.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui asal usul perkataan Resdung .
Ia sebenarnya berasal daripada dua perkataan 'resah hidung' yang
telah disatukan menjadi Res-dung. Resdung adalah satu keadaan
di mana seseorang yang mengalaminya akan alah kepada pelbagai
masaalah persekitaran seperti debu, habuk, biji2 debunga, bau2
debunga, tumbuh-tumbuhan serta sesuatu jenis makanan.

Resdung biasanya merupakan antara penyakit yang berlaku
kerap pada kaum Melayu kemungkinan disebabkan kaum ini
kurang pentingkan penjagaan kesihatan dan juga pengawalan
cara diet makanan terutama pada mereka yang suka sangat makan
makanan laut, makanan yang memberi kesan gatal2 pada
kulit serta yang suka kepada penggunaan bahan belacan
secara lebihan.

Bagi pengidap masaalah resdung yang serius , ini akan lebih
membimbangkan jika punyai kulit yang sensitif kerana ini akan
menimbulkan rasa amat ketidakselesaan dan gatal-gatal pada kulit
badan terutama bahagian muka .

Dari perspektif rawatan moden, ia menyifatkan penyakit resdung
atau sinus ini sebagai radang atau jangkitan kuman dan alahan
pada saluran pernafasan, telinga serta mulut.

Namun kini semakin ramai pengidap penyakit ini akan mencari cara
rawatan alternatif dari rawatan moden sediada terutamanya cara
rawatan atau penawar cara tradisional untuk mengubat penyakit
resdung ini.



Bentuk ulat resdung









Disini dicatitkan antara tanda2 jangkitan penyakit resdung ialah :

1. Mempunyi nafas berbau 
2. Selalu bersin
3. Muka selalu berjerawat
4. Kulit gatal2
5. Bengkak pada bahagian hidung, mulut dan telinga
6. Bernanah di telinga
7. Kecacatan pada hidung serta bahagian rongganya


Tuesday, October 4, 2011

JERAWAT DALAM LUBANG HIDUNG... PERIT DAN MENYEKSAKAN...!!

Anda pernah mengalami jerawat dalam hidung ? 

Jerawat di permukaan kulit pipi, tepi bibir, atas dahi, 
bawah ketiak, atas kepala dan di bahagian kemaluan
memang boleh di lihat tapi jerawat dalam hidung memang
juga di alami tetapi bagaimana kita nak lihat rupa
jerawat dalam hidung tu.

Bila alami jerawat dalam hidung, akan rasa amat perit,
menyeksakan dan geram antaranya disebabkan :

1. Susah nak lihat macam mana rupa jerawat tu
2. Cuma dapat pegang saja, itu pun pelan2 pegang
    tapi memang rasa sakit jika tersentuh kuat2
3. Cuma terasa denyutan jerawat tu tapi tidak dapat
    lihat rupa jerawat dalam hidung itu
4. Akan rasa juga gatal2 tapi macam mana nak garu
    sebab jerawat tu dalam hidung. Lagi bermasaalah jika
    jari tangan tidak muat untuk masukkan ke lubang
    hidung
5. Mungkin akan rasa susah nak nafas juga seperti biasa
    akibat kesakitan jerawat tu
6. Pegang kat bahagian luar hidung tu pun akan
    rasa sakit disebabkan terkena kawasan jerawat
    dalam hidung tu walaupun pegang bahagian luaran hidung
7. Bila kenyit mata, hidung akan naik sikit dan
    masa tu akan terasa sakit juga disebabkan jerawat tu
    bergerak sama
8. Tidak boleh korek hidung secara biasa untuk buangkan
    tahi hidung takut terkena jerawat dalam hidung tu tapi
    kalau nak buat juga, kena lah berhati2 dan berlembut2
    dengan jari tu masa korek hidung




Ini bukan gambar lucah ye.
Ini gambar bulu hidung banyak
dalam lubang hidung. Macam
mana nak tengok saiz jerawat 
dalam lubang hidung jika bulu
hidung selebat ini.



Jadi apa perlu buat bila alami masaalah jerawat dalam
hidung ni .

Friday, September 30, 2011

RENUNGAN JUMAAT...YANG MANA SATU ANDA ?


Tuesday, September 27, 2011

PETUA : CARA GUNA BEDAK MUNTAH BELUT UNTUK MERAWAT JERAWAT DEGIL

Disini saya nak kongsi satu petua caraguna Bedak Muntah
Belut ini untuk merawat masaalah2 jerawat yang DEGIL.


Jerawat DEGIL ni boleh dikategorikan antaranya sebagai
jerawat kronik yang tumbuh berulang-ulang serta adakalanya
bernanah, berwarna kemerahan, sukar sembuh, sukar
surut, kulit jadi mengelupas , berbentuk jerawat batu dan
berjerawat nasi.

Sudah tentu sesiapa yang punyai masaalah sebegini akan
merasa tidak selesa dan rungsing sangat2.

Perlu ingat disini jangkamasa untuk sembuh kemungkinan 
tidak sama antara seseorang dan seorang yang lain.
Kemungkinan akan ambil jangkamasa juga dari beberapa hari 
ke beberapa minggu disebabkan antara faktor penting ialah
keadaan jenis kulit kita tu samada berminyak, kering dll. 

Tahukah anda bahawa penyakit Resdung dan alahan
kepada sesuatu jenis makanan seperti makanan laut antaranya
udang, ketam, kerang dan kepah boleh juga mengakibatkan
tumbuh nya jerawat terutamanya yang gatal2 . 

Masaalah pembiakan jerawat jenis ini ( jerawat gatal2 ) ialah
apabila seseorang itu tidak tahan dengan keadaan kulit gatal2 
lalu mereka pun mula picit jerawat gatal ni. Dengan diperlakukan 
sebegini, jumlah jerawat gatal2 ini akan bertambah serta kelihatan
berparut2. Jadi jangan sesekali...ingat jangan sesekali ... menggaru 
atau memicit jerawat2 ini. 

Ini antara jenis2 jerawat DEGIL yang kita perlu rawat sebelum
ianya menjadi bertambah parah.





Petua bedak muntah belut










Jadi disini saya kongsikan petua cara guna bedak muntah belut
ini untuk bantu merawat jerawat2 DEGIL ni :