BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Thursday, October 20, 2011

AIR : APA KESAN NYA TERHADAP KULIT KITA

Perkongsian ilmu kali ini adalah mengenai AIR dan berkisar kepada
apakah kesannya sesejenis AIR itu terhadap tubuh badan manusia
terutama bahagian kulit.

Yang dimaksudkan disini bukannya AIR ( dalam istilah bahasa inggeris )
yang bermakna udara tetapi 'AIR' atau ejaan dulu2 'AYER' iaitu satu 
nikmat dan kurnia yang luar biasa yang diberi kepada umat manusia oleh Tuhan. Kepentingan 'AIR' ini menjadikan ia satu sumber kehidupan 
dimana tanpa 'AIR', manusia serta hidupan lain di dunia ini mustahil boleh
hidup. 
Dari fakta, secara kasar, 70 % tubuh manusia dipenuhi air dengan
pecahan berikut :

- Tubuh manusia : 70% kandungan air
- Otak manusia : 74% kandungan air
- Otot manusia : 75% kandungan air
- Darah manusia : 84% kandungan air
- Tulang manusia : 22% kandungan air
- Gigi manusia : 5% kandungan air
- Hati manusia : 69% kandungan air
- Buah Pinggang manusia : 82% kandungan air

Oleh itu amatlah penting bagi tubuh manusia untuk mendapatkan
bekalan sumber air yang bersih serta sihat sebagai sumber kehidupan.

Di dunia ini terdapat berjenis2 air antaranya air biasa dari
saluran paip atau tangkungan, air kolam, air tasik, air dari buah2an
( seperti air kelapa ), air hujan , air dari embun pagi malah AIR
LIUR sememangnya pun ada.

Untuk kesihatan kulit badan manusia , kulit memerlukan sumber air
yang punyai bahan penuhi nutrisi yang dapat membantu pertumbuhan
dan regenerasi sel2 kulit sehingga menjadi sihat. Jika ada masaalah
kulit contohnya luka akibat jerawat atau pun luka akibat infeksi penyakit
kulit yang lain , sumber air yang sihat ini dapat bantu menyembuhkan
luka2 ini serta bekas2 luka.

Namun begitu, bukan semua jenis air bersesuain untuk menjadi sumber
menyembuh luka2 serta bekas2 luka ini. Ini kemungkinan besar
disebabkan oleh faktor2 tertentu antaranya :

1) Pencemaran atau kotoran
2) Kandungan klorin tinggi yang boleh bahayakan kesihatan manusia
    contohnya dijangkiti kanser
3) Punyai bakteria merbahaya yang boleh memudaratkan
    kesihatan dan
4) Terlalu banyak endapan serta partikle dalam air yang
    boleh menyebabkan air berbau serta tidak sesuai untuk di minum.

Sebagai contoh sumber air yang sihat ialah AIR KELAPA. Penggunaan
Air kelapa sebagai sumber kehidupan dan ubatan asli untuk kecantikan kebiasaannya boleh membantu melawan masaalah keracunan dalam
tubuh manusia. Kewujudan racun ini dalam tubuh manusia akan
menimbulkan pelbagai masaalah penyakit kulit jika tidak diatasi segera.

Melalui fakta,secara umum, setiap 100 ml air kelapa akan mengandungi 
294 mg potassium, 25 mg sodium, 5 mg gula dan 118 mg chloride.
Dengan kandungan ini, sumber air kelapa ini mencukupi untuk membantu
mengatasi masaalah2 kulit antaranya akibat jangkitan infeksi, akibat
penyakit2 kulit lain seperti jerawat, ruam , demam campak dan kayap
serta juga dari jangkitan bakteria.   

Air kelapa muda punyai
khasiat tinggi yang boleh
bantu atasi masaalah
kesihatan manusia

Air kelapa juga mengandungi cytokinin yang membantu meminimakan
proses penuaan pada sel2 kulit melalui pertumbuhan dan regenerasi
sel kulit , juga mengimbangi kadar pH dan melembabkan kulit. Kesemua
ini boleh membantu dalam rawatan masaalah2 penyakit kulit.

Cara menggunakan air kelapa untuk membantu rawat masaalah kulit 
cara facial mask

1. Bersihkan dulu kulit muka
2. Sapukan air kelapa ( jika boleh biar yang segar ) ke seluruh muka,
    terutamanya di bahagian kulit yang punyai masaalah
3. Digalakkan gunaka air kelapa ini secara facial mask
4. Biarkan semalaman dan basuh dengan air pada esok hari
5. Amalkan sekerap yang boleh


Bukan saja air kelapa boleh digunakan untuk rawatan kulit
secara sapu malah boleh juga di minum untuk merawat pelbagai
penyakit antaranya :

1. Penyakit batu ginjal dalam badan
2. Menyembuh gangguan saluran kencing dan meredakan sakit
    semasa kencing
3. Untuk menghilangkan masaalah pening dan mabuk
4. Menjaga tekanan darah dan penjalanan darah ke jantung
5. Boleh bantu melawan bakteria dan virus dalam badan
6. Air kelapa muda yang dicampur dengan susu amat baik untuk
   makanan anak. Campuran air kelapa muda tersebut mempunyai
   khasiat untuk mencegah penggumpalan susu dalam perut, muntah,
   sembelit, dan sakit pencernaan.
7. Campurkan air kelapa dengan sedikit madu. Ramuan ini merupakan
   tonik yang murah tetapi berkhasiat untuk bantu merangsang
   aktiviti seksual
8. Jika air kelapa muda dicampur dengan sesudu kecil serbuk kunyit
   serta air kapur sirih , boleh bantu ubati luka bakar dan mengurangkan
   rasa panas pada telapak kaki dan tangan.

Jadi cuba amalkan penggunaan air kelapa ni. Jika di kampung,
memang mudah untuk dapatkan bekalan kelapa muda dan air kelapa ni
tapi jika di bandar, kena la belanja sikit untuk dapatkannya.

Lagi satu memandangkan air kelapa punyai khasiat yang baik juga,
elok juga digunakan untuk melarutkan Bedak Muntah Belut ni
jika tiada air mineral atau air zam zam atau mana2 air yang punyai kandungan klorin yang rendah. Tapi apa2 pun kita mesti mencuba dan
mencari rawatan yang sesuai untuk kita amalkan jika kita mengalami
masaalah penyakit kulit, insyallah kita akan jumpa nya.

2 komen:

Nuriy Arisa said...

Assalamualaikum awkk^_^

info yg bergune!^_^
lepas nie..nk pnjat pokok kelape amik buah kelape ^_^

tiefazatie said...

salam sis..ifa dtg nie..