BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Wednesday, October 12, 2011

TAHUKAH ANDA MASAALAH RESDUNG ADALAH ANTARA PENYEBAB MASAALAH JERAWAT

Tahukah anda Resdung adalah antara penyebab utama 
masaalah jerawat sebab jika jerawat yang tumbuh akibat 
kuman resdung, memang jerawat jenis ini adalah jerawat 
yang memang susah untuk sembuh. Bukan tidak boleh
sembuh tetapi ambil masa juga untuk sembuh.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui asal usul perkataan Resdung .
Ia sebenarnya berasal daripada dua perkataan 'resah hidung' yang
telah disatukan menjadi Res-dung. Resdung adalah satu keadaan
di mana seseorang yang mengalaminya akan alah kepada pelbagai
masaalah persekitaran seperti debu, habuk, biji2 debunga, bau2
debunga, tumbuh-tumbuhan serta sesuatu jenis makanan.

Resdung biasanya merupakan antara penyakit yang berlaku
kerap pada kaum Melayu kemungkinan disebabkan kaum ini
kurang pentingkan penjagaan kesihatan dan juga pengawalan
cara diet makanan terutama pada mereka yang suka sangat makan
makanan laut, makanan yang memberi kesan gatal2 pada
kulit serta yang suka kepada penggunaan bahan belacan
secara lebihan.

Bagi pengidap masaalah resdung yang serius , ini akan lebih
membimbangkan jika punyai kulit yang sensitif kerana ini akan
menimbulkan rasa amat ketidakselesaan dan gatal-gatal pada kulit
badan terutama bahagian muka .

Dari perspektif rawatan moden, ia menyifatkan penyakit resdung
atau sinus ini sebagai radang atau jangkitan kuman dan alahan
pada saluran pernafasan, telinga serta mulut.

Namun kini semakin ramai pengidap penyakit ini akan mencari cara
rawatan alternatif dari rawatan moden sediada terutamanya cara
rawatan atau penawar cara tradisional untuk mengubat penyakit
resdung ini.



Bentuk ulat resdung









Disini dicatitkan antara tanda2 jangkitan penyakit resdung ialah :

1. Mempunyi nafas berbau 
2. Selalu bersin
3. Muka selalu berjerawat
4. Kulit gatal2
5. Bengkak pada bahagian hidung, mulut dan telinga
6. Bernanah di telinga
7. Kecacatan pada hidung serta bahagian rongganya




Dan antara cara rawatan mudah dan prosedur rawatan tradisional
resdung yang boleh dipratikkan pula ialah cara :

1. Utamakan penjagaan kebersihan sendiri di rumah seperti
    tidak kongsi penggunakan sabun ketika mandi, sekurang2 mandi
    2 ke 3 kali sehari, gunakan sabun atau pencuci kulit badan
    secara gosok perlahan2 untuk buangkan kotoran.

2. Jaga diet pemakanan. Kita akan tahu sesuatu makanan itu
    tidak sesuai dengan kita setelah kita memakannya. Jadi
    elakkan atau kurangkan makanan laut utamanya udang, ketam
    dan kerang.

3. Gunakan penutup hidung semasa keluar dari rumah untuk
   elakkan terhidu partikle2 yang tidak sesuai di persekiran kita.

4. Untuk rawatan cara tradisional pula, boleh lah mencuba
   pengewapan muka menggunakan asap dengan menggunakan
   'rokok resdung ' atau 'corong resdung' yang banyak terdapat
   di pasaran. Bahan ini punyai campuran beberapa bahan herba
   yang dibalut menjadi bentuk corong. Cuba elakkan dari asap
   masuk ke mata untuk elakkan kepedihan.

   4.1 Dengan cara pengasapan ini, hama2 resdung yang hidup
        di sekitar rongga hidung akan keluar dan ini akan
        mengurangkan bendalir yang menyekat saluran
        pernafasan.

5. Boleh juga guna rawatan tradisional cara titisan herba yang
   di titis terus ke dalam lubang hidung dengan tujuan sama
   iaitu untuk mengeluarkan lendir2 daripada bahagian hidung.

6. Boleh juga guna larutan Bedak Muntah Belut dengan
    membuatkan larutannya cara nipis saja dan gosokkan ke
   bahagian luaran hidung. Juga titiskan air ke dalam lubang
   hidung dan gosokkan perlahan2 bagi rata. Amalkan sekerap
   boleh hingga sembuh masaalah resdung tu.

7. Jika serius sangat penyakit resdung tu, pergi jumpa
    doktor pakar kemungkinan ada ulat2 resdung dalam
   hidung dalam jumlah yang banyak. Ini perlu di keluarkan.

Tetapi perlu tahu kebiasaannya rawatan untuk penyakit
resdung ini tidak akan sembuh serta merta tetapi ambil masa
juga namun yang penting rawatan ini dapat mengurangkan
kesan2 resdung tu dari menjadi lebih teruk dan menjadi lebih
tidak selesa kepada pengidap.

Oleh itu, sabar semasa menjalani rawatan, insyallah akan
sembuh juga akhirnya.

2 komen:

Ruang Informasi Terkini said...

Nice info, The spirit of the morning, blogging to the heart. Continue to update her blog friends ...

Amirul Hafizin said...

sy ada resdung sejak lama dah~