BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Tuesday, October 4, 2011

JERAWAT DALAM LUBANG HIDUNG... PERIT DAN MENYEKSAKAN...!!

Anda pernah mengalami jerawat dalam hidung ? 

Jerawat di permukaan kulit pipi, tepi bibir, atas dahi, 
bawah ketiak, atas kepala dan di bahagian kemaluan
memang boleh di lihat tapi jerawat dalam hidung memang
juga di alami tetapi bagaimana kita nak lihat rupa
jerawat dalam hidung tu.

Bila alami jerawat dalam hidung, akan rasa amat perit,
menyeksakan dan geram antaranya disebabkan :

1. Susah nak lihat macam mana rupa jerawat tu
2. Cuma dapat pegang saja, itu pun pelan2 pegang
    tapi memang rasa sakit jika tersentuh kuat2
3. Cuma terasa denyutan jerawat tu tapi tidak dapat
    lihat rupa jerawat dalam hidung itu
4. Akan rasa juga gatal2 tapi macam mana nak garu
    sebab jerawat tu dalam hidung. Lagi bermasaalah jika
    jari tangan tidak muat untuk masukkan ke lubang
    hidung
5. Mungkin akan rasa susah nak nafas juga seperti biasa
    akibat kesakitan jerawat tu
6. Pegang kat bahagian luar hidung tu pun akan
    rasa sakit disebabkan terkena kawasan jerawat
    dalam hidung tu walaupun pegang bahagian luaran hidung
7. Bila kenyit mata, hidung akan naik sikit dan
    masa tu akan terasa sakit juga disebabkan jerawat tu
    bergerak sama
8. Tidak boleh korek hidung secara biasa untuk buangkan
    tahi hidung takut terkena jerawat dalam hidung tu tapi
    kalau nak buat juga, kena lah berhati2 dan berlembut2
    dengan jari tu masa korek hidung




Ini bukan gambar lucah ye.
Ini gambar bulu hidung banyak
dalam lubang hidung. Macam
mana nak tengok saiz jerawat 
dalam lubang hidung jika bulu
hidung selebat ini.



Jadi apa perlu buat bila alami masaalah jerawat dalam
hidung ni .



1. Tahukan anda masaalah penyakit Resdung boleh mengakibatkan
    jerawat ? ( Saya akan cerita hal resdung ni di lain posting ). Tapi
    disini, anda boleh cuba untuk menggunakan ' Rokok
    Resdung ' atau ' Corong Resdung ' untuk asapkan lubang
    hidung tu untuk sembuhkan Resdung dan jerawat ni.

    Jika ingin pesan ' Rokok Resdung ' , boleh lawat blog
    saya yang lain di produk-ubat-kecantikan-tradisional.blogspot.com.

2. Boleh juga guna ubatan titisan untuk penyakit Resdung ni
    jika rasa tidak mahu guna cara asap menggunakan ' Rokok
    Resdung '. Titik kan ubatan ( bentuk air ) ini ke dalam hidung
    untuk sembuh penyakit Resdung tu sekaligus boleh sembuhkan
    masaalah Resdung dan jerawat dalam hidung tu

3. Gunakan krim ubatan moden / tradisional yang sesuai
   dengan keadaan kulit kita tu


4. Boleh cuba petua ni : Larutkan sesudu susu tepung dengan air.
   Kemudian sapu pada tempat jerawat dalam hidung tu. Amalkan
   sekerap boleh. Basuh dengan air biasa kemudiannya.

5. Boleh cuba petua ni : Petua ini mungkin menjijikkan iaitu
   menggunakan tahi cacing. Ambil kira-kira satu camca besar tahi
   cacing dan campurkan dengan limau nipis. Sapukan di bahagian
   jerawat tu. Bersihkan dengan air bila nak cuci.

6. Boleh jumpa pakar perubatan minta nasihat dan minta dirawat
   
7. Boleh juga gunakan Bedak Muntah Belut cara menyapukan
    larutan ( dibuat nipis je ) ke dalam lubang hidung tu di tempat
   jerawat itu tumbuh. Amalkan sekerap boleh sehingga rasa
   kesakitan dari jerawat dalam hidung itu berkurangan. Ini
   biasanya tanda jerawat itu sudah mulai kecut dan sembuh

Walaupun kini terdapat banyak ubatan moden dan tradisional
serta bermacam2 petua2 , kita pastikan cuba ubatan dan petua
yang bersesuaian dengan masaalah yang kita hadapi TAPI tidak
salah jika ingin sekadar mencuba cara2 atau ubatan baru
asalkan tindakan yang kita ambil boleh sembuhkan masaalah
jerawat kita tu.

Senang2 rajin lah menGOOGLE untuk cari cara2 rawatan dan
petua2 lain.

1 komen:

kawa650 said...

Apa lg boleh buat slain dr tu..amat menyiksakn...huhuhu